CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2643|Reply: 10

Jumpa Duit RM90,593 Dalam Tong Sampah, Tukang Sapu Jujur Pulangkan Balik

[Copy link]
Post time 8-10-2018 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Seorang tukang sapu yang jujur memulangkan wang kertas bernilai hampir 150,000 yuan (RM90,593) yang ditemuinya dalam tong sampah dan enggan menerima sebarang ganjaran.


Tambahnya, ucapan terima kasih pun tak perlu kerana dia hanya melakukan perkara yang sepatutnya.


Laporan Hainan News menyatakan, Li Man menjumpai wang berisi wang itu semasa sedang membersihkan jalan di daerah komersial Haikou, ibu kota wilayah pulau Hainan.


Foto: SCMP


Apabila dibuka, beg tersebut dipenuhi dengan wang kertas 100 yuan (RM60.40).


"Mesti seseorang tak sengaja membuangnya di sini dan berasa sangat bimbang sekarang. Saya perlu pastikan ia dikembalikan segera."


Beg tersebut dibawa ke balai polis tempatan selepas dia menghubungi pengurusnya.


Selepas disiasat, polis berjaya menjejaki pemiliknya iaitu seorang ahli perniagaan bernama Zhu.


Kata Zhu, seorang tukang cuci di tempatnya menyangka bungkusan duit tersebut adalah sampah lalu membuangnya.


Zhu telah menawarkan  ganjaran 20,000 yuan (RM12,079) di atas kejujuran Man, namun ditolak olehnya.


Foto: SCMP


"Itu yang sepatutnya saya buat, tidak perlu (ganjaran)."

Di media sosial, Man dipuji sebagai seorang pekerja sanitasi yang cantik dengan watak mulia. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia yang jujur.!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow... This kind of person is quite rare nowadays.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat masa iols form 4 pagi2 nk eprgi sekolah terjumpa hand beg lat tgh jalan siap terbuka. Iols mula2 koser kan jah.. tp ras curious jgak. Patah balik amik pastu tgok kat dlm ada duit byk gila. So iols decide bg kat ayah iols lat rumah. Sbb iols nk pg sekolah dah. Pastu ayah iols cr alamat rumah tuan bag tu.. rupanya itu bag cikgu. Dlm tu ada duit yuran budak2 bayar kat sekolah.. ada dekat 5 ribu jugak. Cikgu tu cikgu sekolah lain. Dia ckp masa dia nk pg kerja pagi2 dia terletak beg duit atas bumbung kereta. Pastu masa dia nk belok kat simpang beg tu terjatuh. So iols org pertama yg lalu kat jalan tu.. pastu sheols bterima kasih n sheols siap bg rewards kat iols bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujur yah acik. Kalau dodol, mungkin ambil seribu dua buat kenduri kesyukuran. Selebihnya masuk tabung cikcur
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 8-10-2018 07:49 PM
Teringat masa iols form 4 pagi2 nk eprgi sekolah terjumpa hand beg lat tgh jalan siap terbuka. Iols  ...

Tahinah sis jujurin pada diri. Reward apa jah dpt? Kfc dinner plate ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2018 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RatuDunia94 at 8-10-2018 11:50 PM
dodolgemok replied at 8-10-2018 08:53 PM
Tahinah sis jujurin pada diri. Reward apa jah dpt? Kfc dinner plate ka?


Sheols bg RM100.

Tp iols rasa reward lg best yg Allah bg la.. iols pernah terletak beg n phone atas bumbung kereta. Dh separuh jalan baru perasan. Berhenti kereta tgok atas bumbung dh xde. Menggigil 1 badan. Selang 1 jam lps tu ada org call abg iols sbb kebetulan dlm wallet ada biz card abg iols. dia kata dia jumpa beg n phone kat tepi jalan.. lega gila. Sbb tu iols percaya "what you give you get back".
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin duit kongsi gelap sorok kat situ for secret exchange ..  Baik xyah terhutang budi terima ganjaran etc. Risiko tinggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2018 09:14 AM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 8-10-2018 07:49 PM
Teringat masa iols form 4 pagi2 nk eprgi sekolah terjumpa hand beg lat tgh jalan siap terbuka. Iols  ...

My cousin terjumpa duit RM50 x 3 keping (so RM150), bukan dalam wallet,  tepi jalan raya besar yang lengang tak tahu siapa pemilik. Mulanya dia jumpa RM50 kemudian cari semula tepi jalan tu jumpa 50x2 keping lagi

Oleh kerana tanya2 tak ada siapa yg punya, tak ada rumah yg berdekatan, dia ambil jadi hak milik sendiri

Ini cerita zaman sekolah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 09:50 AM | Show all posts
Hujung-hujung jadi stok kayu arang neraka kata lobai...

Cc @Changa @Maideen. @M5 @OrenTheReturn
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 10:36 AM | Show all posts
dh nmpk rm 1 atas lantai
x koser la nk ambik
tp ada mkcik bwg gigih berebut..
wat de heyy...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.062359 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list