CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5561|Reply: 24

Rugi Je, Habis Basikal Dirosakkan. Betul Ke Obike Ni Tak Sesuai Kat Malaysia?

[Copy link]
Post time 25-9-2018 12:22 PM | Show all posts |Read mode




Demi menjadikan Malaysia sebuah negara maju, pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk memudahkan rakyat dalam menjalani kehidupan harian dan melakukan pelbagai aktiviti. Tetapi sayangnya, ia dicemari dengan isu vandalisme yang tidak berkesudahan.


Mungkin ramai yang telah tahu tentang perkhidmatan perkongsian basikal yang telah disediakan buat rakyat Malaysia. Jika kalian perasan, ada banyak basikal yang berwarna kuning diletakkan di tepi-tepi jalan. Ia dikenali dengan OBike yang mana sesiapa yang ingin menggunakan basikal tersebut perlu melanggan terlebih dahulu melalui aplikasi khas dan seterusnya boleh menggunakan basikal tersebut ke lokasi yang dikehendaki. Bagaimana pun, ia amat menyedihkan apabila perkhidmatan oBike telah disalah guna.

Seorang pengguna facebook telah memuat naik status kesal dan marah dengan sikap rakyat negara ini yang seringkali melakukan kegiatan vandalisma yang akhirnya merugikan dan menyusahkan ramai orang yang memerlukan perkhidmatan tersebut.





Basikal ini sudah layak menjadi besi buruk sahaja








Betul ke rakyat yang rosakkan basikal tu?





Ramai netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat penulis ini kerana terus menyalahkan rakyat negara ini yang melakukan vandalisma ke atas basikal-basikal tersebut. Sedangkan orang asing yang lebih ramai menggunakan khidmat sewaan basikal berbanding rakyat negara ini.







Tak sesuailah perkhidmatan OBike ni di Malaysia




Lagipun, netizen berasakan perkhidmatan sebegini tidak sesuai di negara ini kerana lorong basikal belum disediakan sepenuhnya di atas jalan raya dan faktor keselamatan penunggang perlu di ambil kira.







Kat negara lain pun sama lah!





Menurut netizen, kejadian sebegini bukan sahaja berlaku di negara ini tetapi di negara-negara luar termasuk negara yang sudah maju. Jadi, isu vandalisma ini meupakan masalah sedunia yang sukar untuk dikawal dan dibanteras.











Rakyat Malaysia pun tiada kesedaran sivik




Walaupun ramai netizen yang marah apabila kerosakan pada basikal-basikal OBike dituding pada rakyat Malaysia sahaja, ada juga netizen yang tetap bersetuju dengan pendapat penulis ini. Ini berikutan kejadian yang berlaku di depan mata mereka sendiri yang mana rakyat Malaysia turut terlibat dengan isu vandalism ke atas basikal-basikal sewaan tersebut.







Tidak kiralah basikal sewaan sebegini sesuai atau tidak disediakan di negara ini, yang penting setiap orang mempunyai rasa tanggung jawab dan menjaga kemudahan yang ada sebaiknya. Jika ia tidak sesuai sekalipun ditunggang di negara ini, jangan rosakkan atau membuat basikal tersebut sebagai hak milik sendiri. Setuju tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 12:26 PM | Show all posts
jual la obike tu murah-murah..
i nak beli buat bersiar-siar di petang hari
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 12:28 PM | Show all posts
kesian basikal tu, aku tengok kat celah2 bangunanla, kat timbunan sampahla, kat celah2 pokok la....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 12:31 PM | Show all posts
obike should hold on a high deposit sebelum bagi akses penggunaan basikal untuk rider-rider yang perangai macam binatang ni.. hold deposit RM100 ke, lepas return basikal, baru release hold amount tu.. kat area puteri harbour JB pun iols ada nampak basikal-basikal ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 03:00 PM | Show all posts
Alooo, bukan kat Malaysia je. Ritu pon masa kat London, depan apartment aku hilang satu tayar basikal. Pastu bukan nye dorang nak angkot buang ke ape kan, letak situ je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah tengok jauh. Singapura pon bersepah. Dalam semak, dalam laut pon ada. Di china pon ada kubur besar untuk basikal2 ni. Owner dia macam tak kisah. Ni money laundering dalam bentuk basikal ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2018 04:18 PM | Show all posts
Baru je hr tu nampak basikal ni upside down, dlm longkang tepi rumah jiran..area rumah manja...
uhuhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat cyberjaya mcm tu la jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2018 01:45 AM | Show all posts
KAHKAHKAH jangan kata x sesuai di malaysia

di UK pon sama je perangai nya....berlambak dalam terusan....atas pokok pon ada....







Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 08:58 AM | Show all posts
susah nak ubah pemikiran orang untuk sayang bukan harta sendiri.

Family member aku ajalah, guna khidmat awam tak reti nak elok-elok. berbuih mulut ni nasihatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 09:07 AM | Show all posts
iols selalu nampak bangla kepam yang selalu naik basikal ni

so bangsa merempat yang rosakkan basikal ni

kadang ada jugak anak anak warga merempat yang rosakkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 09:37 AM | Show all posts
ala gejala vandalism dan penyalahgunaan ni bukan benda baru. basikal ke bas teksi keretapi ke ada je org buat vandalism. bukan kat malaysia je..
mentality society tak berubah dunia tak maju
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 09:53 AM | Show all posts
kalau bukan barang sendiri, takdenya sape2 nk jaga elok2.. sedih tgk org yg bsikap mcm ni.

ak sempat guna sekali je basikal ni sb nak merasa bjalan2 naik nasikal like mcm kecik2 dlu kat kg nenek.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 11:00 AM | Show all posts
pak gad area umah tu pun ramai pakai... guna masa nak round kawasan perumahan
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 11:09 AM | Show all posts
yg selalu naik obike ni aku tengok warga asing tapi warga malaysia jugak yg disalahkan kata tak bertamadun. Lagi pun obike ni tak sistematik. Sepatutnya ada bike stand untuk pengguna pulangkan basikal tu macam di dublin. Selagi tak pulangkan di bike stand, kredit akan deduct terus menerus. Bike stand pun kena letak di tempat yg strategik macam di tiap stesen LRT atau bangunan ofis terpilih. Kat KL ni mana2 pun boleh letak. Kadang2 depan kedai orang, depan rumah orang pun boleh letak
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 12:53 PM | Show all posts
local atau foreigner kalau dah nama manusia
sama jer perangai ... dibuatnya datang gila
segalanya jadi bahan vandalisme ...
tak boleh tunding jari who's who ...
cuma kena guna akal fikiran ...

kat area pasar seni / petaling street
orang kurang siuman pun ada pakai ...
kayuh basikal dari satu tempat ke satu tempat yang lain ... dengan gumbira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2018 01:26 PM | Show all posts
mmg merugikan .....
tgk skrg yg bawak bangla2 nepal2 .....
yg budak2 kite pun bwk beskal ni tanpa rasa bersalah ......
** beskal yg dah divandalismakan**
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 02:45 PM | Show all posts
warga asing ja yang banyak guna...budak2 banyak ambil dok ubah sana sini jadikan hak milik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 04:12 PM | Show all posts
merata I nmpk basikal ni tp semua dlm keadaan x sempurna, tayar sebelah, ring hilang, handle hilang...adusss
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:10 PM | Show all posts
Semuanya masaalah sikap kalau jenis tak tahu jadi harta awam macam tu ler jadinya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.148113 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list