CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 638|Reply: 0

[Tempatan] Art Harun dilantik Pengerusi SPR yang baru

[Copy link]
Post time 21-9-2018 07:40 PM | Show all posts |Read mode





PEGUAM bela dan peguam cara, Azhar Azizan@harun atau lebih dikenali Art Harun.


Peguam Art Harun dilantik Pengerusi SPR










Oleh Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@nstp.com.my




PUTRAJAYA: Peguam bela dan peguam cara, Azhar Azizan@Harun atau lebih dikenali Art Harun, dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, pelantikan itu sudah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan sebagai Pengerusi SPR itu dibuat selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
"Pada masa ini, beliau berkhidmat sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Azhar & Goh.
"Dengan kelayakan dan pengalaman yang ada, saya yakin beliau akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azhar dilahirkan pada 26 Oktober 1962 di Kedah berkelulusan undang-undang (LLB) (Hons) dari Universiti Malaya dan (LLM) dengan Merit dari King's College, University of London.
Beliau memulakan kerjaya guaman pada 1987 di Allen & Gledhill dan bermula pada 1992, Azhar berkhidmat sebagai peguam di Tetuan KH Koh, Azhar & Koh seterusnya berkhidmat di beberapa firma guaman terkemuka tanah air dengan kepakaran undang-undang pilihan raya.
Pada 13 Jun lalu, SPR memaklumkan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan memendekkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR berkuat kuasa 1 Julai.
SPR dilaporkan berkata, pemendekan tempoh perkhidmatan itu sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun.
















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21533 Replies : 117
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39663 Replies : 244
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 175514 Replies : 4053
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14447 Replies : 98
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6701 Replies : 79
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5066 Replies : 18
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3400 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72932 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45136 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.303124 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list