View: 1628|Reply: 5
|
SPRM Papar Senarai Pengisytiharan Harta MP, Menteri PH Di Portal
[Copy link]
|
|
Bermula 1 Oktober ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaparkan pengisytiharan harta anggota Kabinet dan anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) di portalnya seiring arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan anggotanya bersikap telus dan bebas rasuah.
“Usaha memaparkan pengisytiharan harta ini kali pertama kita lakukan untuk tatapan umum,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil.
Kredit foto: NST
Menurut Shamsun Baharin seperti dipetik daripada BERNAMA, semua anggota kabinet dan wakil rakyat PH perlu membuat pengisytiharan kepada Pejabat Perdana Menteri sebelum salinannya diserahkan kepada SPRM.
Bagaimanapun, sehingga kini SPRM masih belum menerima senarai penuh pengisytiharan berkenaan.
Tambahnya, mereka perlu membuat pengisytiharan berkenaan dalam tempoh tiga bulan selepas mengangkat sumpah jawatan.
“Tempoh itu masih berkuat kuasa dan pada 1 Oktober ini, kita akan lihat siapa yang sudah melaksanakan pengisytiharan harta itu,” katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Another political gimmick.... It is open secret that all the wealth is parking under proxy, trustee etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Senarai pengisytiharan harta MP adalah PRIVASI. Perkahwinan, identiti teman lelaki/wanita pun PRIVASI. Puasa selain bulan Ramadan termasuk puasa enam pun PRIVASI juga.. Lain la kalau keputusan mana-mana perlawanan bola sepak BUKAN PRIVASI.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gimik politik? |
|
|
|
|
|
|
|
syabas pakatan hanat...ini yang rakyat nak..bukan janji2 kosong tak tertunai..ya bener...menipusto bukan janji...wakakakakkakakakakak |
|
|
|
|
|
|
| |
|