Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Walaupun ada sesetengah netizen yang dilihat begitu bersikap kenegerian, tetapi mereka tetap berada di bawah satu negara. Contohnya rakyat negeri Kelantan yang sering dilabel mempunyai sifat kenegerian yang terlalu kuat sehingga ia dipandang negatif oleh sesetengah netizen.
Seorang pengguna Facebook ni turut dikecam kerana telah menjelajah ke 37 buah negara tetapi sering mengambil gambar bersama bendera negeri kelahirannya. Netizen seakan tidak berpuas hati dan mengecamnya kerana tidak mengibarkan Jalur Gemilang. Untuk membetulkan salah faham netizen, dia telah memuat naik status menerangkan mengapa dia sering mengibarkan bendera negeri Kelantan ketika mengambil gambar di luar negara.
Tak pelik pun kibar bendera negeri
Ramai netizen yang berasa tiada salahnya lelaki ini mengibarkan bendera negeri Kelantan kerana itu adalah hobinya dan dia begitu bangga dengan negeri kelahirannya. Malah, negeri Kelantan turut berada di dalam negara Malaysia dan ia bukanlah sesuatu yang perlu dianggap pelik. Netizen tetap menyokong tindakan lelaki ini dan berasa bangga dengan usaha yang dilakukan.
Abaikan kata-kata negatif
Rata-rata netizen menasihatkan agar lelaki ini tidak mengambil hati dengan kata-kata negatif dan kecaman yang diterima. Apa yang dilakukan itu tidak menyalahi malah ia dilihat begitu rare kerana jarang-jarang dilakukan oleh orang lain yang mana sentiasa membawa bendera Malaysia apabila melancong ke negara luar. Apa salahnya jika membawa bendera negeri pula kan?
Lain kali bawa dua bendera
Tetapi, ada netizen yang berpendapat agar lelaki ini membawa kedua-dua bendera iaitu Jalur Gemilang dan bendera negeri Kelantan apabila dia menjelajah ke negara lain selepas ini. Ia lebih tampak gah dengan semangat patriotiknya kepada negara dan juga negeri tercinta.
Apa-apa pun, semangat cintakan tanah air bukanlah pada kibaran bendera atau Jalur Gemilang semata-mata, tetapi usaha rakyat negara ini dalam menjaga nama baik negara walau dimana sahaja mereka berada. Setuju tak? - CARI |