Anak-anak adalah amanah dan menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk menjaga keselamatan mereka. Walaupun banyak kes yang melibatkan kecuaian ibu bapa ke atas anak-anak mereka, tetapi masih ada sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku.
Seorang pengguna Facebook telah memuat naik kisah tentang ibu bapa yang meninggalkan dua orang anaknya di dalam kereta dengan enjin dan pendingin hawa yang dihidupkan, tingkap kereta tertutup rapat dan pintu kereta tidak berkunci. Hal ini membuatkan wanita ini geram dan marah dengan sikap ibu bapa tersebut yang langsung tidak bertanggungjawab dan meletakkan anak-anak mereka dalam pelbagai risiko bahaya.
Bayi ini menangis dan berpeluh kepanasan
Si kakak cuba mententeramkan adiknya tetapi dia turut menangis
Mak bapak jenis apa ni?
Rata-rata netizen mengecam ibu bapa kepada anak-anak tersebut kerana berasa sangat marah dan tidak masuk akal kerana membiarkan anak yang masih kecil di dalam kereta tanpa pengawasan. Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak dan bayi tersebut berniaga dengan membuka gerai di tapak sukan sekolah. Mungkin mereka terpaksa meninggalkan anak-anak di dalam kereta supaya mereka lebih selesa kerana cuaca di luar yang agak panas. Tetapi, tindakan mereka tidak boleh diterima oleh kebanyakan netizen.
Bahaya, kesian kat anak-anak!
Bukan apa, ramai netizen yang risau akan keselamatan kanak-kanak dan bayi tersebut kerana sudah banyak kes anak-anak yang meninggal akibat lemas ketika ditinggalkan di dalam kereta. Malah, kereta juga tidak berkunci dan ia memberi peluang kepada penculik untuk menculik kanak-kanak dan bayi tersebut. Sepatutnya ibu bapa tersebut mengambil iktibar daripada kes-kes yang berlaku sebelum ini.
Netizen pun berani tinggal anak dalam kereta
Ada netizen yang memberi komen bahawa mereka kadang-kadang sengaja atau terpaksa meninggalkan anak-anak di dalam kereta ketika ingin membeli barang yang hanya mengambil masa sekejap sahaja. Apa-apa pun, ia tetap meletakkan anak-anak mereka dalam pelbagai risiko walaupun kereta yang di parkir hanya di depan mata dan mengambil masa yang tidak lama.
Takkan tinggal anak dalam kereta!
Pasti ada netizen yang sangat menjaga keselamatan anak-anak mereka. Beberapa orang netizen memberi komen bahawa mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan anak-anak mereka di dalam kereta walaupun sekejap. Mereka sanggup menanggung kesusahan membawa anak-anak kemana sahaja.
Sebagai ibu bapa, kalian perlu sentiasa berhati-hati kerana malang tidak berbau. Setiap apa yang berlaku ke atas anak-anak, ia adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa. Ambillah iktibar daripada kes-kes yang berlaku di sekeliling kalian dan jangan terhantuk baru terngadah. Setuju tak? - CARI |