View: 1685|Reply: 8
|
[Tempatan]
Tamat penantian emas
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Trio boling wanita negara, Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi cemerlang menamatkan penantian pingat emas kontinjen Malaysia di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, hari ini.
Pada aksi di Pusat Boling Jakabaring, Palembang itu, ketiga-tiganya mempamer persembahan bertenaga dengan mengumpul keseluruhan 4,326 jatuhan pin daripada 18 permainan keseluruhan.
Pingat perak diraih Taiwan dengan 4,255 jatuhan pin manakala Singapura berpuas hati memperoleh gangsa dengan 4,250 jatuhan pin.
Trio kedua Malaysia yang diketuai Shalin Zulkifli, Natasha Roslan dan Sin Li Jane begitupun hanya mampu menamatkan cabaran di kedudukan keempat selepas mengumpul 4,144 jatuhan pin.
“Kami benar-benar gembira memenangi emas ini kerana kami sudah berusaha dengan amat keras. Dengan sistem pemarkahan baharu, kami agak gemuruh tetapi kami mempercayai satu sama lain dan berada dalam landasan yang baik.
“Kali terakhir pasukan wanita memenangi emas di Sukan Asia adalah pada edisi 2006 di Doha, jadi kami menunggu amat lama untuk kejayaan ini,” kata Siti Safiyah.
Kali terakhir skuad negara memenangi emas di Sukan Asia adalah pada edisi 2010 di Guangzhou, China.
Empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan skuad negara hanya membawa pulang empat perak.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Ogos 2018 @ 7:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah team! Good job |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan pprt jah pon boling ni.. meanwhile sukan2 olympic yg diharapkan terus gagal.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah!
semoga lebih banyak emas Malaysia dapat lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tahnaih.....
Antara sukan yg paling aku suka. Sekarang aku tgh ajar anak main boling. Aku cakap kat dia, belajar dan berlatih sungguh2. Kalau ade rezeki boleh wakil negara dah besar nanti. Jangan target tinggi sangat, sekadar wakil negara untuk pegi dan merasa jalan2 ke negara orang. Sbb semua sponser. Hahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru: Tahnaih.....Antara sukan yg paling aku suka. Sekarang aku tgh ajar anak main boling. Aku cakap kat dia, belajar dan berlatih sungguh2. Kalau ade rezek ...
Ayoo.. Fail parenting.. Mentaliti apekah yg cuols cuba tanamkan pd anak cuols? Perabis duit rakyat?? |
|
|
|
|
|
|
|
Saidatul yg kembar tu kan.. apa jadi dgn kembar dia.. asal dia tak main sekali? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ohnoLia at 26-8-2018 05:56 PM
RatuDunia94 replied at 23-8-2018 11:14 AM
Sukan pprt jah pon boling ni.. meanwhile sukan2 olympic yg diharapkan terus gagal..
Indon ga peduli mana yang sukan level olympic atau ngak. Yang penting pungutan medal indon jauh lebih hadapan dari malaysia. Sudah hampir 15 emas... |
|
|
|
|
|
|
| |
|