CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3341|Reply: 29

[Tempatan] Abdullah Sani dakwa Zuraida ugut isterinya - sinar

[Copy link]
Post time 15-8-2018 07:52 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR - Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin telah menggunakan pengikutnya mengugut isteri beliau.
Ahli Parlimen Kapar itu berkata, beliau memiliki bukti termasuk dalam bentuk pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan ugutan tersebut.


Menurutnya, ekoran ugutan tersebut, isterinya, Datin Faezah Ariffin telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja, Klang, malam semalam.
“Zuraida ini cukup pengkhianat dengan kata-katanya. Beliau bercakap pasal orang, diri sendiri macam itu.
“Kamu menteri, mustahil nak panggil budak hingusan, isteri saya ada buat laporan polis. Laporan polis ini jelas kerana ada sebut nama ‘Kak Zu mengarahkan saya untuk menghentam dan memastikan telanjangkan Datin Faezah’,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Jelas Abdullah Sani, sepatutnya Zuraida yang dikenakan tindakan disiplin dan bukannya dirinya kerana beliau tidak mengugut mana-mana pihak.
“Saya penakut, tak berani ugut orang, saya takut betul, saya jaga saya punya disiplin. Dia (Zuraida) suruh orang ugut isteri saya.
“Siapa yang lebih teruk? Saya atau dia lagi teruk? Saya nak betulkan keadaan, dia nak tekan orang, cakap dengan Zuraida jaga diri sendiri, disiplinkan diri sendiri, anda menteri, berkelakuan seperti menteri bukan seperti keanak-anakan,"desaknya.
Menurut Abdullah Sani, ugutan itu diterima selepas isterinya itu berucap dalam satu majlis PKR mengkritik Zuraida.
Hari ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jawatankuasa disiplin PKR dan PH seharusnya mengambil tindakan ahli-ahli yang didapati melakukan serangan terbuka terhadap mana-mana pemimpin parti.
Sementara itu, Zuraida yang juga calon Naib Presiden PKR ketika ditemui media menafikan dakwaan tersebut malah mengakui beliau tidak tahu langsung mengenai tuduhan tersebut.
Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, tindakan Abdullah Sani membuat laporan polis itu wajar sekiranya dakwaan itu betul.
“Ugut apa? Nak telanjang? Haih (terkejut), saya rasa orang cakap tu dalam bahasa metafora hendak telanjang itu nak mendedahkan, bukan nak telanjangkan fizikal dia, saya tak rasa begitu tapi saya tak tahulah apa-apa,” katanya.
Ahad lalu, kem calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli di Seremban, Negeri Sembilan menyasarkan Zuraida yang didakwa tidak membawa banyak perubahan, sebaliknya menjadi punca pelbagai kepincangan semasa menerajui sayap parti itu.

^_^ the game is on ^_^

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 01:27 PM | Show all posts
ghupa bughuk..pangai bughuk...wakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kuang ajor menteri2 ph ni bila dah ada kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Zuraida ni team azmin/madey kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pening la hakuu dgn korg ni.. nextttt... isu jamban lgbt lebih penting!

.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 02:23 PM | Show all posts
Apa yang Zuraidah ugut - nak rampas si sani ni daripada bini dia ke...........?????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2018 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergasak la engkorang pkr
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Org anwar vs org mader kah ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pasal lah menteri ph ni semua nak dilondehkan perangai masing2?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 02:32 PM | Show all posts
Kalo tengok muka zuraida tu
ada logiknya dia kaki buli
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu tengok dia berpeluh sampai nampak kesan di tudung. Oh maiii. Cubalah cari tudung lain ke apa. Kawan2 tak tegur ke.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 15-8-2018 01:27 PM
ghupa bughuk..pangai bughuk...wakakakakakakaka

Sekarang memang tu package nye. Aku ada kakak cukup package macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 02:37 PM | Show all posts
aku tk brp tahu selok belok politik ni..

tp.. susah sgt ke nak bg peluang pd mereka yg dilantik menteri jd pengurus pada parti.... ? bg masa dulu..

pemilihan yg sekali lg mungkin la..ada rebut2 jawatan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 02:49 PM | Show all posts
ntah knapa makin lama team menteri sekarang ni mcam sewel jerk..
ckp pun berbelit belit... sekejap begitu, sekejap begini
makin bosan pulak dgn dia org ni..
jenuh la nk tunggu 5 tahun lagikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 02:59 PM | Show all posts
harizs replied at 15-8-2018 01:29 PM
Mmg kuang ajor menteri2 ph ni bila dah ada kuasa

Tengah mabuk kuasa tu.

esok2 dia calm down lah macam menteri2 umno juga dahulunya. Kan PKR dan UMNO ni sedarah sedaging juga asalnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 03:05 PM | Show all posts
Zuraida ni yang cadang letak orang pendapatan rendah
kat tapak highland towers aritu

lepas tu kagum pasal sistem IBS di singapura
padahal kat Malaysia dah lama guna

ini je ke taraf menteri yang PH boleh bagi?

hancur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2018 03:10 PM | Show all posts
for public info - Zuraida ni lahir kat singapore yer
itulah pasai sikap kiasu mmg takleh ilang dlm jati diri beliau
sekian
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 03:12 PM | Show all posts
apa-apa je lah korang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 03:57 PM | Show all posts
kuasa itu macam dadah...bila dah dapat isap hangpa memang ketagih dan sewel la...wakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 04:04 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.066828 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list