Zaman sekarang, kebanyakan wanita berebut-rebut nak kelihatan putih gebu, sampaikan ada yang tak kisah makan ubat apa sekali pun walaupun sedar ianya bakal memudaratkan kesihatan diri sendiri.
Terbaru tular di Twitter, ada sebuah produk terbaru di pasaran, dikhabarkan dikeluarkan oleh seorang 'doktor' yang popular di Instagram .
Produk tersebut didakwa meniru reka bentuk bungkusan produk luar negara dan katanya produk ini mampu mencerahkan kulit dari dalam.
Ada juga pihak yang mendedahkan 'doktor' ini sebenarnya tidak menghabiskan sekolah perubatannya tetapi berani menggelarkan dirinya sebagai doktor malah berani mengeluarkan produknya sendiri.
Bila ditanya mengenai reka bentuk botol yang meniru produk luar negara, dia menjawab:
Ramai juga yang mengadu pakai produknya menyebabkan kulit menjadi lebih teruk dan mengatakan tiada produk yang akan membolehkan kulit manusia cerah sebegitu.
Tak habis-habis, diharap agar ramai pengguna di luar sana boleh berfikir dengan bijak dan tidak terpedaya dengan ubat-ubat yang diragui kualitinya sebegini. -CARI |