Filem-filem Yasmin Ahmad sangat sinonim dengan Sharifah Amani. Biarpun tidak membintangi kesemua filem tersebut, namun keakraban mereka boleh dilihat dengan penghasilan filem yang seakan mempunyai pertalian antara satu sama lain.
Apabila Sharifah Amani bertanya tentang pilihan filem yang mahu ditonton kembali, ramai menyarankan filem yang diminati. Namun, agak menjengkelkan apabila ada netizen yang mengaku menontonnya menerusi saluran tidak sah. Ia mendapat jawapan padu daripada Amani hingga membabitkan polis.
Kredit foto: Twitter
Nasib baiklah juga Amani tidak terlalu melenting, maklumlah dengan kecanggihan teknologi, filem boleh diakses dengan begitu mudah membuatkan ramai pembuat filem berasa sangat terkilan.
Malahan lebih mengharukan apabila ada generasi baru yang menonton beberapa filem itu menerusi koleksi ayahnya.
Amani bersama pelakon Sepet, Jason - Kredit foto: Twitter Amani
Adibah Noor turut bersuara.
Ramai yang turut berkongsi memori menonton filem Yasmin Ahmad ketika mereka masih kecil lagi.
Kredit foto: Carian Internet
Jadi, filem mana yang anda ingin tonton? - CARI |