CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2014|Reply: 13

[Tempatan] KJ nak bebas, tak minat jawatan parti

[Copy link]
Post time 26-7-2018 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BEKAS calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin mengaku tiga kali menolak tawaran mengisi jawatan dalam UMNO kerana mahu kekal sebagai suara bebas dalam parti.

Beliau memilih untuk tidak terikat dengan suara kepimpinan parti kerana melihatnya sebagai langkah terbaik membantu parti bangkit semula selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya tak mahu terikat dengan keputusan parti ketika ini, saya mahu jadi suara bebas dalam UMNO.

“Saya masih bersama UMNO, tetapi biarlah saya ada kebebasan menyatakan pandangan sendiri. Ia bagus untuk UMNO,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan tindakan penolakan tiga tawaran oleh Khairy untuk mengisi jawatan dalam parti.

Ahmad Zahid dilaporkan mencadangkan Khairy bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti, mengisi jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Ketua Penerangan UMNO, namun ketiga-tiganya ditolak bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Khairy mengakui tidak terkesan dengan pihak yang mahu melihatnya sebagai ‘pemberontak’ dalam UMNO, malah tidak teragak-agak untuk terus menegur pimpinan parti pada masa depan.

“Saya akan terus jalankan tugas di Parlimen dan kawasan serta turun berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Jika ada benda yang tak betul, kita tegurlah,” katanya yang kelihatan ceria sepanjang ditemubual wartawan.

Beliau turut menolak pandangan suaranya akan lebih didengari jika mengisi jawatan dalam UMNO, berdasarkan apa yang berlaku dalam parti itu sebelum ini.

“Awak rasa begitu? Same thing all over again la,” katanya dalam nada agak sinis.

Mengenai hubungannya dengan Ahmad Zahid, beliau menegaskan mereka masih baik walaupun mengakui wujud sedikit ketegangan selepas beliau enggan keluar dari Dewan Rakyat ketika majoriti Ahli Parlimen pembangkang berbuat demikian minggu lalu.

“Beliau menegur saya tadi buat pertama kali selepas insiden itu. Beliau tanya sama ada saya akan berbahas hari ini dan saya jawab ya,” katanya yang mengakui mood cerianya itu kerana dapat bercakap semula dengan Ahmad Zahid.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 8:28 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2018 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin jugak nak tengok seseorang menongkah arus dan tak jadi pak turut.

It takes nothing to stand in the crowd, however it takes everything to stand alone
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Better dah tu. And good luck.

There's no point to work on changes if you're not number one. Buat apa jdi agent of change when the irrelevant dinosaurs lords over you.

Wak Kasi
Peon
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 07:29 AM | Show all posts
supaya senang lompat parti...bangsa ular tak boleh dipercayai....di Sabah mereka ini kaya kaya & bahaya

yg heran masih ada juga org percaya bangsa ini...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 07:34 AM | Show all posts
Korang rasa kalau BN menang masa PRU lepas agak2 KJ akan berkata camni? Kurang-kurang Muyidin ngan Safie Apdal ada telur lah nak tegur Najib masa dlm BN dan rela dipecat. Jgn malu-malu KJ kau nak lompat seberang sana. Ini cara mcm Mahfuz dalm PAS la dulu, malu-malu kucing nak sertai PH.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus lah mcmtu..tak perlulah lg menjadi yesman seperti zaman kegemilangan umno tu..umno skang ni tak payah la bela tukang angguk tu semua..kurang2 kene ada yg rebel..sbgai check n balance dlm umno itu sendiri..tp jgnlah berpecah belah.

Tp secara terus terang..ntah kenapa..wak jahid tiada karisma utk jd leader..mendatarrrr je masa speech..dlm tv ke..dlm parlimen ke..kene polish lg skill tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2018 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
umno now cuma parti indon jer. lowclass
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 09:06 AM | Show all posts
Dalam Malaysia ni, you can’t change anything if you are not no 1 in the party, so selayaknya lah..
Tak boleh la zahid nak buat sesuka hati  dia kat umno sebab ada pembangkang ...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2018 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dlu tak berani jadi suara bebas nnt kena tendang parti yg menerajui kerajaan, skrg dia lagi suka kalau kena tendang rasanya. nnt hadek merayu kt tun m nak kutip abah masuk parti bunga
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 12:11 PM | Show all posts
kenapa bila tgk view dalam porem cari nih versi PC full ni, ayat dia takde plk "Timbalan Perdana Menteri" spt dlm gmbr ni? Zahid Hamidi still TPM?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 01:03 PM | Show all posts
good luck kj! kalau orang luar yang tegur nanti dikata batu api la penghasut la dengki la cybertroopers bergaji la ..
so kalau orang dalam sendiri yang tegur, harap2nya boleh sedar diri sikit ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah dia dah ada kesedaran dan berani bersuara... Dulu ada kekangan sbb nk selamatkan position memasing.. Now bila dah sedar yg parti yg tegak 60 thn pun bule tumbang so perlulah ada kesedaran yg atas xselamanya diatas....anything can happen u never know....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bye felicia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 08:30 AM | Show all posts
hihihiiihihihihihihii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.059005 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list