Biasanya filem yang sukses akan ada sekuelnya bagi memenuhi permintaan peminat. Namun, tahukah anda bahawa lagu juga ada kesinambungan yang tersendiri.
Jadi, apa kata rilekskan fikiran seketika dengan mendengar seleksi lagu yang berjaya di pasaran sepanjang tahun 1980an hingga kini mengikut rangking pemerhati dunia hiburan iaitu Jefri Aduba de Janitor.
Kredit foto: Twitter
Namun, Cari mulakan dengan nombor 10, kerana senarainya terlalu panjang.
10) Lagu : DiPersimpangan dilema (Nora -1994)
Pencipta : Adnan Abu Hassan
Sangat popular dan dijangka Juara Lagu AJL95 tetapi tidak berjaya. Sekuelnya adalah Jawapan di Persimpangan nyanyian Siti Nurhaliza. Gagal di pasaran.
Sekuelnya adalah Cinta Takkan Berakhir mendapat sambutan, cuma tidak terlalu meletup.
Sekuelnya adalah Dedebu Cinta karya Adnan Abu Hasan
Lagu Pulangkan (2004) sangat berjaya hingga memenangi kategori Ballad AJL2004 dan vokal terbaik. Manakala sekuel kedua ialah Ku Seru juga nyanyian Misha agak kurang dan terakhir ialah lagu Kasih Tercipta (2007) nyanyian Faizal Tahir juga hingga ke AJL
Sekuelnya pula dinyanyikan oleh Siti Nordiana iaitu Cinta Hanya Sandaran. Melodi Jerat Percintaan diubah suai tetapi pakai template yang sama.
Sekuelnya adalah Cintaku Hanyut di Lautan Sepi (1989) berjaya ke AJL 1989 tetapi kalah kepada lagu Isabella. Sekuel seterusnya adalah Ku Terbakar Kepanasan Cintamu hingga Ramlah dijulang oleh WPH dengan gelaran penyanyi bersuara nyaring di Asia!
Bermula dengan lagu Aku Hanya Pendatang (1985) kemudian Akulah Kekasihmu (1986) dan terakhir Aku Kehilanganmu (1986).
Fran sangat popular ketika ini seperti Siti Nurhaliza
Sekuelnya pula adalah WULAN MERINDU dinyanyikan oleh Cici Paramida (1998). Sekuel ala-ala jawapan Wulan (perempuan) membalas cinta Iwan
Popularnya lagu ini hinggakan arwah Sharifah Aini pernah menyanyikan lagu ini. Sekuelnya Memori Sekuntum Rindu (1999) pun sangat berjaya.
Namun, setelah kes arwah Along, terus Spoon pun menghilang
Ada 5 lagu keseluruhannya dengan Amelina menyanyikan lagu Rindu diikuti Asyik (1995) kemudian (AJL 1996) dan yang keempat SEMAKIN RINDU SEMAKIN ASYIK (1998). Komposer lagu ini, Iwan akhirnya memberi lagu terakhir kepada Ani Mayuni-Terang Bulan (1999)
Seronok juga mengimbas kembali lagu-lagu sekuel yang pernah hadir di zaman kegemilangan 80an hingga awal 2000. Setiap era pasti ada lagi hits tersendiri manakala jika ada sekuel itu adalah bonus. Jadi, lagu sekuel manakah yang hits di era sekarang? - CARI |