Kecoh tiba-tiba di laman Facebook apabila tular sebuah video yang memaparkan seorang pengantin perempuan duduk terkangkang sambil bermain telefon bimbit ketika majlis pernikahan diadakan. Lebih mengharukan ialah saudara mara pengantin tersebut seolah-olah tidak kisah dengan kelakuan tidak sopan tersebut.
Hal ini membuatkan netizen berkata-kata, namun apabila diselidik, pengantin tersebut sebenarnya adalah Janna Nick yang sedang berlakon drama. Oh! begitu ceritanya.
Menerusi temuramah mStar Online, Janna Nick menjelaskan situasi tersebut.
Menurut Janna, masa penggambaran yang panjang membuatkan dia berehat seketika dan tidak sedar ada krew drama tersebut merakamkan keseluruhan situasi di masjid.
"Sebenarnya tak adalah sampai terkangkang, masa tu tengah shooting dan babak untuk saya belum bermula lagi. Bila saya kena bersimpuh dan dalam keadaan berbaju pengantin itu, saya agak lenguh dan ambil masa untuk meregangkan badan sebelum mula shooting.
"Situasi tersebut sebenarnya adalah lebih kepada untuk menyelesakan diri sebelum kami betul-betul camera rolling.
Foto IG Janna Nick
Janna juga menjelaskan yang ramai menyangkakan itu kejadian sebenar.
"Lucu pula bila ada ingatkan rakaman tular tersebut adalah kejadian benar. Tapi sebenarnya ia hanyalah drama. Tak mungkinlah pengantin duduk macam tu masa nak bernikah,"
"Kalau orang tau itu Janna Nick mesti orang tak viral. Tapi sebabnya orang ingatkan itu adalah betul-betul majlis perkahwinan, pengantin perempuan pula macam tu, tu yang kecoh."
Janna juga meminta maaf jika ramai yang tidak senang dengan aksinya yang kurang sopan.
"Saya minta maaf kalau ada yang kata kurang sopan," ujarnya yang sekembalinya dari Rusia, Janna turut berkongsi pengalamannya sepanjang menyaksikan Piala Dunia.
"Orang Rusia tidak begitu mesra seperti Malaysia. Mereka tidak begitu mengalu-alukan pelancong. Jadi, tiadalah berlaku insiden di tackle oleh Mat Salih," jelasnya lagi.
Namun apa pun, itu adalah Janna Nick yang sebenarnya, selamba dan 'boyish'. - CARI
haha...rileks la dik Janna boyish pun still comel.
Dedulu belum2 kawen pun boyish kulukilir....then bila start bercinta je tetiba jadi wanita ayu pilihan mertua haha.