Ini zaman politik hujah bukan personaliti - Khairy
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menegaskan politik mutakhir ini bukan lagi melihat kepada personaliti tetapi rakyat akan melihat hujah-hujah yang diberikan oleh pemimpin parti.
Justeru, beliau berkata untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, rakyat akan melihat sejauh mana kemampuan pemimpin UMNO akan memberi idea atau hujah.
"Politik sekarang adalah politik hujah lawan hujah, idea lawan idea bukan lagi politik personaliti," katanya di Program Denat Presiden UMNO 2018 malam ini.
Jika parti kuat, siapa pun kita boleh berdepan - Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah menekankan kepentingan untuk mengukuhkan parti berbanding memikirkan kelebihan untuk berdepan kelicikan Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Selepas kita melakukan pembaharuan, siapa sahaja kita boleh berdepan," katanya di program debat Presiden UMNO 2018 malam ini.
Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin sekali lagi menyalahkan pucuk pimpinan parti sebagai punca UMNO dan Barisan Nasional (BN) tewas teruk pada PRU14 yang lalu.
Katanya, UMNO dan BN tidak bersalah akibat penolakan rakyat pada PRU14 yang lalu sebaliknya beliau mengakui kesilapannya kerana melindungi pucuk pimpinan parti.
"Saya akui melakukan kesilapan kerana tidak menyampaikan kebenaran kepada pucuk pimpinan parti.
"Saya mohon maaf kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat saya telah gagal," katanya di program Debat Presiden AWANI 2018 malam ini,
KJ salahkan pemimpin UMNO atas kegagalan BN/UMNO
Zahid Kata UMNO/BN tidak kalah kerana menang undi popular. Menambah kegagalan komponen parti BN lain yang hanya dapat sumbang 3 kerusi parlimen
Ku Li- Juga salahkan pemimpin UMNO yang sombong dan suka buat statemen membodohkan rakyat
tu la tu.
i expect debat macam US presidential debate.
face to face debat, gentle punya.
ni macam program wawancara astro awani macam biasa tu jer.
aku nak tengok debate macam kat bawah ni
malaysia kena start culture debate macam nih.
orang2 macam najib and zahid ponorogo,
konfem berbuih2 mulut (macam shabery chik vs anwar) kalau debat in public macam nih.
so boleh tapis orang2 yg takde karisma, lack of knowledge dan clueless nih.
boleh buat debat masa perhimpunan parti.
so ramai orang boleh tengok.
debat kat studio buat apa.