View: 3177|Reply: 8
|
Alahai Sweetnya Johan Tak Buat Open House, Suruh Isteri Berehat
[Copy link]
|
|
Sehingga belum tiba 30 Syawal, setiap hari pasti ada sahaja rakan taulan dan jiran tetangga yang membuat rumah terbuka. Tambah jika anda artis terkenal pasti rumah tidak putus-putus dikunjungi tetamu termasuklah peminat. Lagi ramai yang berkunjung lagi banyak kerja yang perlu dilakukan.
Justeru itu, ada yang tidak membuat rumah terbuka untuk meluangkan masa yang ada bersama keluarga terdekat.
Sementara itu, dalam kesibukan menyambut tetamu ada juga sesetengah yang mendapat rezeki dari Tuhan sempena Syawal ini. Pelakon dan pelawak terkenal, Johan dan pasangannya Ozlynn telah mendapat rezeki anak pada hari raya baru-baru ini.
Menerusi sebuah status yang dimuatnaik di laman Instagram @jozlynnhanania , Ozlynn memberitahu bahawa dia selamat melahirkan seorang puteri pada hari raya ke-3 dengan kaedah kelahiran secara normal. Turut sama dimuatnaik adalah video yang menunjukkan bayi tersebut dalam pangkuan Johan.
Menurut Ozlynn, oleh kerana baru sahaja melahirkan, pasangan suami isteri itu bercadang untuk tidak menerima kunjungan sempena Aidilfitri ini kerana Johan meminta Ozlynn untuk berehat lebih lama kerana mereka tidak mempunyai pembantu dalam menguruskan penjagaan anak-anak mereka. Alahai, sweetnya Johan menjaga kebajikan isterinya.
Walaupun selalu mencuit hati dengan lawak spontan dan agak keterlaluan, ada sisi baik Johan sebagai seorang bapa dan suami yang harus dicontohi oleh semua lelaki. Tahniah diucapkan kepada Johan dan Ozlynn. Semoga kehadiran bayi ini menambahkan lagi keceriaan keluarga ini. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow
3.9kg
Iols anak.last 3.86
Ni nak beranak.xtau la.kuar brapa.kg..
Takotnyeww |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah buat johan dan isteri |
|
|
|
|
|
|
|
Dah beranak? Tahniah Jozlynn. Chantiq dah ada adik |
|
|
|
|
|
|
|
aku yg last 4.11kg.skrg expecting lg.pitam kalo nak pk bapa kg lak nak kuar.hahaha. helok anak deme ni.putih melepak suma.beso2 lak tu lahir semua.laki rajin senang ati aku nak beranak ramai pun.hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
hebat2 korg..salute sgt yg boleh normal. iols pon expecting tp risau..bukan risau apa..anak makin kecil dan kurang berat.cser plak..ni pon doktor nk pantau lg sbb kmungkinan berat anak yg ni takut below 2kg. since anak2 lain dah overdue pon..
berat setakat 2.6/2.4 je.
and yg last sah2 doktor suh pilih date cser pd 37w.
adudud
anyway tahniah Johan & Ozlynn
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah ozlyn n johan.. comel baby |
|
|
|
|
|
|
|
aik sejak bila dorang xde bibik? |
|
|
|
|
|
|
| |
|