CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 3

Piala Dunia 2018: Korea Selatan Kalah Bermaruah Di Tangan Sweden 0-1

[Copy link]
Post time 19-6-2018 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah lagi pasukan bola sepak dari Asia tumpas di Piala Dunia 2018 setelah Arab Saudi kalah teruk di tangan tuan rumah Rusia 0-5 pada perlawanan pembukaan Khamis lalu.


sumber : https://english.kyodonews.net



Semalam Korea Selatan dibenam oleh pasukan Sweden 0-1 pada aksi Kumpulan F Piala Dunia 2018 di Stadium Mizhny Novgorod.


Pada aksi separuh masa pertama, Korea Selatan dan Sweden gagal melakukan sebarang percubaan selepas masing-masing buntu untuk mencari gol pertama.


sumber : https://english.kyodonews.net



Memasuki babak kedua perlawanan, Sweden dilihat sedikit bekerja keras dan melakukan beberapa serangan, namun ia berjaya dipatahkan oleh skuad kendalian Shin Tae-yong.







Kapten pasukan Sweden, Andreas Granqvist berjaya membolosi gawang Korea Selatan pada minit ke-65 melalui sepakan penalti ekoran kekasaran yang dilakukan Kim Min-Woo terhadap Viktor Claesson dalam kotak penalti.




sumber : https://english.kyodonews.net



Kemenangan tersebut membolehkan Sweden berada dalam kelompok dua terbaik Kumpulan F berkongsi tiga mata dengan Mexico yang meraih kemenangan ke atas Jerman semalam.


Selepas ini Sweden bakal berdepan penyandang juara Jerman pada Ahad ini manakala Korea Selatan bertemu Mexico sehari sebelum itu.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 11:40 AM | Show all posts
tinggi sgt player sweden ni
sian tgok game ni smlm
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 03:51 PM | Show all posts
ish, sayang tul penalti tu


korea patut menang, malam tadi...


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 03:53 PM | Show all posts
Hyundai vs Volvo , volvo menang, tp penalti..



tp depan goal sweden, tu korea tak leh score, sayang tul padahal korea byk peluang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-3-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059745 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list