View: 1224|Reply: 4
|
AS, Mexico dan Kanada Anjuran Bersama Piala Dunia 2026
[Copy link]
|
|
Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico berjaya mengenepikan Maghribi dalam proses pengundian oleh Kongres Persekutuan Bola Sepak Sedunia (FIFA) yang berlangsung di Moscow semalam.
sumber : BBC
BBC melaporkan, bidaan ketiga-tiga negara itu memperolehi 135 undi berbanding Maghribi hanya memperolehi 65 undi.
Temasya sedunia yang berprestij tinggi itu bakal menjadi acara piala dunia terbesar yang pernah dianjurkan sebelum ini.
Piala Dunia 2026 yang memasuki edisi ke-23 itu bakal menyaksikan 48 pasukan negara akan beraksi dalam 80 perlawanan selama 34 hari.
AS pernah menganjurkan Piala Dunia pada tahun 1994 manakala Mexico pada tahun 1970 dan 1986.
Kanada hanya pernah menganjurkan Poala Dunia Wanita pada tahun 2015.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Pehal sampai 3 tuan rumah.Qatar yang kecik pun boleh jadi tuan rumah sendirian |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah ini bermakna USA, Mexico & Kanada bakal layak secara automatik atas tiket sebagai tuan rumah? Tak adil!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Jenuh ler nak kena terbang sana sini untuk satu2 perlawanan |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu bukan president fifa ke sape tah org kuat fifa komen yg world cup 2002 adalah yg pertama dan terakhir gabungan negara berasingan jadi host.. tgk2 yg ini tiga negara terus.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|