CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2779|Reply: 28

[Tempatan] Akhbar China: Malaysia akan terjejas teruk kerana batalkan HSR

  [Copy link]
Post time 1-6-2018 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by nurul_akmar at 1-6-2018 12:21 PM

Pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan memberi kesan yang amat teruk kepada Malaysia, kata sebuah rencana yang disiarkan akhbar China.

Wartawan Global Times Hu Weija dalam komentar pedasnya semalam mengkritik langkah Malaysia membatalkan projek itu serta menyemak semula projek mega yang mempunyai kaitan dengan kepentingan China, seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

"Perdana Menteri baru Malaysia Dr Mahathir Mohamad telah berkata akan mengabaikan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Singapura, langkah yang mungkin menjejaskan kepentingan China dan rakan ekonomi lain.

"Jika Mahathir mahu menilai semula projek besar yang dipersetujui pendahulunya dan menjejaskan kepentingan syarikat China, syarikat itu berhak menuntut pampasan.

"Kerajaan China juga akan mengambil langkah konkrit untuk menjaga kepentingan dan hak syarikat China," kata artikel itu yang diterbitkan semalam.

Global Times merupakan akhbar tabloid berbahasa Inggeris bawah akhbar China, People's Daily. Ia bertumpu kepada isu antarabangsa daripada perspektif China.

Artikel itu berkata, ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri, beliau telah berkata perjanjian Malaysia dan Singapura untuk membina HSR adalah rancangan jangka panjang tetapi dibatalkan beberapa tahun kemudian.

"Adakah ini cara Malaysia menunaikan janjinya dan mematuhi semangat kontrak?

"Syarikat dan warga China yang menjalankan perniagaan di Malaysia mencerminkan amalan komersil yang dipandu pasaran, selaras dengan amalan antarabangsa.

"Projek yang didana China bukanlah hadiah yang boleh ditolak Kuala Lumpur tanpa pampasan.

"Jika kerajaan baru Malaysia gagal mematuhi semangat kontrak, ia perlu membayar harga bagi kesilapannya," katanya.


Ekonomi dipandu politik

Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) lain konsisten mengkritik projek mega yang dimulakan pentadbiran Najib, terutama yang melibatkan pelaburan langsung asing dari China.

Sejak menjadi perdana menteri, Mahathir telah membatalkan projek HSR dan menegaskan komitmen HARAPAN untuk menilai semula projek mega dari China itu.

Artikel itu berkata, walaupun infrastruktur di Malaysia boleh dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain, masih ada jurang besar pada infrastruktur di negara ini.

Inilah sebabnya Malaysia tidak mampu untuk kehilangan pelaburan untuk perniagaan infrastruktur dari luar, katanya.

"Malaysia bukan satu-satunya destinasi pelaburan. Tidak susah untuk syarikat China mengalihkan fokus mereka kepada negara lain, ekonomi Malaysialah yang akan menanggung kerugian besar," katanya.
Artikel berkata tanggapan awal terhadap dasar ekonomi kerajaan baru Malaysia adalah "ketidaktentuan", namun mengakui masih terlalu awal membuat penilaian muktamad.

Namun, katanya, dasar ekonomi tidak menentu yang dipandu faktor politik adalah antara sebab mengapa sesetengah negara membangun gagal mencapai pembangunan ekonomi, dan berharap kerajaan baru Malaysia tidak membuat kesilapan itu.

"Kami yakin Malaysia akan menangani masalah ini dengan betul.

"Hubunga China-Malaysia sudah diuji masa. Malaysia adalah titik utama sepanjang laluan dalam inisiatif One Belt, One Road," katanya lagi.
Sumber: Malaysiakini



xleh blah aku ayat: "Projek yang didana China bukanlah hadiah yang boleh ditolak Kuala Lumpur tanpa pampasan.". ceh




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2018 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kan.... nampak dah  belang sebenar China komunis ateis
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Taikor Asia dah tunjuk taring
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 01:01 PM | Show all posts
taikor tai
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:28 PM | Show all posts
"Projek yang didana China bukanlah hadiah yang boleh ditolak Kuala Lumpur tanpa pampasan.

"Jika kerajaan baru Malaysia gagal mematuhi semangat kontrak, ia perlu membayar harga bagi kesilapannya," katanya.


aishh..berapa ganti rugi dia nak charge ni..patutnya ada dlm warranty and gurantee kan klu kita batal project bape kena bayar....


"Malaysia bukan satu-satunya destinasi pelaburan. Tidak susah untuk syarikat China mengalihkan fokus mereka kepada negara lain, ekonomi Malaysialah yang akan menanggung kerugian besar," katanya.

negara kuasa besar bila berkata2....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Madey dah npm game Chinook
Elok la batalkan je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
PRC mmg mcm tu. Company tpt aku keje ni dulu pun bila buka hub kt Malaysia, geng PRC tak puas ati. Asik duk ty why have to be Malaysia... China has more resources bla bla bla...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Logik lah kan. Even kontrak syrikat2 bilis ngan kerajaan Malaysia pon, even kerajaan Malaysia yg buat taik, kita sbg kompeni bilis tak berani nak stop contract sbb taknak kena penalty. Penalty bkn alang2 plak tu. Nak tak nak mmg tunggu je lah kontrak tamat sendiri. Tu kontrak biasa. Klu kontrak skala mega dgn negara luar mcm ni, haruslah penalty dia lagi besar. Eiii kerajaan pon mcm tak sabar2 nak buat statement, mcm air je kluar dr mulut masing2, mcm tak myempat lagi dah nak stop everything berkaitan Najib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2018 02:39 PM | Show all posts
macai gelabah sibuk sembang kampeni tempat depa kerja...boleh2 nak bukti depa cakap betui....ada satu macai tu lagi best...dia kata semua projek di labur china adalah jual tanah dekat china...yang macai2 lain percaya..dah nama pun macai..sekolah tinggi 4 pointer pun tetap level macai...wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la pelabur2 lari.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikkk.. HSR dah award ke china ke nak mintak pampasan bagai ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 03:31 PM | Show all posts
Dah nama pun politaik dendam.. macai2 jaa pura2 tak nampak.. sepatutnyaa sebelom nak batal kaaa cancel kaa delay kaa put on hold kaa .. KERAjaan yaa bukan si Tun  buat kajian menyeluruh .. pastu bentang & jelaskan pada rakyat A - Z kenapa perlu dibatalkan ka apa kaa .. cakap open kaa  transparent gomen kaa apa kaa  

Pandai si tua ni main sentimen rakyat Malaysia yg majoriti bengap & mudah percaya tanpa usul periksa ... patot laa dr dulu hingga kini kena perbodohkan jaa.. ujung2 ngaku "bijak"
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cepat2 la hantar srgala foreigner ni balik . ciput2 pun kek ekonomi dapat gak org kita rasa .
whhhwaaaa ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 03:42 PM | Show all posts
akhbar china kominis  vs pakar ekonomi singapore
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 03:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 03:58 PM | Show all posts
dah brp byk Tanah di negeri ujung jadi milik china selet. org2 negeri ujung dok la ampun tuanku ke hulu, ampun tuanku ke hilir. tak sedar siapa yg dpt huntong sbnrnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
HSR ni dah award ke china ke jepun? Apsal tb3suku buat iklan ketapi laju jepun? Konpius jg nih
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni one belt ka blaclk belt nk sambung spratly dari ganu terus ke port klang ka? No wonder pinoy sanggup nk perang dgn china ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 04:56 PM | Show all posts

tnb pun milik China investors
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 04:58 PM | Show all posts
kucen_miang replied at 1-6-2018 03:58 PM
dah brp byk Tanah di negeri ujung jadi milik china selet. org2 negeri ujung dok la ampun tuanku ke h ...



sbb tu diaorg kaya
brp byk tanah singapore johor diaorg jual

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.249354 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list