CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5751|Reply: 62

[Tempatan] PAS Setuju ECRL Diteruskan, korang bagaimana?

[Copy link]
Post time 21-5-2018 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 21-5-2018 07:58 AM

        KUALA NERUS - Kerajaan negeri pimpinan Pas bersetuju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan memandangkan ia memberi keuntungan ekonomi kepada kerajaan dan rakyat di negeri itu.
        Menteri Besar Terengganu,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap agar kerajaan pusat yang kini dipimpin Pakatan Harapan (Harapan) memberi pertimbangan lebih serius bagi memastikan projek berkenaan dapat diteruskan.
        "Secara umumnya kita (Kerajaan Terengganu pimpinan Pas) berpandangan sebarang projek yang memberi keuntungan ekonomi kepada negeri dan rakyat kita alu-alukan.
        "ECRL adalah termasuk dalam projek yang boleh menjana perkembangan ekonomi terutamanya pada hentian satelit tempat-tempat tertentu, di mana stesen ini diadakan.
        "Jadi ia (ECRL) wajar diteruskan dengan syarat tidak membebankan ekonomi kerajaan dan rakyat Terengganu," katanya.
        Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat lawatan ke tapak bazar Ramadan Batu Enam, Bukit Tunggal,di sini, petang semalam.
        Ahmad Samsuri yang turut ditemani isteri, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman tiba di lokasi itu kira-kira jam 5.30 petang dan meluangkan masa hampir 30 minit bermesra dengan peniaga dan pengunjung di bazar berkenaan.
        Projek ECRL sepanjang 688 kilometer bernilai RM55 bilion yang menghubungkan antara Kelantan dan Pelabuhan Klang, Selangor dijangka siap pada 2024 dibangunkan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).
        Setakat ini, projek yang dibangunkan oleh kerajaan BN dibawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah melebihi 13 peratus siap sejak pembinaan bermula November tahun lalu dengan hampir kesemua kem induk ECRL di bawah Fasa 1 siap dibina iaitu di Tunjung (Kelantan), Kampung Raja, Kuala Nerus, Dungun, Kemaman (Terengganu), Mentakab dan Bentong (Pahang), membabitkan 44 terowong dengan terowong terpanjang di Pahang sepanjang 16.9 kilometer.

Single Polls, Total 110 Users voted
35.45% (39)
30.00% (33)
6.36% (7)
28.18% (31)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 03:20 PM | Show all posts
kau punya poll tu biased la
letak je la teruskan
stop
atau why bother
baru la senang nak vote
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cadangan me..duit royalti minyak diguna utk tampung kos ecrl..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 03:23 PM | Show all posts
stop. xde kaitan dgn aku konsepnya. hrp duit tu gn utk projek lain yg seluruh rakyat malaysia blh rasa. ni dino je rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2018 03:25 PM | Show all posts
monkaS replied at 21-5-2018 07:20 AM
kau punya poll tu biased la
letak je la teruskan
stop

why bother 3x

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
buat la.. penat hadap jem tambah2  pulak  masa raya ke cuti ke... kalau kos tinggi ejas la kasi lebih sesuai, semudah abc cadangan iols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2018 03:29 PM | Show all posts
Ai sokong jer. Pantai Timur weols neh dah terketinggalan dari Pantai Barat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 03:36 PM | Show all posts
nak terus pun voleh tak nak pun voleh

ada naik je

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 03:42 PM | Show all posts
harap review balik dan teruskan dengan kos yg lebih effective
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 03:44 PM | Show all posts
PAS mau nya tak sokong. Kalau projek tu kat selangor rasanya dia org la yg pertama kata membazir.
Sebab bukan negeri yg mereka perintah.

Bg aku kena kaji betul2... kos, pulangan balik, penyertaan syarikat tempatan termasuk la peluang pekerjaan, kemampuan utk membayar balik oleh kerajaan bersama hasil dri ecrl tsb. Mungkin bukan projek yg menguntungkan, tetapi memberi manafaat kepada penduduk dan tidak membebankan kewangan negara dalam tempoh yg panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
TT patut letak pilihan #3 Pas akan tanggung semua kos
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ecrl ni keretapi laju... takkan bawak barang pakai ketapi laju kot... dah sah2 ketapi penumpang... bila dah laju.. kos dah tentu mahal... maybe dah sama dgn harga kapaltobang sebab tgk kos campur 11 bilion kos yg dah lesap masuk pun dah tahu berapa tambang nanti.... jadi.. sapa nak naik... jadilah gajah putih... yg kerajaan kena ikat leher dengan ah long china komunis bayar hutang tak abis2... ketapinya tak laku...

Korang boleh guna akal sket tak.. patut laa tun mahu jadi menteri pelajaran... ramai yg otak tak mampu berhubung... najib buat projek tuh sebab nak kebas duit bayar hutang 1mdb laa bongok..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak majukan pantai timur ni buat hiway 3 lane lurus pegi balik... boleh laa maju... senang lori bawak muatan.. jarak perjalanan naik kereta pendek dan lurus, jalan selesa..bangang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak mod, poll tu biassssseddddd, tak de pilihan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn replied at 21-5-2018 07:53 AM
Ecrl ni keretapi laju... takkan bawak barang pakai ketapi laju kot... dah sah2 ketapi penumpang... b ...

160km/h kira ketapi laju ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2018 04:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 04:02 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 21-5-2018 03:21 PM
Cadangan me..duit royalti minyak diguna utk tampung kos ecrl..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2018 04:03 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 21-5-2018 07:58 AM
Kak mod, poll tu biassssseddddd, tak de pilihan.


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju jah. Dgn syarat

Harga tiket lagi murah banyak dr naik aeroplane.
Departure time x complicated mcm aeroplane.  Bukan kena check in bagai 2 3 jam sebelum berlepas. Process berlepas kalau boleh simple je lah mcm naik bas.  Tunggu 15 30 min sebelum berlepas okey lah.

Dapatlah boring2 tu Weekend nak pekena nasi dagang ke ikan celup tepung ke nasi kerabu terus beli tiket online.  Berdegup sampai ganu kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap je lah korang jeles in the name of satan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.334342 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list