CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 14450|Reply: 98

"Dah Maklum Tiga Bulan Awal,"- Sheila Rusly Kecewa Dengan Syafiq Kyle

  [Copy link]
Post time 14-5-2018 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Nampaknya kegagalan pengurusan Shafiq Kyle menguruskan jadual dengan baik, Sheila Rusly terpaksa membatalkan niat untuk memulakan penggambaran Dekatkan Jarak Kita edisi raya.

Sheila sendiri telah memaklumkan kepada pengurusan Syafiq tiga bulan lebih awal untuk memulakan penggambaran drama tersebut.


Tanpa kehadiran Syafiq, drama tersebut tiada guna untuk diteruskan. Apa yang boleh dilakukan adalah menangguhkan dahulu.


Foto: IG Sheila Rusly


"Skrip drama itu sudah pun siap tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana jadual Syafiq penuh dan memang saya sangat kecewa.


"Jujurnya saya kecewa dengan pihak pengurusannya kerana kami telah memaklumkan tiga bulan lebih awal untuk mendapatkan tarikhnya namun jadual dia penuh.


"Saya tidak mahu ambil pengganti pelakon lelaki lain kerana ia sudah merosakkan keseluruhan cerita asal selain idea menghasilkan Dekatkan Jarak Kita edisi raya telah dipersetujui oleh pihak stesen televisyen," katanya.


Gandingan lakonan Syafiq Kyle dan Ayda Jebat dalam drama tersebut telah memberi hasil terbaik apabila berjaya memenangi anugerah  Pasangan Pilihan dalam Drama Festival Kuala Lumpur yang dilangsungkan semalam.


  




"Saya tidak mahu memperjudikan produk saya kerana kualiti dan kepuasan penonton adalah keutamaan saya.


"Drama ini saya simpan, Insya-Allah untuk Hari Raya Aidiladha... tidak mengapa saya kecewa daripada saya buat penonton kecewa," katanya.


Foto: Carian Internet


Syafiq juga kesal dengan salah faham yang berlaku antara pengurusannya dan Sheila Rusly kerana tidak dapat menjayakan drama untuk edisi raya tersebut.


Foto: IG Ayda Jebat


"Saya sendiri kecewa sebab tak dapat bersama-sama menjayakan drama itu kerana jadual memang padat bagaimanapun saya kena pandang positif tentang apa yang berlaku.


"Hubungan saya dengan JS Pictures tiada masalah cuma apa yang ditimbulkan hanyalah salah faham dan saya sendiri akan mohon maaf kepada Sheila," jelasnya.



Maklumlah tengah popular sekarang. Jadual pun jadi padat sampai permintaan Sheila pun secara tidak sengaja ‘dipinggirkan’. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2018 01:20 PM | Show all posts
syafiq kyle ni makin lama makin ensem.. ouchhh!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 01:25 PM | Show all posts
best sgt ke die ni belakon ngan AJ dlm cite tu..
xpenah tgk lak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaann..nampak manly semenjak 2 menjak ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 01:30 PM | Show all posts
shawn lofa kan manager dia?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 01:41 PM | Show all posts
kalau maklumkan tiga bulan awal pun, dah jadual dia penuh, nak buat cam mana..
tak adil la juga nak salahkan pengurusan..
lain la kalau dah maklumkan awal tapi pengurusan slotkan dia untuk offer yang datang kemudian, memang patut la pengurusan kena hentam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah maklumkan tu bayar deposit ke tak? Ke cakap mulut je?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh mmg jadual tgh padat sis...job lebatsss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2018 02:11 PM | Show all posts
tgk dia kurus dlm melodi semalam...memang kurus gitu ke dr dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:12 PM | Show all posts
x payah pun takper la...drama2 ko bukan best pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:14 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-5-2018 01:41 PM
kalau maklumkan tiga bulan awal pun, dah jadual dia penuh, nak buat cam mana..
tak adil la juga nak ...

khuensss iolls pun setuju jek dgn pendapat chuolls. Takleh salah kan pengurusan jugak jadual capik penuh maksudnya kena booking slot 6 months early? fulemak laku keras capik kyle
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:15 PM | Show all posts
adoi aku selalu confuse dia ni dengan laki si hanis zalikha tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:16 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-5-2018 01:41 PM
kalau maklumkan tiga bulan awal pun, dah jadual dia penuh, nak buat cam mana..
tak adil la juga nak ...

Kan? Lain la kalau sepanjang 3 bulan tu jadual dia ada kosong kemudian SR dah booked tetiba management dia ambik job lain. Dah memang takder kosong, takkan nak cancel job lain semata-mata nak ambik job dari SR.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:24 PM | Show all posts
aku rasa yg undi drama tu menang mesti peminat2 shafik kyle ni...
x nmpk pun peminat2 aj smlm..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai blm tgerak tbuka hati nk tgok cta mly lain slps 7hm.
Tguu laa
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:27 PM | Show all posts
aku ni tengok la juga drama tu dulu tapi aku nak kata yang lakonan aida jebat sangat kayu. kayu  dik~

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 14-5-2018 02:15 PM
adoi aku selalu confuse dia ni dengan laki si hanis zalikha tu.

Why?? Si hairul pernah jadi hero drama ke chuolls?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:34 PM | Show all posts
Jadual penuh SK ni

Drama bersiri Astro
Filem
Next Akasia dengan Nely

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:47 PM | Show all posts
grizz replied at 14-5-2018 01:25 PM
best sgt ke die ni belakon ngan AJ dlm cite tu..
xpenah tgk lak..

sama ar, kita pun tak tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 14-5-2018 02:24 PM
aku rasa yg undi drama tu menang mesti peminat2 shafik kyle ni...
x nmpk pun peminat2 aj smlm..

tambah peminat lofa sekaliii. fans lopa pun ada yang sokong syafiq. sama-sama menyokong kekdahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.081199 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list