CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 2580|Reply: 13

'Tun Jalan Terhegeh-hegeh, Tapi Dua Kali Jadi PM! Kau Ada Apa?'

[Copy link]
Post time 11-5-2018 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Tersilap pertuturan di laman sosial, buruk padahnya. Betullah seperti kata-kata A. Samad said menerusi sajaknya berjudul 'Betulkan yang Biasa, Biasakan yang Betul'.

"Jarimu hebat bertutur di Facebook alam maya,"
petikan sajak berkenaan.

Pengguna media sosial hari ini bagaikan sudah tiada batasan sempadan menyuarakan apa yang terbuku di hati terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai Perdana Menteri ke-7.



Foto: Reuters




Terbaru, seorang pengguna Facebook dengan lancangnya menghina Dr Mahathir dengan mempertikaikan kebolehannya meneraju negara memandangkan dia sudah uzur.

"Mahathir ni, jalan pun terhegeh-hegeh. Macam mana nak jadi ketua nombor satu negara?"
tulisnya.








Penghinaan itu mencetuskan kemarahan di kalangan netizen yang rata-rata menyanjungi kehebatan Dr Mahathir.

Kerana mulut, badan binasa. Berbakul kecaman diterima individu terbabit kerana mengeluarkan kenyataan menghina sedemikian.


Takkan Mahathir nak berlumba dengan Agung kot







Biadab betul!


"Ibu bapa tak ajar dia menghormati orang tua ke? Perdana Menteri pula tu yang dihinanya!"
tulis netizen.








Itulah, cakap siang pandang-pandang. Kan tak pasal-pasal kena hentam dengan netizen.

"Walaupun terhegeh-hegeh, otak dia laju, tak macam kau dik,"
kata netizen.




Foto: FB Resepi Sedap Bawang Channel




Sementara itu, segelintir netizen beranggapan individu berkenaan sebenarnya merupakan penyokong Barisan Nasional yang masih tidak dapat menerima kekalahan parti itu dalam PRU14.

Sesuailah dengan umurnya yang hampir mencecah seabad itu. Jarang kita lihat warga emas lain sebaya dengannya masih mampu berjalan sendiri tanpa bantuan. Ditambah pula dengan otaknya yang masih cerdas.

Golongan muda pun belum tentu dapat mencabar kehebatannya, ada hati nak menghina Perdana Menteri ke-7 itu! - CARI
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 11-5-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la macai..
Macai mana mana parti pon.akan.kondem selagi.boleh walau xda isu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jd macai boleh tp sila jgn jd bodoh. Yg kutuk tu entah2 tak sempat hidup sampai umur 93 tahun pun. Umur 60 dah sakit mcm2 lagi nak suruh pm jln laju2
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling kagum tun x nyanyuk pun di usia 93thn.. bab cara bjalan tu, mmg la cam tu..dh tua kan. Berminat sgt nk tahu cara tun jaga kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama macai tu? Nape di blurkan tt, iols nak gak intai instagram bimbo tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Agong memang jenis berjalan laju... Kagum aku masa mula-mula tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 10:00 PM | Show all posts
tun M walaupun 93 tahun, tapi tengok betapa sihat dna tegapnya nya dia..
mostly melayu umur tu dah bongkok dan sangat uzur...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Badan tun m maybe 92....kecerdasan otak betapa maju kehadapan dia berfikir jauh tinggalkan minah tin kosong bodoh yg hanya gunakan fizikal org utk menghina.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 12-5-2018 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi: Agong memang jenis berjalan laju... Kagum aku masa mula-mula tengok.


Bukan jalan laju, tapi jalan yang berwibawa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
awekjepun replied at 11-5-2018 03:50 PM
Aku paling kagum tun x nyanyuk pun di usia 93thn.. bab cara bjalan tu, mmg la cam tu..dh tua kan. Be ...

Tgok interview bersama straits time. Bukan setakat pasal makan, pasal minda suruh banyak membaca, Dan buku2 yg die baca pasal heroism, semangat lg ad lg. Die x constraints, cume jantung die je xtahan die kata.jantung xdgr badan die, 2 Kali bypass. Stop eating if u feel the food is good to avoid your stomach from expanding
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 03:21 PM | Show all posts
Macai Dedak bn, what you expect
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:11 PM | Show all posts
bdk2 cmtu, tk baca berita , media lain, takat tgk tv, berita rasmi, tgk drama,
kalu online, takat jadi bdk wechat.
tu yg otak jadi cmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 11:36 AM | Show all posts
keyboard warrior jaa tuuu.. bukannya tau apa pun budak tu.. memalukan ja
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 11:51 AM | Show all posts
alahhh...najib pun orang kata jalan kepit. Standard la kalau kena kutuk ni. Tapi aku tengok komen kat sosmed, ramai budak2 sekolah sokong najib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-8-2022 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.188503 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list