CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bianglala

[Buku] PBAKL 2018

[Copy link]
 Author| Post time 30-4-2018 02:15 PM | Show all posts
JEJAK TARBIAH

Esok !!

Pelancaran buku @goodreadsmalaysia
Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir

RAIKAN PESTA BUKU ISTIMEWA DI BOOTH JEJAK TARBIAH - 4050

Di booth Jejak Tarbiah, 4050 - Dewan Tun Razak 4, anda akan temui semangat dan lebih inspirasi untuk membaca buku-buku, nilai budi serta jejak peribadi nusantara dan kesegaran genre buku sejarah dan pemikiran untuk tatapan masyarakat awam.

TAWARAN ISTIMEWA KAMI!!!

Diskaun 20% bagi pembelian 3 buku dan ke atas terbitan Jejak Tarbiah.
Diskaun 10% bagi pembelian 1-2 buku terbitan Jejak Tarbiah, dan judul terpilih terbitan lain.
Harga Kombo istimewa hanya RM48 untuk 2 buku Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Cabutan bertuah dengan hadiah hebat bagi pembelian RM100 dan ke atas.

HADIAH CABUTAN BERTUAH !!

1 Tiket percuma pakej Kembara Aceh ✈️bersama Ustaz Pahrol pada 28 Jun 2018 bernilai RM1600
1 Set Tafsir Al Azhar HAMKA, terbitan Gema Insani bernilai RM1k
3 hadiah saguhati - rak kayu IKEA

*Cabutan pada akhir pesta - 6 Mei 2018
*Hadiah akan diposkan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2018 02:18 PM | Show all posts
THUKUL CETAK

Datang ke booth Thukul Cetak dan dapatkan buku-buku power!

Kerana Aku Seorang Perempuan: Dari Kamar Hati Rita Rudaini - Tengku Khalidah
Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya
Melihat Kapitalis Bekerja - Hadri Shah
Cetak Rompak Kepala Bapak - Nasir Jani
Ini Sekolah Kita - Hidayu Hatta, Musa Nuwayri, Faris Isa
Cerita Viral Kebangsaan - Khairul Hakimin Muhammad

Dan banyak lagi (tak larat nak tulis).

Terus ke booth 4126-4129, Dewan Tun Razak 4, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC.

28 April hingga 6 Mei 2018, 9 pagi hingga 9 malam.










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2018 02:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2018 02:26 PM | Show all posts
Sesi pemeteraian kerjasama penerbitan silang negara antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan Yayasan Pustaka Obor Indonesia (YPOI) telah berlangsung tadi di Pavilion Indonesia (Negara Tamu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018).

Kerjasama ini melibatkan penterjemahan dan penerbitan buku Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Harimau! Harimau! karya Mochtar Lubis.








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2018 02:28 PM | Show all posts
Kami dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan untuk hadir ke Majlis Pelancaran Buku Himpunan Kisah Dongeng Sang Kancil Versi Augmented Reality (AR) yang akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 1 Mei 2018 (Selasa)
Masa: 3.00 petang
Lokasi: Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Tetamu Kehormat: YBhg. Profesor Madya Dr. Ramzah Dambul (Timbalan Ketua Setiausaha STI, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)


Untuk makluman Tuan/Puan, buku Himpunan Kisah Dongeng Sang Kancil tulisan Rahimidin Zahari dan ilustrasi oleh Jaafar Taib yang diangkat dengan teknologi augmented reality ini merupakan penerbitan sulung seumpamanya bagi ITBM, selari dengan perkembangan teknologi dalam industri penerbitan buku masa kini.

Buku dalam versi augmented reality ini akan disempurnakan pelancarannya oleh Profesor Madya Dr. Ramzah Dambul, Timbalan Ketua Setiausaha STI, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Penerbitan buku ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak lagi buku dalam versi ini sekali gus dapat menarik minat pembaca muda untuk mula menjadikan membaca sebagai hobi.

Sehubungan itu, Tuan/Puan dengan segala hormatnya dijemput hadir ke majlis ini. Untuk pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi Norzaiti Abdul Talib di talian 019-390 6349 / emel: norzaiti@itbm.com.my.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Komunikasi
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2018 05:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2018 12:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2018 08:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2018 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh dapatkan novel seram saya di reruai Liga #4072 dan di reruai Roman x Selut #4010

Novel bertajuk 3 Malam keluaran Pukat Pikat Press
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2018 12:05 PM | Show all posts
theflash replied at 2-5-2018 10:57 AM
boleh dapatkan novel seram saya di reruai Liga #4072 dan di reruai Roman x Selut #4010

Novel bert ...

ini ya bukunya? TAHNIAH!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2018 12:34 PM | Show all posts
theflash replied at 2-5-2018 10:57 AM
boleh dapatkan novel seram saya di reruai Liga #4072 dan di reruai Roman x Selut #4010

Novel bert ...

bila Sesi Bertemu Penulis buku 3 MALAM?  mungkin ada forumner yang nak dapatkan buku dan jumpa theflash.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2018 05:51 PM | Show all posts
KOMRAD BUKU

Buku-buku Komrad di PBAKL 2018 yang semakin susut. Hangat betul sambutan.

Takpe. Kami akan top up sekejap lagi. Tunggu stok sampai je ni.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2018 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bianglala replied at 2-5-2018 12:34 PM
bila Sesi Bertemu Penulis buku 3 MALAM?  mungkin ada forumner yang nak dapatkan buku dan jumpa the ...

Sabtu ni
5hb JAM 12PM-1PM

di booth LIGA 4071

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2018 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bianglala replied at 2-5-2018 12:05 PM
ini ya bukunya? TAHNIAH!

tq mod sebab pinned kan post saya dan tajuk thread ni.

i is terharu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2018 01:56 PM | Show all posts
theflash replied at 3-5-2018 01:54 PM
tq mod sebab pinned kan post saya dan tajuk thread ni.

i is terharu

eh.. kena berterima kasih kat supermod @seribulan . beliau satu-satunya mod di bod Buku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bianglala replied at 3-5-2018 01:56 PM
eh.. kena berterima kasih kat supermod @seribulan . beliau satu-satunya mod di bod Buku ni. :lov ...

cuma satu,nak minta tolong edit tajuk thread ni.

letak reruai Liga sahaja.
takut ada yang keliru cari saya di reruai Roman. huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2018 02:18 PM | Show all posts
theflash replied at 3-5-2018 02:04 PM
cuma satu,nak minta tolong edit tajuk thread ni.

letak reruai Liga sahaja.

okay bereh... done!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2018 07:48 PM | Show all posts




SANG KANCIL HIDUP

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja watak Sang Kancil, malah setiap watak dalam buku Himpunan Kisah Dongeng Sang Kancil yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dilihat seolah-olah 'bernyawa'.

Menerusi teknologi AR itu, pembaca dapat melihat watak dalam buku berkenaan hidup kerana dihasilkan dalam bentuk maya tiga dimensi (3D) pada grafik dan visual buku.

Selain itu, teknologi E.narasi yang terkandung dalam AR membolehkan pembaca mendengar bunyi latar sambil membaca kisah dongeng berkenaan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Madya Dr Ramzah Dambul, berkata usaha Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) menerbitkan bahan bacaan berbentuk sedemikian mampu memberi nilai tambah seiring teknologi pada masa kini.

"Kisah rakyat dan kandungan penceritaan yang sama tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang lebih interaktif, canggih dan menarik untuk dibaca khususnya golongan muda dan kanak-kanak.

"Dengan teknologi ini, penghayatan kepada pembacaan itu lebih mendalam dan dekat dengan setiap pembaca," katanya pada majlis pelancaran koleksi buku berkenaan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata, penggiat sastera yang tidak menguasai teknologi akan ketinggalan dan terkebelakang dalam menghasilkan bahan bacaan seiring perkembangan teknologi digital.

Siri Sang Kancil tulisan Rahimidin Zahari dan ilustrasi oleh pelukis terkenal tanah air Jaafar Taib itu diterbitkan dalam dua versi bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris pada tahun 2015.

Siri itu mengandungi 10 kisah dongeng Sang Kancil dan pernah memenangi Hadiah Utama Samsung KidsTime Authors Award (SKTAA) di Singapura.

Himpunan Kisah Dongeng Sang Kancil versi AR dibangunkan MXR International Singapura dan boleh dilihat menerusi aplikasi SnapLearn.

Sempena PBAKL 2018, koleksi berkenaan dijual pada harga RM100 untuk 10 buku atau pada harga RM12 senaskah.
- BH -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2018 07:53 PM | Show all posts
Paviliun Indonesia diserbu peminat

"Berbagi literatur, berkongsi kultur”

Kata-kata slogan yang tertera di Paviliun Indonesia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 itu bagai menyedarkan betapa Malaysia dan Indonesia itu berkongsi banyak hal termasuk kebudayaan dan kesusasteraan.

Berakar serumpun, tentu sahaja kedua-dua negara ini terlalu dekat antara satu sama lain. Tidak hairanlah, ada antara rakyat Malaysia yang jatuh cinta dengan karya-karya Indonesia.

Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, PBAKL pada tahun ini istimewa kerana turut menjemput dua negara tamu iaitu Indonesia selain Arab Saudi untuk membawakan buku-buku dari kedua-dua negara itu.

Paviliun Indonesia menawarkan 100,000 naskhah buku daripada 1,400 judul karya terbaik dan terbaharu Indonesia. Bagaikan lubuk buku-buku Indonesia, ia melibatkan puluhan penerbit popular negara itu seperti Aksara Plus, Gramata, Bee Media dan Gramedia Pustaka Utama dan yang meliputi novel, buku agama, motivasi, biografi serta kanak-kanak.

Paviliun (pavilion) itu dikelolakan oleh Ikatan Penerbit Indonesia (Ikapi) yang mendapat tajaan daripada pemerintah Indonesia menerusi Badan Ekonomi Kreatif Indonesia (Bekraf).

Kosmo! yang mengunjungi paviliun tersebut baru-baru ini mendapati ramai rakyat Malaysia penggemar karya-karya Indonesia tidak melepaskan peluang ke Paviliun Indonesia.

Autograf
Terdapat juga sebilangan penggemar hadir dengan buku untuk bertemu dan mendapatkan autograf daripada sasterawan terkenal Indonesia, Sapardi Djoko Damono yang menyerikan paviliun itu Sabtu lalu.

Seorang peminat karya Indonesia yang juga seorang doktor, Haslina Hashim, 34, berkata, dia gembira kerana dapat meninjau banyak buku Indonesia yang diletakkan di bawah satu tempat.

“Saya telah mempunyai koleksi novel Andrea Hirata, saya paling meminati Laskar Pelangi. Saya datang sini untuk lihat kalau ada karyanya yang belum saya miliki.

“Sejujurnya saya meminati karya Indonesia kerana bagi saya penulisannya mempunyai jiwa dan tulus,” katanya yang berasal dari Terengganu dan bertugas di Kuala Lumpur.

Tambah Haslina, dia lazimnya mendapatkan buku-buku Indonesia dengan terbang ke sana atau menunggu pameran buku Indonesia di negara ini.

Seorang jurulatih kecergasan, Mohd. Arif Afifi Mohamad Sukri, 26, berkata, dia meminati karya Indonesia sejak berumur 15 tahun apabila membaca buku-buku nukilan Hamka.

“Daripadanya saya kemudian menerokai minat kepada penulis-penulis yang lain seperti Habiburrahman El Shirazy.

“Saya juga mengelak untuk menonton filem Syurga Yang Tak Dirindukan oleh Asma Nadia selagi belum membaca bukunya,” kata jejaka berasal dari Kedah itu.

Sementara itu, ketua delegasi Paviliun Indonesia yang juga merupakan wakil ketua umum Ikapi, Husni Syawie berkata, pihaknya berbangga kerana mendapat jemputan Malaysia untuk membawa buku-buku Indonesia ke negara ini.

Bangga

“Kami berbangga kerana mendapat pelawaan menjadi negara tamu dalam PBAKL 2018. Sesungguhnya Indonesia dan Malaysia itu berkongsi budaya dan kesusasteraan.

“Hubungan itu harus dijaga dan didekatkan secara timbal balik.

“Kami mengundang masyarakat Malaysia dari Kedah sehingga ke Sabah untuk ke paviliun kami,” katanya.

Paviliun Indonesia dijaga oleh empat orang pekerja Ikapi dengan bantuan dari aspek jualan oleh Perbadanan Kota Buku, sebuah syarikat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyediakan latihan dalam industri perbukuan.

Pengurus Kanan Perbadanan Kota Buku, Hasri Hasan berkata, kerjasama telah banyak terjalin antara pihaknya dan penerbit-penerbit Indonesia sebelum ini.

“Sebagai negara tamu, kita memudahcarakan mereka dari aspek penjualan buku. Begitu juga kalau kita ke Jakarta, pihak mereka banyak membantu kita.

“Sebanyak 100,000 naskhah buku ditawarkan di Paviliun Indonesia dengan 80 peratus daripadanya ialah buku-buku terbaharu,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2018 07:59 PM | Show all posts
Kongsi derita lawan sakit


Kuala Lumpur: “Buku ini peninggalan arwah isteri. Ia sangat bermakna kerana di saat bertarung nyawa, dia sempat menulis pengalamannya melawan kanser tanpa pengetahuan saya.

“Jika arwah masih hidup, mungkin dia orang paling gembira kerana hasratnya mahu berkongsi pengalamannya dengan umum terutama pesakit kanser sudah tercapai,” kata Zulkefli Sanip, 37, suami kepada Nur Eliyana Mohd Redhuan, pesakit kanser payu dara tahap empat yang meninggal dunia Disember tahun lalu.

Nur Eliyana adalah salah seorang daripada penulis buku berjudul Projek Lavender yang bakal dilancarkan Ahad ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018).

Penulisan buku bermula Oktober tahun lalu itu menghimpunkan 22 kisah sebenar pejuang kanser termasuk haiwan yang ditulis pakar onkologi, penghidap kanser dan individu yang pernah menempuh saat suka-duka bersama pesakit.

Zulkefli berkata, ketika hayatnya, Nur Eliyana adalah seorang pejuang kanser yang sangat positif melawan penyakitnya selepas di diagnos pada 2014.

“Arwah gemar beri semangat kepada orang lain dengan berkongsi pengalamannya kepada pesakit kanser supaya lebih berani berjuang melawan penyakit ini.

“Sebagai suami, saya bangga biarpun isteri sudah tiada, ada kenangannya boleh dikongsikan dalam buku ini. Semoga semangatnya dapat ‘dipinjamkan’ kepada pesakit lain di luar sana,” katanya.


Penerbit Projek Lavender, Norsa’adah Ahmad pula berkata, menyedari kekurangan bahan bacaan berkenaan penyakit kritikal itu dalam bahasa Melayu, dia bersama sahabat baiknya Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin mengambil inisiatif dengan menghimpunkan pengalaman sebenar penulis.

“Saya sendiri menulis dalam buku ini kerana ibu meninggal dunia akibat leukimia yang lewat kami sedari. Kami dapat tahu penyakit ini dalam tempoh singkat dan ia merebak dengan sangat pantas dan selepas dua bulan ibu meninggal dunia.

“Menurut doktor, kemungkinan besar kanser itu sudah ada lama cuma kami tak sedar perubahan fizikal pada ibu termasuk kerap demam, wajah pucat dan kurus. Rupanya dia sedang bertarung dengan penyakit itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 April 2018 @ 4:27 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.114763 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list