CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2420|Reply: 10

Tak Sangka 7 Selebriti Hollywood Ini Mempunyai Hobi Yang Pelik!

[Copy link]
Post time 18-4-2018 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Hobi membawang? Tidak hairanlah dengan hobi membawang kerana ada orang mempunyai hobi yang lagi pelik dan menghairankan terutama selebriti popular. Pasti anda bayangkan hobi yang dilakukan mereka bergaya dan istimewa, bukan? Tetapi tahukah anda, selebriti Hollywood ini mempunyai hobi di luar kotak. Wow, apa itu?


1.Johnny Depp




Mungkin inilah rahsia awet muda Johnny Depp. Hobinya yang suka mengumpul patung ‘Barbie’ membuatkannya lebih tenang.

"Saya suka bermain dengan Barbie. Ia satu perkara yang hebat untuk dilakukan dengan anak-anak anda," katanya.


Johnny memiliki koleksi Barbie yang banyak, termasuk Beyonce dan Lindsay Lohan. Malah, dia juga menghias anak patung itu dengan trend Hollywood terkini. Siapa cakap lelaki bermain anak patung tidak cool?




2.Tom Hanks

Aktor filem Cast Away dan Forrest Gump ini telah memenangi banyak Anugerah Akademi. Hobinya agak ganjil dan boleh dikatakan sedikit hipster. Hanks suka mengumpul mesin-mesin lama dan antara yang paling diminatinya adalah mesin taip manual. Jika anda seorang penulis yang suka menaip atau peminat Hanks, periksa aplikasinya, Hanx Writer!




3.David Arquette


Foto: Google




Popular selepas muncul dalam filem Scream, hobi pelakon ini agak janggal bagi seorang lelaki. Diajar oleh neneknya untuk mengait pada usia muda, Arquette tidak malu dan kekok  dengan kebolehannya malah muncul sebagai muka depan sebuah penyelidikan kanser payudara, “Celebrity Scarves 2: Hollywood Knits for Breast Cancer Research.”


4.Claudia Schiffer


Foto: Google



Bekas kekasih kepada ahli silap mata, David Copperfield ini mungkin dilihat anggun setiap masa. Tetapi, jika anda mengetahui hobinya pasti berasa hairan.


Wanita ini mengakui dirinya meminati serangga. Schiffer terpesona dengan labah-labah dan berasa puas dengan koleksi serangga itu. Tidak percaya? Lihatlah pakaian yang direka Schiffer, pasti anda menemui logo labah-labah untuk mencerminkan cintanya!




5.Taylor Swift


Bukan sahaja berjaya menggengam dunia melalui muziknya, Swift juga mampu ‘menggenggam’ seluruh bumi dengan hasil ciptaan daripada hobinya. Hobi Swift membina glob yang biasa didapati di kedai cenderahati itu menjadi pilihannya biarpun sentiasa sibuk.




6.Mila Kunis

Aktres popular ini bukan sahaja hebat berlakon, malahan seorang yang mahir bermain permainan di internet. Ketika diwawancara oleh Jimmy Kimmel, Kunis mengakui bahawa dia pernah menghabiskan banyak masa bermain "World of Warcraft."


Menurut Kunis, obsesinya dengan permainan itu sangat teruk sehingga dia terpaksa memaksa dirinya untuk berhenti. Di samping ketagihan ini, Kunis juga mendedahkan dia peminat setia Star Trek dan telah menghadiri konvensyen itu.


7. Angelina Jolie


Foto: Google




Pelakon utama Tomb Raider ini sentiasa kelihatan lembut dan penyayang, tetapi sebenarnya berjiwa kental. Gemar mengumpul pisau belati, hobinya itu bermula apabila ibunya menghadiahkan sebilah pisau lipat kepadanya ketika berusia 12 tahun.




Amboi, boleh tahan juga hobi selebriti Hollywood ini ya! - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebak gak.. tapi takleh celen Badul la. Hobi dia kawin cerai tah brape bnyk kali dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hobi saya ialah mengumpul colored pencils {:sing
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 10:03 AM | Show all posts
wau nk blaja mengait gak lak..
cm best je..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 11:27 AM | Show all posts
Patut ler si Johnny Depp pandai lakonkan macam2 watak suka main barbie doll rupanya.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 11:42 AM | Show all posts
klu org yg takde hobi ni pelik ke tidak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2018 04:42 PM | Show all posts
cer share hobi korang yg rasa2nya blh sekapal dgn selebriti hollywood ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Labah-labah bukan kategori serangga. Serangga ada 6 kaki. Labah-labah jatuh dalam kategori arachnids. Apo melayu eh den tak ingat. Ha jadi editor cari buleh la update artikel ni dengan terma yg tepat. Mekasih daun keladi. Belajar sains bersama didi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 11:14 AM | Show all posts
sinalegna replied at 18-4-2018 09:15 PM
Hebak gak.. tapi takleh celen Badul la. Hobi dia kawin cerai tah brape bnyk kali dah

ahahhahaha.... lawak2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 01:46 PM | Show all posts
Rare. Netizen kita hobi membaca, melayari internet, melancong
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hobi saya melanchhhh... tak... Melantak chuolssss.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.295823 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list