CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1935|Reply: 18

[Tempatan] Gaji wajar di KL RM2,700 untuk bujang, keluarga RM6,500

[Copy link]
Post time 29-3-2018 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Gaji wajar di KL RM2,700 untuk bujang, keluarga RM6,500




KUALA LUMPUR 28 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM) menganggarkan gaji bulanan yang sepatutnya di Kuala Lumpur adalah antara RM2,700 bagi yang masih bujang, RM4,500 untuk pasangan tanpa anak dan RM6,500 pula bagi pasangan dengan dua anak.

Menurut Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim, anggaran gaji kehidupan wajar untuk ketiga-tiga kategori tersebut adalah di bawah pendapatan median di Kuala Lumpur sebanyak RM9,738 dengan 27 peratus isi rumah berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar.

Katanya, Kuala Lumpur menjadi penanda aras bagi anggaran gaji kehidupan wajar memandang kan ia adalah kawasan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia diikuti Johor Bahru dan Pulau Pinang.

“Dengan mengambil kira RM2,700 di Muar atau Kubang Kerian contohnya, pastinya jumlah itu adalah tinggi dan golongan bujang boleh menikmati kehidupan adalah selesa kerana kos sewa rumah juga adalah rendah,” katanya dalam sidang akhbar pembentangan Laporan Tahunan 2017 BNM di sini hari ini.

Berdasarkan laporan tersebut, penemuan bagi isi rumah dewasa bujang adalah selaras dengan fakta bahawa graduan dengan ijazah pertama atau diploma memperoleh secara purata, gaji permulaan masing-masing sebanyak RM2,207 dan RM1,346 sebulan.

Dalam kalangan isi rumah berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar, hampir 70 peratus terdiri daripada isi rumah yang hanya mempunyai seorang ahli keluarga bekerja.

“Mereka yang berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar kebanyakannya lulusan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah hingga pertengahan manakala mereka yang berpendapatan di atas gaji kehidupan wajar kebanyakannya graduan pengajian tinggi dengan pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Gaji bulanan median pada 2016 untuk pengurus dan profesional di Malaysia, masing-masing RM5,500 dan RM4,450 sebulan adalah jauh melebihi anggaran gaji kehidupan wajar untuk isi rumah dewasa bujang.

“Penemuan ini menekankan kepentingan mewujudkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia yang dilengkapi dengan kecekapan yang diperlukan untuk pekerjaan berpendapatan tinggi,” jelas laporan tersebut.

Berbeza dengan gaji minimum, pelaksanaan gaji kehidupan wajar tidak begitu meluas dan sebahagian besarnya terbatas kepada beberapa negara maju. Kajian empirikal berdasarkan bandar-bandar di Amerika Syarikat (AS) mendapati pembayaran gaji kehidupan wajar memberi manfaat kepada pekerja dan majikan.

Secara dasarnya, gaji kehidupan wajar adalah merujuk kepada pendapatan yang diperlukan oleh isi rumah agar mampu memperoleh taraf hidup minimum yang boleh diterima.

Berdasarkan laporan itu, ia menunjukkan bahagian isi rumah yang berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar yang dianggarkan pada 2016 adalah lebih besar dalam kalangan isi rumah dewasa bujang dan isi rumah pasangan dengan dua orang anak, berbanding isi rumah pasangan tanpa anak.

Bagaimanapun, katanya, ke*san makro ekonomi mungkin berbeza mengikut negara disebabkan oleh perbezaan dari segi ciri pasaran pekerja dan persekitaran ekonomi semasa.

Sebagai contoh, jelas laporan itu, pembayaran gaji kehidupan wajar adalah lebih mudah semasa ekonomi sedang berkembang apabila kurang desakan untuk majikan mengurangkan kos tenaga kerja dan ia hanya akan berkesan sekiranya gaji tersebut ditetapkan pada aras yang realistik dan mapan.

Sehubungan itu, katanya, pe*ngi*raan anggaran gaji kehidupan wajar secara teliti amat penting supaya dapat mengimbangi antara memastikan pekerja mampu mencapai taraf hidup minimum dan majikan berupaya membayar gaji yang sepadan dengan produktiviti pekerja.

“Menetapkan kadar gaji kehidupan wajar yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan majikan menyalurkan kos gaji tambahan kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Tetapi, sekiranya gaji kehidupan wajar berjaya dilaksanakan, manfaatnya dapat dinikmati oleh pekerja dan majikan, dengan kesan buruk yang terhad terhadap ekonomi,” katanya.

“Ini bergantung pada beberapa prasyarat. Anggaran gaji kehidupan wajar mestilah sesuai dan cukup munasabah untuk mendorong majikan supaya membayar gaji yang berpatutan kepada pekerja. Gaji kehidupan wajar juga perlu diiringi dengan produktiviti yang lebih tinggi dan ini memerlukan usaha bersama daripada majikan, pekerja, kesatuan sivil dan sektor awam,” katanya.


http://www.utusan.com.my/bisnes/ekon...#ixzz5B5YY6WQd


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 09:30 AM | Show all posts
sekarang kt KL selangor ada free bas, selangor bagus holistic. bas free KL tu untuk pelancongan je kan? tak pernah naik lg.

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tongong mana buat anggaran ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 10:13 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 29-3-2018 10:06 AM
Tongong mana buat anggaran ni?

apa yg tongong ? atau kau yg tongong...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 10:14 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 29-3-2018 10:06 AM
Tongong mana buat anggaran ni?
Bank Negara Malaysia (BNM) menganggarkan gaji bulanan yang sepatutnya di Kuala Lumpur adalah antara RM2,700 bagi yang masih bujang, RM4,500 untuk pasangan tanpa anak dan RM6,500 pula bagi pasangan dengan dua ana


katanya BNM sis  
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang setuju.dgn ini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Derang ni bercakap ikut celah kangkang ka apa....kalau gaji gomen bolehlah kut hang buat sebab duit dari cukai rakyat semua. ....ni kalau hang bos kompeni bisnes kecil private senang2 hang nak bagi rate gaji sedemikian sedangkan income bulanan company pun kais pagi makan pagi. ...kais petang makan petang. ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 10:44 AM | Show all posts
Interesting...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 11:14 AM | Show all posts
buat la bancian, anggaran, dan sebagainya.. Hakikatnya gaji aku masih tak wajar lagi ni..


Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 11:21 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 29-3-2018 10:06 AM
Tongong mana buat anggaran ni?

kau apa tau...duduk diam diam...nah 2 bijik guli..pigi main bawah rumah sana...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 11:28 AM | Show all posts
aku pernah dulu masa interview mintak gaji 2k...
sebab sebelum tu gaji 1.5k jek..
panel tu ckp ngan muka berat nak bagi..nanti sy pertimbangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 11:31 AM | Show all posts
Ekonomi tengah rancak berkembang kan? Rasanya takda masalah nak bagi gaji mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 11:31 AM | Show all posts
noor2 replied at 29-3-2018 10:37 AM
Derang ni bercakap ikut celah kangkang ka apa....kalau gaji gomen bolehlah kut hang buat sebab duit  ...

kalau swasta bagi gaji kecil jangan mahu terima kerja...tu kan cari bala namanya kalau di KL...kalau dah sendiri mau itu kerja jangan pula komplain gaji kecil..tak cukup itu ini...tak adil dgn majikan......sendiri mau tau...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dah dua dgn gaji >rm6000 pun xleh beli rumah lg
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 12:26 PM | Show all posts
ok la tu, kurangkan belanja tidak perlu, jangan pergi melancong ke luar negara, jangan ubahsuai kereta, jangan beli rokok, gajet jangan mewah2, utamakan makanan yang masuk perut tu, tapi janganlah makan fast foods, beli sayur banyak, ulam, ikan lebih
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 12:43 PM | Show all posts
kerajaan kena lah kuatkuasakan minimum pay kpd Rm1,500 pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 03:05 PM | Show all posts
mesti lps ni ada majikan yg gunakan figures ni sbg benchmark dlm tentukan salary
pastu stok2 yg dah kawen anak dua lak bleh la demand smpi 6500 sbb alasannya anak dah 2 walau tak competent dlm bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 03:10 PM | Show all posts
ada pulak yang melenting. nampak sangat malas membaca.

ini panduan dari BNM untuk gaji wajar hidup kat KL.
jumlahnya berbeza untuk yg hidup outskirt sikit macam Kedah ke, Melaka ke.

Ini jadi panduan untuk majikan. tak nak bagi sudahlah. Bukan ada paksaan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 05:16 PM | Show all posts
Parit.Hilton replied at 29-3-2018 03:10 PM
ada pulak yang melenting. nampak sangat malas membaca.

ini panduan dari BNM untuk gaji wajar hidu ...

tu la.. BNM bagi guide line jer pun kalau nak selesa kena household income brp.. tu pun ada yg meroyan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.067426 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list