CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3436|Reply: 15

"Agak-agaklah, Takkan Nak Sedekah Baju Kurung Kepada Sekolah Tahfiz Lelaki&

  [Copy link]
Post time 26-3-2018 03:32 PM | Show all posts |Read mode

Facebook PU Rahmat




Satu perkara yang boleh dipuji tentang sikap rakyat Malaysia ini adalah sangat mudah bersedekah dan menderma. Kalau ingat balik ketika banjir besar tahun 2014 lalu, bermacam jenis barangan dikumpulkan hasil sedekah orang ramai.

Bukan sahaja makanan, minuman, wang ringgit bahkan pelbagai jenis pakaian berjaya dikumpulkan. Namun, untuk bersedekah sebenarnya perlu juga mengambil kira kesesuaian si penerima.





Facebook PU Rahmat




Baru-baru ini, bekas peserta rancangan realiti TV Islamik, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan ada memuat naik sekeping gambar menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sekolah pondok memakai baju kurung di hadapan pondok mereka.


Menurut PU Rahmat, baju kurung tersebut diderma orang ramai dan dengan niat sekadar ingin bergurau, pelajar pondok itu memakai pakaian tersebut.


Daripada gambar tersebut dapat dilihat bukan sahaja baju kurung yang didermakan, bahkan ada juga baju lain seperti gaun kanak-kanak diberikan.


Apa yang ingin ditekankan oleh PU Rahmat adalah kesesuaian sesuatu jenis barang itu didermakan kepada si penerima. Secara logiknya, takkanlah pelajar lelaki nak pakai baju wanita, kan?


Para netizen yang melihat gambar tersebut berasa terhibur dengan gelagat pelajar pondok tersebut dan juga bersetuju dengan pendapat PU Rahmat tentang kesesuaian barangan yang hendak didermakan.

















Facebook PU Rahmat




Mungkin selepas ini jika anda berniat untuk bersedekah seperti pakaian ataupun barangan lain, kaji dahulu kepada sesiapa anda hendak memberi barangan tersebut sama ada sesuai atau tidak dengan mereka. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Si kurung pink Tu {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kanan sekali tu baru balik dari merewang ke? {:run
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 04:27 PM | Show all posts
comenynya ade yang pakai gaun
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 05:25 PM | Show all posts
gelak besor aku depan pc hhaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hihihi cute
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2018 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. sporting bebudak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bahahaha..xmenahan sporting memasing pakat pakai baju kurung..sabo jela{:smile
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ahahahaha comel je semua...tapi pesanan untuk yang nak derma baju, cek hati tu berdaki ke tak kalau nak derma kat orang...ko ingat macam refugee syria tu nak pakai suar dalam berkerak ko? ni pengalaman kawan aku agih2 baju2 derma. eewww
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
bloodyamuk replied at 27-3-2018 01:53 AM
ahahahaha comel je semua...tapi pesanan untuk yang nak derma baju, cek hati tu berdaki ke tak kalau  ...

Kat Malaysia ini memang ya acara derma baju terpakai dah jadik acara buang sampah beramai2!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 27-3-2018 02:05 AM
Kat Malaysia ini memang ya acara derma baju terpakai dah jadik acara buang sampah beramai2!

asal ada peluang kan...dengan baju bau bacin, terselit spender kuning2, stokin berlubang sana sini, pakej dengan taik2 lipas...lahanet betul...nak derma kat orang syria ke nak buat naya orang...at least basuh la baju2 tu kasik wangi sket
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 08:32 AM | Show all posts
chicozinn replied at 26-3-2018 08:49 PM
bahahaha..xmenahan sporting memasing pakat pakai baju kurung..sabo jela{:smile

hahaha...aku pon x tahan gelak
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju kurung pink memang mengundang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaa adoih yang ni kelakar. Tak memasal berbaju kurung dah semua
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 09:19 AM | Show all posts
udah rupa acik2 bawang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 05:53 PM | Show all posts
Baru nak kata benda yang sama udah rupa acik2 bawang je memasing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.157057 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list