Khas buat kaum wanita yang menyimpan banyak alat kecantikan di rumah tanpa menggunakannya. Tidak tahu untuk menggunakannya dan hanya meletakkannya di dalam laci? Anda mesti cuba cara ini agar tidak ada lagi alat kecantikan yang akan tersimpan lepas ini. Cara yang dipetik dari Vemale.com ini ternyata lebih berkesan.
Berikut adalah cara-cara yang dapat anda ikuti:
1) Berhenti terpengaruh
Foto: Beautyheaven.com.au
Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata pembekal alat kecantikan tersebut. Anda perlu tahu bahawa jika alat yang dijual itu belum tentu berkesan terhadap kulit anda.
2) Jangan malas untuk membaca huraian selengkapnya
Foto: Sumijelly.com
Anda seharusnya perlu ambil tahu setiap inci kegunaan, ketahanan, kulit apa sahaja yang sesuai untuk menggunakannya, warna, aroma dan lain-lain lagi. Lagi terbaik jika anda mengetahui selengkap-lengkapnya sebelum membeli agar tidak lagi tersalah beli produk tersebut dengan hanya "tergoda" dengan aspek luaran sahaja.
3) Pastikan ia keperluan
Foto: Wanista.com
Haip! Ini ramai juga yang tersalah tafsir. Perlu diingat ya! Anda hanya perlu membeli sesuatu produk yang dikatakan perlu sahaja, bukan mengikut keinginan anda sendiri.
4) Beli waktu yang sesuai
Foto: Azizanosman.com
Jangan dibeli terus apabila melihatnya. Tunggulah disaat ia membuat jualan promosi atau sebagainya agar anda mendapat harga diskaun yang terbaik.
5) Barang yang sudah dibeli tapi tidak menggunakannya?
Foto: Makeup2587.wordpress.com
Bagi barang yang sudah pun anda beli dan anda tidak menggunakannya. Anda boleh menjualnya kembali dalam keadaaan "preloved" dengan harga yang lebih berpatutan atau memberinya kepada rakan anda agar ia tidak dibiarkan begitu sahaja.
Buat penggemar alat kecantikan, berbelanjalah dengan berhemah. Letakkan membeli barangan keperluan sahaja ya sahabat.- CARI |