Pernah tak rasa nak makan banyak-banyak sebab teringin sangat makanan tu? Tercari-cari restoran yang menghidangkan pelbagai menu dengan harga berpatutan?
Bagi yang suka sangat pesan makanan dalam kuantiti yang banyak dan suka makan beramai-ramai, jomlah singgah di Chillex Concept Café ni.
Dengan konsep ala hipster, kafe ini bukan sahaja menyajikan hidangan barat, malahan terdapat juga menu tempatan serta masakan Thailand. Tambah menarik, kafe ini juga tidak mengenepikan street food seperti burger dan roti John.
Sumber foto: Facebook Chillex Concept Cafe
Diberi nama Roti John Long Island, ia dihasilkan dengan resepi rahsia. Berbeza dengan roti John di pasar malam, menu ini ditampilkan bersama kepingan nachos yang digandingkan bersama dua jenis keju iaitu mozzarella dan sos berkeju.
Selain street food yang menjadi pilihan para pelajar, pelanggan juga boleh mencuba Ultimate Big Plate yang menyediakan dua jenis hidangan berbeza iaitu 'mix grill' dan 'deep fried'.
Mix grill merangkumi Lamb Chop, Chicken grill, Sauce grill, Herb French Fries dan Caesar salad yang dihidangkan bersama sos lada hitam. Selain grill, ada juga pilihan menu bergoreng seperti Deep Fried dengan gabungan Chicken Chop, Fish and Chip, Chicken Popcorn, Herb French Fries dan Caesar salad, baru terangkat!
Sumber foto: Facebook Chillex Concept Cafe
Bagi penggemar nasi, jangan kecewa apabila datang ke kafe ini. Apa kata cuba menu luar biasa yang dinamakan 7 wonder ini. Menu ini adalah gabungan tujuh jenis nasi goreng termasuk nasi goreng kicap, nasi goreng sardin, nasi goreng tomyam, nasi goreng kampung, nasi goreng Thai, nasi goreng kerabu serta nasi goreng cina.
Terdapat juga daging cincang dan ayam goreng berempah disajikan bersama hidangan ini.
Sumber foto: Facebook Chillex Concept Cafe
Dengan harga antara RM5 sehingga RM39.90, pasti berbaloi dengan pelaburan anda. Tunggu apa lagi, hari minggu dah semakin hampir, mohle kite singgah ke Seri Iskandar, Perak. - CARI |