“Walaupun syarikat saya bukanlah besar seperti jenama lain,
saya tetap bersyukur kerana sambutan menggalakkan."
Marhaini Suriana Ayub, 30, berkata demikian kepada Harian Metro berhubung kejayaannya menjual tudung bawal manik bercorakkan logo parti bertanding yang laku dibeli orang ramai.
Foto: Harian Metro
Walaupun tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) belum diumumkan lagi, namun tudung yang dikeluarkannya itu menerima sambutan menggalakkan.
Menurut Marhaini, syarikatnya mula mengambil tempahan sejak minggu lalu selepas memuat naik gambar tudung berkenaan di Facebook syarikatnya.
Foto: FB De'Suria Collection
Logo dicetak termasuk Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (PAN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). - CARI |