"Saya tidak sangka kepercayaan yang diberikan kepadanya
dibalas dengan tindakan yang tidak bermoral ini."
Pengetua dan pemilik maahad di Bukit Bay Route berkata demikian ketika mengulas lanjut berhubung insiden penderma meliwat pelajar tahfiz.
Foto: BH Online
Memetik BH Online, suspek yang didakwa melakukan penderaan seksual terhadap pelajar pusat tahfiz berkenaan turut dikatakan sering membawa mereka yang tinggal di asrama pulang ke rumahnya tanpa pengetahuan pihak pengurusan.
Menurut pemilik maahad, seorang tenaga pengajar mendakwa pernah melihat suspek cuba masuk ke dalam selimut salah seorang mangsa yang sedang tidur pada bulan lalu.
"Selepas disoal siasat, barulah pelajar terbabit mengaku mengenai kegiatan tidak bermoral lelaki berkenaan yang kami sudah anggap macam keluarga sendiri.
"aling menyedihkan kami, apabila mendapat tahu 21 pelajar lelaki yang berumur antara 10 hingga 17 tahun menjadi mangsa gangguan seksual dan ada yang diliwat, malah seorang daripada mereka juga memaklumkan dipaksa melakukan perkara terkutuk berkenaan kira-kira 10 kali," katanya.
BACA JUGA: Derma Sambil Meliwat Pelajar Tahfiz
Tambahnya, mereka sangat terkejut dan tidak menyangka sukarelawan berkenaan sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu sejak Ogos tahun lalu.
"Kami memang tidak menyangka perkara ini kerana dia aktif dalam memberi sumbangan barangan keperluan harian serta dipercayai pegawai khas kepada salah seorang kerabat di negeri ini.
"Maahad ini sudah jadi seperti rumah kedua baginya sejak 2015 lagi.
"elajar-pelajar di sini dan ibu bapa sangat akrab dengan beliau malah dia kerap ke pusat tahfiz ini, kadang-kadang setiap hari. Dia juga banyak berubah termasuk sudah belajar solat serta mengaji.
"Ibu bapa memang terkejut selepas mengetahui mengenai perkara ini. Ramai yang tidak sangka suspek sanggup melakukan perkara sedemikian kepada anak-anak mereka," katanya.
Malah, ibu bapa turut meluahkan kekecewaan mereka kerana sanggup merosakkan masa depan anak-anak.
Suspek berusia 41 tahun itu kini dalam tahanan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. - CARI |