CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6406|Reply: 13

Jangan Sesekali Dengar Lagu Ini, Kalau Tak Nak Kena Sumpahan Bunuh Diri

[Copy link]
Post time 6-3-2018 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Manusia berkarya dalam pelbagai bentuk. Mereka meluahkan perasaan sendiri dalam sesebuah karya seni yang boleh mempengaruhi si penonton. Dalam kes Rezso Seress pada tahun 1933, beliau berjaya memukau pendengar lagunya untuk membunuh diri. Bagaimana ianya berlaku? Mari kita teroka sumpahan lagu 'bunuh diri'.



Sumber: ethuthang.com



Lagu ciptaan Rezso Seress yang kerap dimainkan di sekitar Hungary pada tahun 1933 kerap menjadi tajuk utama akhbar yang mencari sensasi dalam berita mereka. Asalnya muzik instrumental yang menjadi tunjang lagu ini bertajuk "The World is Ending" oleh Seress mengandungi mesej penderitaan akibat peperangan. Dalam masa yang sama, penulis puisi Laszlo Javor telah menggunakan idea kreatif beliau dan menukarkan lirik lagu asal dan lagu tersebut bertukar tajuk ke "Sad Sunday".


Sumber: cothommagazine.com


Lirik lagu tersebut menggambarkan seorang lelaki yang ingin membunuh diri bagi menemui kekasihnya yang telah meninggal dunia. Lagu tersebut dirakamkan dalam bahasa Hungary sebelum ditukar tajuk kepada "Gloomy Sunday" oleh Pal Kalmar pada tahun 1935.


Lagu ini sangat sedih dan ramai penerbit menolak lagu tersebut namun ianya popular dalam sekelip mata. Dalam kegembiraan, Seress menghubungi bekas kekasihnya yang menjadi tunjang inspirasi lagu tersebut. Namun berita mengejutkan sampai apabila bekas kekasihnya mati membunuh diri dengan meneguk racun dengan bersama-sama nota kecil disamping mayat bertulis lirik lagu "Gloomy Sunday"


Lagu sumpahan berleluasa


Sumber: indianexpress.com


Lama kelamaan, lagu tersebut makin popular. Bukan setakat kesedihan yang dapat digambarkan dengan lirik dan melodinya, tetapi kerana momokan sumpahan bunuh diri kepada pendengarnya. Sepanjang lagu ini menjadi popular, terdapat hampir 19 kematian dilaporkan di Hungary. Selepas mendengar sebuah kugiran memainkan lagu ini, dua orang membunuh diri dengan menembak diri. Ada juga kes dilaporkan kematian lemas dan nota lagu ini dijumpai bersama mayat. Dari sini orang ramai menggelarkan lagu ini "Lagu Bunuh Diri" kerana ianya telah disumpah.


Setelah pelbagai spekulasi dilaporkan, pihak berkuasa Hungary telah melarang lagu ini dimainkan, namun kes bunuh diri masih lagi berlaku. Di luar Hungary, seorang pejaga kedai di Berlin membunuh diri dan menemui nota lagu dibawah kakinya. New York pula dilaporkan kes wanita menyedut gas beracun dan nota meminta lagu 'Gloomy Sunday' dimainkan. Kes lain di London melibatkan seorang wanita mengambil pil berlebihan dan mati ketika mendengar lagu ini dimainkan berulang kali. Bercakap berkenaan misteri lagu ini, tidak akan habis kerana banyak lagi kes-kes kematian yang boleh dikaitkan dengan lagu ini.


Diterjemah kepada Bahasa Inggeris





Kerana popularitinya yang menjangkaui ruang geografi, ada artis yang mahu mengeksploitasi nilai komersilnya. Di Amerika Syarikat, lagu ini telah dinyanyikan oleh ramai penyanyi. Antara versi yang popular adalah dari Billie Holiday pada tahun 1941. Sesetengah radio di Amerika tidak mahu memainkannya kerana dikhabarkan kes bunuh diri terus kerap berlaku dan berkait dengan lagu ini. Betul-betul 'die hard fan' dengan lagu ni!


Lagenda pun bermula


Dikatakan, komposer lagu ini turut mengalami masalah selepas mendengar ramai pendengar lagunya membunuh diri. Lebih 100 kes dilaporkan ada kaitan dengan lagu ini dan tidak terkecuali komposernya. Dia telah menulis sebuah nota:


"Aku berdiri di dalam kejayaan yang membinasakan ini sebagai pesalah dan ia amat menyakitkan. Aku lepaskan segala kekecewaan dalam hatiku ke dalam lagu ini dan kepada mereka yang mempunyai perasaan sepertiku juga. Melalui lagu ini mereka menemui penderitaan masing-masing."



Sumber: www.the13thfloor.tv


Akhirnya, pada bulan Januari 1968, Seress telah membunuh diri dengan terjun dari pangsapurinya di Budapest. Ianya menjadi lagenda, komposernya juga terpengaruh dengan lagu untuk membunuh diri. Khabar angin lagu bunuh diri 'Gloomy Sunday' semakin tersebar walaupun hakikatnya masih lagi ramai meragui sehingga kini. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2018 03:32 PM | Show all posts
iols pernah blog pasal lagu ni 7-8 tahun lepas
well... sebenarnya bukan lagu ni berhantu tapi dari sudut psychology, apa bila orang terlampau masuk ke dalam jiwa lagu-lagu yang sedih ni..
jiwa kita pun akan jadi sedih dan murung
cuba tengok penyanyi2 lama yang nyanyi lagu sedih-sedih cth zamani
sorry abg adekkk...

sama macam baca novel-novel sedih lah
hujung2 hidup pun sendurina


tak ingat tahun berapa, penyanyi korea nyanyi balik lagu ni
gloomy sunday
dia pun mati bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 08:16 AM | Show all posts
tak pasal pasal ramai org bunuh diri sebab lagu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 02:30 PM | Show all posts
org bila depress akan dgr lagu2 sedih... dgr lagu ni pon mmg sedeh..kebetulan kot sebab yg nk bunuh diri tu tgh depress so dia dgr le lagu ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dah pernah dengar...die bukan sedeh sangat tapi the 'idea' lagu ni sedeh la penulis die sendiri bunuh diri la bla...bla...bla...tambah plak era ni era party kaki mabuk kaki high...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg bunuh dri tu tbawak2 emosi..dgr time jiwa tgh kacau plak tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2018 02:06 PM | Show all posts
terus seriau nk dgr
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 04:13 PM | Show all posts
Sudah sering dengar, hanya myth ini tu. Kalau kat orang, suggesti saja.



-----
Cek Tagihan dan Bayar PLN Online Secara Cepat di PAYFAZZ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 09:27 AM | Show all posts
pernah ada thread ttg ni. ada few lagu lagi yg boleh mendorong org bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 03:39 PM | Show all posts
maknanya kalo dak dgr lagu ni jgn menghayati sgt. mcm tu ek?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongok la. Tahyul jah sumpahan2 ni.

Lagu ni ko takleh bagi ummah yang sedang depressed or suicidal dengar supaya meka tak tambah depressed/suicidal dan seterusnya amek keputusan untuk end it all. Lagu memang hada kuasa untuk menyentuh jiwa manusia pon. Kalau tak ko hengat camna ko boleh nanges teresak2 bila dengar lagu putus cinta di saat ko baru putus cinta?

If ko hidup happy2 jah ko dengar la lagu ni to infiniti pon ko takkan bunuh diri unless ko dengar lagu ni 24 jam sehari selama sebulan sampai lagu ni merasuk jiwa ko then barulah aku percaya ko akan bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak baru baca lirik pon akak dah depressed so sorry akak takkan dengar lagu gini. Helok akak dengar lagu cumi2.



Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 08:55 PM | Show all posts
ai suka versi nih


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 03:42 PM | Show all posts
chazey replied at 31-3-2018 07:52 PM
Akak baru baca lirik pon akak dah depressed so sorry akak takkan dengar lagu gini. Helok akak dengar ...

dorang tak penah dgr lagu pian plankton yg baru tu..dengar kalu harus ramai terjun lombong. sedih yang hamat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048026 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list