CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1071|Reply: 4

[Tempatan] Alhamdulillah, Mahkamah Persekutuan Putuskan Kes Murtad Boleh Dikendalikan Mahka

[Copy link]
Post time 28-2-2018 08:31 AM | Show all posts |Read mode

                                Mahkamah Persekutuan Putuskan Kes Murtad Boleh Dikendalikan Mahkamah Syariah Sarawak                                           
        Tarikh kemaskini: 27/02/2018       

                 KUCHING, 27 Feb (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak untuk mengendalikan kes murtad.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin berkata mahkamah sebulat suara mencapai keputusan untuk menolak rayuan empat orang Sarawak bagi mahkamah sivil mendengar kes murtad mereka dan memutuskan ia tiada merit terhadapnya.

Beliau berkata mahkamah menolak rayuan itu tanpa kos dan memutuskan isu yang dibangkitkan telah diselesaikan dalam kes-kes mahkamah yang lain.

Katanya walaupun tiada peruntukan bagi murtad tetapi ada peruntukan atas perkara mengenai tindakan memeluk Islam yang bererti Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa terhadap isu murtad.

Beliau berkata terdapat Seksyen 68 dan 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah Sarawak  untuk mendengar perkara berhubung isu murtad dalam Islam.....       


                               
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2018 08:35 AM | Show all posts
empat orang ni asalnya memamg bukan islam or melayu....dayak rasanya..yang convert kepada islam lepas kahwin dengan org islam...tapi nak mohon murtad ke agama asal (kristian or whatever) selepas bini/laki masing2 mati or dah bercerai....kenapa nak takut dengan mahkamah syariah? mahkamah syariah adalah sangat adil..ini terbukti dengan kes Nyonya Tahir yang dibenarkan kembali ke agama asal oleh Mahkamah syariah...

keputusan mahkamah ini adalah selari dengan pindaan perlembagaan yang dibuat pada tahun 1988, iaitu berkaitan Artikel 121 (1A).

Apa itu Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan?

Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah Syariah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2018 08:38 AM | Show all posts
kes 4 orang ni serupa jer dengan kes Nyonya Tahir yang asalnya bukan islam..convert masuk islam..then nak keluar balik....tapi kalau kes yang asalnya mmg islam cam kes Azlina Jailani yang asal islam then tukar nama jadi Lina Joy (dibenar tukar nama)..then mohon tukar agama..mmg ler tak boleh...


PM: Kes Nyonya Tahir bukti Mahkamah Syariah adil

25 Jan 2006, 10:18 am     29 Jan 2008, 6:21 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes Nyonya Tahir membuktikan orang bukan Islam juga boleh mendapat keadilan di mahkamah itu.

Katanya keputusan itu juga sekaligus menepis tuduhan yang dilemparkan kepada Mahkamah Syariah sebelum ini bahawa ia tidak adil kepada bukan Islam kerana tidak dibenarkan mendapat pembelaan di mahkamah berkenaan.

"Apa yang berlaku di Seremban, saya gembira. Ia membuktikan ada keadilan di Mahkamah Syariah... Kehadiran bukan Islam sudah terbukti boleh dan hakim itu membuat keputusan berasaskan kepada fakta.

"Itulah tandanya ada keadilan, bukannya dia nak pejam mata, tak mahu fikirkan pasal fakta langsung. Asalkan elok untuk Islam eloklah dia, tak peduli apa faktanya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) di ibunegara semalam.

Isnin lalu Mahkamah Tinggi Syariah Seremban memutuskan Nyonya Tahir, wanita Melayu tetapi didakwa mengamalkan cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun lalu, bukan beragama Islam semasa kematiannya.

Menurut laporan Bernama, Hakim Mohamed Shukor Sabudin berkata keputusan itu dibuat berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes berkaitan dengan kepentingan orang Islam termasuk masalah akidah di negara ini.

Keputusan itu, katanya, juga berdasarkan afidavit anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt dan keterangan bersama kakak Chiang, Kwang Ying di mahkamah.

Dengan itu Mohamed Shukor membenarkan mayat Nyonya yang disimpan di Hospital Tampin sejak kematiannya Jumaat lalu, diserahkan kepada keluarga wanita itu untuk disemadikan mengikut ajaran Buddha.

Artikel 121 (1A)

Dalam pada itu, Abdullah yang juga presiden Umno berkata MT menyokong keputusan beliau meminta sembilan menteri bukan Islam menarik balik memorandum mengenai cadangan untuk meminda Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan.

Anggota MT turut menyokong pendirian beliau bahawa Artikel 121 (1a) tidak perlu dipinda.

"Sambil memberi sokongan itu, mereka juga melahirkan betapa pentingnya dalam hal ini kita sentiasa memelihara perpaduan antara rakyat kerana kita menghargai hidup berbaik-baik dan hormat menghormati sesama kita.

"Kerana ini akan membawa kepada kestabilan politik dan dengan itu akan dapat membantu bagi menjayakan usaha-usaha untuk membangunkan negara kita," kata Abdullah.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Radzi Sheikh Ahmad berkata kerajaan akan mengadakan kursus untuk hakim-hakim Mahkamah Syariah bagi memastikan adanya keseragaman dalam keputusan di setiap negeri.

Ini termasuk dalam ketetapan membenarkan orang bukan Islam mendapat pembelaan serta membuat hujahan di Mahkamah Syariah.

Radzi berkata undang-undang Islam di negara ini sememangnya membenarkan orang bukan Islam mendapatkan pembelaan di Mahkamah Syariah namun tidak ramai yang menyedari hakikat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kalau dh susah sgat, biarkan je xpayah tukar secara rasmi. Amalan apa semua tu kau tinggalkan, setakat atas ic jah islam. Bukan ummah ni semua nak kacau pon kalau kau xbuat itu ini. Sedangkan yg sedia ada ic islam pon dok togok arak makan rasuah pelbagai. Abaikan jah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2018 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 28-2-2018 09:57 AM
Alahai kalau dh susah sgat, biarkan je xpayah tukar secara rasmi. Amalan apa semua tu kau tinggalkan ...

Isle 1 kafir 0
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.062518 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list