View: 2423|Reply: 17
|
[Dunia]
Salah siapa sehingga warga Liverpool pakat-pakat nak pergi masjid peluk Islam?
[Copy link]
|
|
Sekali lagi membuktikan kemahiran yang diidamkan penyokong, dua nama menjadi sebutan utama peminat Liverpool sejak awal pagi tadi. Mereka ialah Sadio Mane dan Mohamed Salah. Dan menariknya kedua-dua mereka adalah pemain handalan yang beragama Islam. Ketika menentang FC Porto di gelanggang Estadio do Dragao itu kedua-dua mereka mempamerkan aksi cemerlang. Mane sendiri menyumbang tiga gol, manakala selebihnya hasil jaringan Salah dan Roberto Firmino. Dan kejayaan membenam lawan di gelanggang lawan itu memberi alasan yang cukup kuat untuk penyokong mereka berpesta.
Ia adalah kejayaan pertama The Kop menembusi pusingan kalah mati kejuaraan Liga Juara-juara sejak 2009. Selepas perlawanan berakhir sebahagian besar penyokong Liverpool yang berkunjung ke Porto hanya menyebut satu nama - Mo Salah. Sejak menunjukkan kelincahannya di atas padang, pemain warga Mesir yang dibeli dari kelab Roma itu segera memikat hati peminat Liverpool. Malah mereka mencipta lagu khusus untuk Salah - yang digelar sebagai "raja Mesir" - itu. Ia adalah lagu yang diubah suai liriknya daripada irama kumpulan Britain, James, berjudul Sit Down.
Lagu itu dinyanyikan ketika mereka bergembira meraikan kemenangan Liverpool di dalam sebuah pub.
"Mo Sa-la-la-la-lah
Mo Sa-la-la-la-lah
If he's good enough for you
he's good enough for me.
If he scores another few
then I'll be Muslim too.
If he's good enough for you
he's good enough for me.
He's sitting in the mosque
that's where I wanna be.
Mo Sa-la-la-la-lah..."
😁 pic.twitter.com/6mEsicZvJM — IlmFeed (@IlmFeed) February 14, 2018
Salah yang baru-baru ini diangkat sebagai pemain terbaik Afrika sudah menjaringkan 30 gol untuk Liverpool. Selain itu dia juga banyak berjasa kepada kelab berkenaan atas sumbangannya membantu pemain sepasukan menjaringkan gol. Baru berusia 25 tahun beberapa laporan menggambarkan Salah sebagai seorang Muslim yang baik dan banyak membantu orang ramai.
Antara kisah yang banyak diperkatakan mengenai Salah ialah semasa dia bermain untuk kelab Al-Ittihad Alexandria di Mesir. Pada suatu hari rumah keluarganya dirompak dan penjenayah terbabit ditahan polis dua hari kemudian. Tidak seperti kebanyakan orang, Salah meminta pihak berkuasa tidak mendakwa perompak terbabit walaupun bapanya berharap hukuman dikenakan ke atas lelaki berkenaan. Sebaliknya Salah memberikan sejumlah wang kepada perompak berkenaan untuk memudahkannya memulakan hidup baru. Tidak cukup dengan itu Salah membantu lelaki berkenaan mendapatkan pekerjaan
Read more at https://www.malaysiakini.com/sukan/412363#ZO0WbwvmPcv8XoWE.99
|
|
|
|
|
|
|
|
What the circlejerk is going on sis? |
|
|
|
|
|
|
|
No heart feeling, just wonder where an what has gone wrong..i know curiosity kill the football...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow chanting dia impressive..aamin..doa tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rentung geng anti Islam baca pasal salah ni..belum cite pasal pogba,zidane lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
batak lettew...muslim players baru skrg main kat liverpool keww |
|
|
|
|
|
|
|
nak sembang gegar psl zizou buat apa?dia sendiri pun mengaku non practising
|
|
|
|
|
|
|
|
Cultural expansion dianggap lagha dan berdosa oleh sesetengah lebai, pada mereka pedang dan rifle adalah senjata sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebai part pasu bunga pakai sorban & jubah labuh ka bro..? Pakaian depa mmg sebijik ikut sunnah, tapi pemikiran depa..puak puak lebai sarban ketat oxygen tersekat-sekat tu...memang punah seranah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Peminat the kop memang sanjung salah ni.harap boleh menang POTY la ye |
|
|
|
|
|
|
|
mo salah.. raja mesir.. raja mesir tu firaun
musuh org melayu... so how??? |
|
|
|
|
|
|
|
lebai kt malaysia sibuk kutip tin milo dan baiah talak tiga. lebai luar negara perform tunjuk ajaran islam sebenar.
so kesimpulannya jgn ikut lebai tin milo |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 15-2-2018 01:17 PM
Rentung geng anti Islam baca pasal salah ni..belum cite pasal pogba,zidane lagi..
Tu semua isele pada nama aje, tak practice pun .... nanti salahkan kapir juga sebab memesongkan mereka |
|
|
|
|
|
|
|
takde benda pun.ini mcm leicester city jadi champion dulu la..pakat masing2 sembang nak jadi buddhist tetiba.tapi at least diorg champion.bukan leh caya sgt takat chanting kaki mabuk todi yipeyel ni
|
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 16-2-2018 10:03 PM
takde benda pun.ini mcm leicester city jadi champion dulu la..pakat masing2 sembang nak jadi buddh ...
Tengok ah chong, dia minat gymnastic. Sbb tu mata dia selalu tumbit. Sbb minat punya pasal dia chanting athies. Malam td akak tambat rantai ahchong kt pokok pisang. Sejak dua menjak ni ahchong demand nak pisang cheese. Xnak pisang pokok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn la klop pi jual mo salah. Please don make the same mistakes again n again |
|
|
|
|
|
|
| |
|