CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1325|Reply: 15

[Tempatan] Dr Mahathir pertahan penubuhan Jakim, geng kafir tertekan!

  [Copy link]
Post time 6-2-2018 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Dr Mahathir pertahan penubuhan JakimFaiz Zainudin
|February 6, 2018
Bekas perdana menteri itu berkata, Jakim ditubuhkan untuk memastikan apa dilakukan kerajaan tidak bercanggah ajaran Islam.
VIDEO INSIDE
Dr Mahathir bercakap kepada wartawan pada sidang media Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana yang turut disertai Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Mohamad Sabu.

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bawah pemerintahannya dengan berkata, ia bertujuan mendekatkan kerajaan kepada ajaran Islam.
Bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan Tengku Razaleigh Hamzah yang Jakim dijadikan alat untuk mengurangkan pengaruh PAS ke atas umat Islam.

“Kita tidak ukur Islam mengikut PAS, kita ukur Islam mengikut ajaran Islam.
“Kita buat ini bukan kerana PAS, kita buat kerana kita nak dekatkan kerajaan dengan ajaran Islam supaya apa yang kita lakukan (dalam pentadbiran) tidak bercanggah dengan Islam,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Razaleigh dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini berkata, Jakim merupakan salah satu usaha Umno untuk bersaing dengan PAS dalam soal Islam.
Ku Li yang berkhidmat sebagai menteri kewangan di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Razak Hussein dan Dr Mahathir, berkata Jakim dibentuk sebagai sebahagian dasar penerapan nilai Islam yang dimulakan Dr Mahathir selepas menerajui kerajaan pada 1981.


“Apabila beliau berkuasa, beliau melihat PAS sebagai satu ancaman. Oleh itu, beliau meneruskan program Islamnya, menubuhkan Jakim misalnya.”
“Jakim tidak berperlembagaan,” katanya.

Jakim diumumkan secara rasmi pada 1997, dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Antara lain, ia turut menguruskan pensijilan halal, industri yang dipercayai bernilai berbilion dolar.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, jika dipersetujui 4 parti komponen PH, mereka akan mengekalkan Jakim, sekiranya gabungan pembangkang itu berjaya merampas Putrajaya.
“Itu terpulang kepada kita (untuk kekalkan Jakim) jika kita jadi kerajaan nanti, tidak ada perkara yang kekal,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Cacai dah tukar haluan sokong mader ke? Dedak xcukup ke tu @memeque20 kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:03 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 6-2-2018 04:01 PM
Cacai dah tukar haluan sokong mader ke? Dedak xcukup ke tu @memeque20 kahkahkah

apa komen DAP dalam isu ini? adakah DAP akan membubarkan JAKIM sekiranya menang pru akan datang?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah anak mader tpkey arak tokey judi bagai ..
Jakim bawah tapak kaki depa rupanya  TAK BERPELEMBAGAAN .
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 6-2-2018 04:03 PM
apa komen DAP dalam isu ini? adakah DAP akan membubarkan JAKIM sekiranya menang pru akan datang?

Dapig xperlu kata apa2 pon sbb mca yg meroyan anti islam. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 05:49 PM | Show all posts
so   jakim ni utk political mileage je?penunggang agama...




Jakim diumumkan secara rasmi pada 1997, dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Antara lain, ia turut menguruskan pensijilan halal, industri yang dipercayai bernilai berbilion dolar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2018 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Fungsi JAKIM perlu dinilai semula bagi membalas budi rakan sepakatan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai mader..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
JAKIM ni ditubuhkan sebab nak lawan agenda PAS...terutama bab halal, dan kewangan syariah

Sampai Al-Arqam punya bisnes pon dilingkupkan

Masa zaman dulu pemimpin UMNO mana ada kena halal haram
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 08:32 PM | Show all posts
whitemagic replied at 6-2-2018 04:03 PM
apa komen DAP dalam isu ini? adakah DAP akan membubarkan JAKIM sekiranya menang pru akan datang?

cai dapigs kepanasan bila madey bekap jakim
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 08:32 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 6-2-2018 04:01 PM
Cacai dah tukar haluan sokong mader ke? Dedak xcukup ke tu @memeque20 kahkahkah


maka kepanasan lah cai dapigs bila madey defend JAKIM ..  selama ni cai dapig yg kuat menghentam institusi agama dlm negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 7-2-2018 08:32 PM
cai dapigs kepanasan bila madey bekap jakim

Xde isu pon dia nk sokong jakim,cacai jah kompius nak sokong sape. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah katalah, mahathir ni bermuka berlapis2, dan pandai guna agama dan bangsa utk persohaikan ketuanan melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2018 09:08 AM | Show all posts
selamat bersarapan
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pun lobai Pis tak setuju penubuhan jakim kan. Kerajaan nak kontrol agama katanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Jakim ok ja dedulu.. Skg ni nokharem ja..
Kat belgia skg ada company halal food..company mesia... buat sijil halal ikut standard jakim...detail bab research  bab halal makan Dan segala product..3org my fren keja situ.. Straight gila bab makan Dan penggunaan product halal ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072694 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list