CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18658|Reply: 164

Fazley Yaacob Nafi ‘Sweet Table’ Aksi Baling Makanan seperti bagi ayam makan

  [Copy link]
Post time 3-2-2018 11:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Aduradura at 4-2-2018 01:51 AM

Nampak sedap kan, ala2 shellout versi dessert gtewwww.....dah pernah try ke uollssss atau laki / bini uolls sendiri boleh beli kertas putih & lempor2 saje macaroon & brownies sambil tutup mata dgn kain yach....
  


Baru-baru ini, nama penyanyi, cef selebriti juga usahawan Datuk Fazley Yaakob, 39, panas ekoran sebuah video menunjukkan aksinya yang sedang menyediakan hidangan unik diberi nama 'Sweet Table', ketika sambutan hari jadi salah seorang ahli keluarganya.
Rata-rata pengikutnya kagum dan memuji kreativiti yang dipamerkan pemilik SukaSucre Bistro ini sehingga tular di media sosial.
Namun segelintir pihak mengecam dan tidak bersetuju dengan cara bekas Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 ini yang didakwa kurang sopan gara-gara dia mencampak beberapa makanan di atas meja.
Membidas dakwaan tersebut, Fazley mengaku tidak berkecil hati mahupun terkesan dengan kritikan itu sebaliknya menganggap pihak berkenaan kurang memahami konsep dan ideanya.
"Saya tidak terkesan dengan kritikan itu. Saya campak (makanan) kerana pada ketika itu ahli keluarga saya ramai dan meja pula panjang dan menyukarkan saya. Tapi sebenarnya itu hanya untuk memberi pengalaman kepada adik-beradik dan keluarga saya.
"Saya tahu dan sedar tidak elok campak makanan. Malah dari kecil saya diajar oleh ibu bapa saya supaya tidak mencampak makanan. Saya tidak akan buat (campak makanan) begitu apabila menyediakan hidangan 'sweet table' kepada para pelanggan saya.
"Konsep 'Sweet Table' sebenarnya saya mahu orang menikmati menu manis seperti kek dan kuih muih bersama orang tersayang seperti keluarga atau rakan-rakan. Secara tidak langsung ia mengeratkan lagi ukhwah sesama mereka.
"Untuk hidangan ini, saya menggunakan tangan dan melukis di atas meja dan makanan diletakkan tetapi tidak di dalam pinggan. Itu kelainan yang saya tampilkan," terangnya ketika ditemui pada majlis semasa pelancaran aplikasi permainan video di atas talian dan wajah baharu SukaSucre Bistro di restoran tersebut di Cheras, baru-baru ini.
credit news to owner


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2018 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Acah2 chef trkenal gtuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 12:16 AM | Show all posts
kalau xbiasa mmg akan rasa pelik



Ini majlis  utk kerabat  yg rapat bukan utk  gang luar yg org panggil melahap lepas tu terkejut biawak bila   tuan rumah hawing makanan persis  sekor skeor terasa diri persis   binatang peliharaan .

Ini majlis lama sudah  ...sesuai utk yg rapat. Buatlah especially hari jadi sendiri..

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 12:35 AM | Show all posts
Tapi maaf cakap la,
buruk benau Ganja tgk dia buat hiasan macam tu.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa menarik pun, sebab table sebesar Alam, dessert kecik2 like macaron, brownies etc and just deco2 Dgn choc sauce yng Nmpk wasted..not interesting..dato should tgok insider videos on dessert2..bnyak jer dessert menarik yng Belum ader d msia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aah. Tengok pun tak terasa nak makan. X tempting pun. Deko cantik2 dalam pinggan, lebih elok kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2018 07:52 AM | Show all posts
topik tak menarik,maap lah
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa 1st time tgk aku cuma blh ckp konpidennnn tu penting.. serius x berseni faxli ni bt apa pon x cantik.. mnt betul dia guna benda ala2 gold dust tu tp melepek.. rncgn apa tah aku tgk gn bnda tu jgk.. semak gila sos2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak eden waktu makan bunyi sudu berlaga pinggan pon dia dah hamok...ini kan pulak eden nak cuba2 baling makanan atas meja

Tapi bak kata Chef Fazley....lain orang lain caranya...lantak ekau lahhh nakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn aku pernah kutuk dia kat twitter dia siap cari lg IG bdk tu lpstu like2 smua gmbar org tu.. bnyak sgt masa ke Datuk? Menakutkan pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Boring la fazley ni... Nexttt
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendunya hiasan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 09:22 AM | Show all posts
HannahMontana replied at 3-2-2018 04:16 PM
kalau xbiasa mmg akan rasa pelik

hahahah

bukan senang nak dpt dgr words "hawing' tu kaka
chuols ni mesti org utara kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 09:26 AM | Show all posts
-aku x pernah rasa dia ni masuk level chef2 tu. takat join masterchef tv ckp ala2 poyo.. eyyy

-bukan ke diaorg ni patut tau etika makan tu mcm mana? sama la mcm zaman sekarang makan dm pasu la besen la, tempurung la. tah hapa2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Redhead replied at 4-2-2018 08:38 AM
Kwn aku pernah kutuk dia kat twitter dia siap cari lg IG bdk tu lpstu like2 smua gmbar org tu.. bnya ...

Erkk.. yeke.. mcm psycho plak.. mcm.. im watching you hokey..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
-bru mng masterchef dh acah chef pro
-sweet table tu ala2 shellout.so what’s the different?cari idea pls datuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2018 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Redhead replied at 4-2-2018 08:38 AM
Kwn aku pernah kutuk dia kat twitter dia siap cari lg IG bdk tu lpstu like2 smua gmbar org tu.. bnya ...

Yes yang ni betul! Haha

Hati hangus? Aik macam nak sama je statement dgn adiknya tew "hati hitam" pakai tudung,

Nama pun adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Campak2 .. pastu kek kering berderai ...
Pastu portion sikit jerr ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 09:52 AM | Show all posts
btw imran jemahen tu ade pape connection ke dgn pemili ni
rapat tol heols dgn pajeli ek
nampak cam pajeri lagi byk bekepit dgn imron dr dgn wifey sheols
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Meolls rasa dia nak buat deconstructed dessert kot, tapi style gini while presentation nye dibuat dlm majlis birthday family member yg patutnya private & intimate ni agak 'rude' dimata ummah melayu..

Kalo dessert chef diorang punya 'table' tu mcm jenis japanese style yg masak depan2, tapi tinggi skit. Bkn lmbak2 mcm ni depan mata guests ala2 shellout

Yg special nye table tu leh set temp to freeze sbb nnti after chef tu dah throw cakes la muffins & pastries la mcm2.. plus sauces la puree la baru menjadi final productnye. Ala2 creative, experimental gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 307313 Replies : 7595
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9837 Replies : 63
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 19531 Replies : 167
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 91159 Replies : 644
Anaknya Dah Tingkatan 1" - Guru 'Pening' Ibu Mengadu Kasut Anak Hilang Di Sekolah
YgBenarAnaknya Dah Tingkatan 1" - Guru 'Pen
Views : 6203 Replies : 8
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 36844 Replies : 388
TERKINI! Parti Buruh dijangka menang majoriti besar pilihanraya UK. Kein Starmer bakal Perdana Menteri baharu
mojarean_XTERKINI! Parti Buruh dijangka menang maj
Views : 3699 Replies : 5
Fun Facts About Women
spankee_filiFun Facts About Women
Views : 42028 Replies : 74
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 14365 Replies : 199
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 11997 Replies : 95

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.130165 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list