CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2448|Reply: 0

TOP 12 LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA

[Copy link]
Post time 4-2-2018 12:32 AM | Show all posts |Read mode
GALAKSI VIRAL - Untuk tahun 1980, Penyanyi No.1 Malaysia jatuh kepada Allahyarhamha Datuk Sharifah Aini. Nama-nama seperti Allahyarham Dato' Sudirman, kumpulan Sweet Charity  dan kumpulan Black Dog Bone adalah di antara artis yang menguasai carta lagu dan pasaran muzik pada tahun itu. Antara artis baru yang sangat popular pada tahun ini ialah kumpulan Harmoni, kumpulan Flybaits dan kumpulan Revolvers. Oleh itu, mari kita lihat lagu apakah yang popular di Malaysia pada tahun 1980.
TOP 12

LAGU MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 1980


01. DUA INSAN
Artis : M.Nasir & Yunizar Hussein

Komposer : M.Nasir

Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Yunizar

Tahun : 1980

Catatan :
Lagu Dua Insan adalah salah satu lagu duet paling popular sepanjang zaman di Malaysia. Terdapat banyak versi untuk lagu ini tetapi versi asal nyanyian Yunizar dan Dato' M.Nasir tetap menjadi pilihan utama pendengar.


02. TERATAI
Artis :
Allahyarhamha Sharifah Aini

Komposer : Lily Suheiry

Penulis Lirik : S. Sudarmaji
Album : Lagu - Lagu Pujaan Sharifah Aini (Koleksi 10 Tahun)

Tahun : 1980

Catatan :
Lagu Teratai merupakan dendangan asal daripada Biduanita Nusantara dari Medan iaitu Allahyarhamha Rubiah. Lagu nyanyian versi Biduanita Negara Allahyarhamha Datuk Sharifah Aini ini lebih rancak daripada versi asal. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu paling popular nyanyian Allahyarhamha Datuk Sharifah Aini di sepanjang karier beliau.

03. KAMELIA
Artis :
Kumpulan Sweet Charity
Komposer : Ebiet G. Ade
Penulis Lirik : Ebiet G. Ade
Album : Pelarian
Tahun : 1980
Catatan :
Lagu Kamelia adalah salah satu lagu paling popular daripada kumpulan muzik legenda Singapura/Malaysia iaitu Sweet Charity. Lagu ini juga antara lagu paling kerap dibawakan oleh peserta nyanyian sejak dahulu lagi sehingga kini.





04. HOREE HOREE
Artis : Allahyarham Sudirman

Komposer : Hakcipta Terpelihara

Penulis Lirik : Hakcipta Terpelihara
Album : Anak Muda

Tahun : 03 April 1980

Catatan :
Lagu nyanyian asal Legenda Muzik Malaysia, Allahyarham R. Azmi ini sememangnya antara lagu evergreen yang masih popular sehingga kini. Lagu nyanyian versi Allahyarham Dato' Sudirman ini kelihatan lebih segar dari segi susunan muziknya tetapi keaslian melodi lagu yang mempunyai tema ceria tetap dikekalkan.

Kalau mahu baca dengan lebih lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini  >> https://galaksiviral.blogspot.my ... lar-tahun-1980.html







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.344535 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list