CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2961|Reply: 11

Suami Nora Danish Berkelahi Dengan Ibu Tiri

[Copy link]
Post time 2-2-2018 12:30 PM | Show all posts |Read mode

Biasa kita mendengar kisah ibu mertua tidak sebulu dengan menantu perempuan. Jarang melihat pertelingkahan antara ibu tiri dan anak lelaki.


Namun begitu,tidak semua hubungan kekeluargaan itu berjalan lancar dan membahagiakan biarpun hidup mereka mewah dan dikelilingi orang tersayang.



Suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri baru-baru ini dilihat bertelagah dengan ibu tirinya, Datin Seri Haflin. Hubungan yang sejak dahulu keruh itu bertambah rumit apabila baru-baru ini Nedim memuat naik ‘instastory’ seolah-olah menyindir ibu tirinya.


Antara ‘story’ yang dimuatnaik Nedim adalah rasa tidak puashati kepada Haflin yang menggelar anak lelakinya sebagai Chief Ir. Bagi Nedim gelaran itu hanyalah untuk dirinya sahaja.






Dilihat tersepit di antara hubungannya dengan isteri dan anaknya, bapa Nedim Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akhirnya tampil memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut. Nazri mengakui bahawa perbuatan yang dilakukan oleh Nedim itu adalah berbentuk buli siber.


“Isteri saya (Haflin) telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri. Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia.”



Haflin turut memuat naik kenyataan di akaun Instagramnya untuk ditujukan kepada Nedim. Dia mencabar anak tirinya itu untuk berjumpa dengan bapanya bagi menyelesaikan perasaan tidak puas hati ataupun masalah antara mereka bertiga.


Dia juga memuat naik foto deklarasi perkahwinannya bersama Nazri  dan semua itu menurutnya dilakukan dengan keizinan suaminya. Malah, perkara itu turut disahkan oleh Nazri.



CARI harap perkara seumpama ini tidak dihebahkan kepada umum. Pastinya tiada persoalan akan terjawab, yang tersingkap hanyalah sikap keanak-anakan membuka aib masing-masing. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Berita hari jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:53 PM | Show all posts
Baca thread ni, creative betul akronim..Jenis Perasan, Janda Kelab Malam, D'senget.  Adoi..Mengamuklah yang terasa. Bagus juga Don tak kasi comment atau menyindir.  Kalau tidak semakin banyak episodes.

Harap drama ini dapat diatasi dengan baik.  Macam Norman Hakim dan Abby Abadi.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Payah bila mak tiri pn dah mcm hantu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Pening bapaknye
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak sbeginila yg bakal mereput sensorang kat katil sepital bla da tua kerepot nti

Tp si teksi ni tak kot sbb nampak nadem mcm syg n hormat sgt kat dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2018 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nazri Memang bodoh.. .. bawah Ahmad Maslan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 08:04 PM | Show all posts
REallly?  Editor konon tapi kenapa guna suami nora danish
why not anak Nazri Aziz menteri perlancongan?
He has a name for god sake
be creative!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapaknya pun nasihatla bininya tu jgn melayaN. Ni  dah sama2 tunjuk perangai pprt melayan bdk lagi muda dari kau
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 03:24 PM | Show all posts
Brp byk benang psl diorng ni wei.. TT ni malas nk baca ker?bersepah2 benang psl kes ni. Kang momod potong credit baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 05:11 PM | Show all posts
berapa byk thread psal bossned ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 06:13 PM | Show all posts
haahahahah macam-macam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050521 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list