CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1878|Reply: 19

[Jenayah] dera maid sampai mati, terlepas dari kena gantung

[Copy link]
Post time 26-1-2018 02:32 PM | Show all posts |Read mode


gila, sampai mati anak orang kau kerjakan

tapi ikut logik gila babi si dani rox, kalau kau benci pendera, kau sebenarnya seorang pendera jugak

menda ntah


Dera Pembantu Rumah Sampai Mati,Suami Isteri Terlepas Tali Gantung



Dera Pembantu Rumah Sampai Mati,Suami Isteri Terlepas Tali Gantung|PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri yang disabitkan kesalahan membunuh seorang pembantu rumah dengan membiarkan mangsa kebuluran, terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan mengubah sabitan mereka atas tuduhan membunuh dan mensabitkan mereka bagi tuduhan lebih ringan.

Suri rumah, Chin Chui Ling, 45, dan suaminya Soh Chew Tong, 48, pemilik kedai, masing-masing dihukum 10 tahun penjara bagi pertuduhan mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat Mey Sichan.

Pembantu rumah berusia 24 tahun itu hanya mempunyai berat badan 26.1 kg ketika dia ditemukan mati di di rumah kedai pasangan berkenaan di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan 29 kesan kecederaan baharu dan lama pada tubuhnya serta mengalami dehidrasi teruk. Pipi dan matanya juga cengkung.

Panel lima anggota dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif membenarkan rayuan pasangan itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan dan mengenakan hukuman mati terhadap mereka kerana membunuh setelah memutuskan sabitan kesalahan mereka kerana membunuh adalah tidak selamat.

Beliau berkata sabitan kesalahan mereka kerana malakukan pembunuhan tanpa niat dengan tujuan menyebabkan kematian pembantu rumah itu mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Tinggi juga adalah tidak selamat.

Hakim Md Raus bagaimanapun berkata terdapat keterangan yang mencukupi bagi mensabitkan kesalahan pasangan itu mengikut Seksyen 304 (b) kerana membunuh tanpa niat bukan dengan tujuan untuk menyebabkan kematian.

“Kami mengambil kira fakta kes ini dan apa sebenarnya yang telah berlaku. Ia suatu kes serius dan melalui keputusan sebulat suara, kami memerintahkan mereka menjalani hukuman 10 tahun penjara,” katanya.

Beliau berkata hukuman penjara itu perlu mengambil kira jumlah tahun pasangan berkenaan ditahan dan ditempatkan di dalam penjara.Panel itu juga dianggotai hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Chin dan Soh, yang memakai pakaian penjara berwarna merah dan putih, kelihatan terkejut apabila mendengar keputusan mahkamah itu. Apabila prosiding berakhir, Chin mengalirkan air mata dan memeluk ibunya serta seorang lagi anggota keluarga sebelum dia dibawa ke lokap.

Soh dan Chin dijatuhi hukuman penjara 24 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2013 apabila mereka didapati bersalah terhadap tuduhan lebih ringan iaitu membunuh tanpa niat mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Berikutan rayuan dikemukakan pihak pendakwaan pada 2015, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan mensabitkan mereka bagi membunuh serta mengenakan hukuman mati.

Pasangan itu kemudian mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Menurut pertuduhan, pasangan berkenaan melakukan kesalahan itu di rumah mereka antara 1 Jan dan 1 April 2012.

Semasa prosiding di Mahkamah Rayuan pada Februari 2015, mahkamah dimaklumkan bahawa Mey Sichan tidak diberi makanan sewajarnya dan terpaksa mengutip sisa makanan daripada tong sampah.

Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram meminta mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan terhadap anak guamnya dengan berkata mereka telah menunjukkan rasa menyesal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud meminta mahkamah mengenakan hukuman maksimum 10 tahun penjara dengan alasan memandangkan kejadian itu berlaku dalam tempoh yang panjang, ia bermakna pembantu rumah berkenaan dilayan dengan kejam dan oleh itu, satu mesej perlu diberi kepada orang ramai bahawa pembantu rumah tidak seharusnya diberi layanan buruk.

Sementara itu, di luar mahkamah, peguam Datuk K.Kumarendran, yang turut mewakili pasangan berkenaan berkata anak guamnya telah ditahan selama hampir tiga tahun dan dengan potongan satu pertiga daripada hukuman, mereka akan hanya menjalani hukuman penjara selama kira-kira empat tahun setengah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2018 02:40 PM | Show all posts
Penjara 10 tahun?? Dalam penjara tu, apa kata 2 mangkuk ni takpayah di bagi makan suruh jer kutip sisa makanan daripada tong sampah. Tengok berapa tahun pula mangkuk ni boleh hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 02:57 PM | Show all posts
ya allah zalimnya manusiaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina Komunis
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 03:02 PM | Show all posts
Hadap ler 10 tahun kena penjara siapa suruh zalim pada orang
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 03:21 PM | Show all posts
pandai betul peguam dorg sampai blh lepas dari tali gantung..ke peguamcara tu budak freshie? beta tanya je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2018 03:22 PM | Show all posts
semoga warden penjara tu buat benda sama pada pasangan lahanat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 03:26 PM | Show all posts
Edited by gede-bab at 26-1-2018 03:33 PM

ni mangsa maid dia kemboja kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2018 03:29 PM | Show all posts
kejamnya.. 10 tahun tu tak cukup klu ikutkan ..sampai mati maid dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 03:31 PM | Show all posts
semoga pasangan ini bermuhasabah diri sepanjang dalam penjara...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
smoga bila kluar nti, psangan jahat ni dipulaukn masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nauzubillah.nk baca pn x sggp.kejam sggh
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 11:47 AM | Show all posts
sepasang laki bini babi

elok la kau beraya cina dlm penjara tak dapat makan babi di pagi raya

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 11:55 AM | Show all posts
kang lam penjara 2 ekor ni di bg mkn. membazir duit rakyat kasi mkn pembunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
10taun je ko dah bunuh orang woiii..kuar nnt boleh bunuh org len pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan si mati tak da keadilan utk beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2018 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada keadilan dlm kes ini. Tak kena gantung pon bagi lah paling kurang 20 tahun + sebatan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 27-1-2018 03:23 PM
Tiada keadilan dlm kes ini. Tak kena gantung pon bagi lah paling kurang 20 tahun + sebatan

Kheennn.... patutnya penjara seumur hidup atau 20 - 30 tahun .... boleh sebat tak kes nih ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 26-1-2018 03:00 PM
Cina Komunis

Tengok muka macam melayu deduanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 11:24 PM | Show all posts

Sistem keadilan yg tidak adil...

Rakyat biase bunuh perompak dalam mempertahankan diri... ko penjara/gantung

Rakyat biasa membunuh dengan niat seorang manusia yg berhijrah semata2 mencari perkejaan yang halal untuk menampung kehidupan diberi penjara 10 tahun....

Injustice High Court Malaysia patutnye.... seddih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.063323 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list