CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21068|Reply: 228

Drama terbaru Fattah Amin - Dia Anak Jeneral, setiap Rabu dan Khamis, 8.30 malam

[Copy link]
Post time 25-1-2018 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Thread ni diwujudkan untuk mempromosikan secara tak langsung drama terbaru lakonan Fattah Amin iaitu Dia Anak Jeneral. Disamping tu juga nk tau la feedback dari forummers sekalian tentang lakonan Fattah dalam drama ni. Bagi yang x tau, Fattah juga bertindak sebagai executive producer untuk drama ni.

Selain Fattah, Dia Anak Jeneral dilakonkan oleh Niena Baharun, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Noralbaniah dan Fatimah Azzahra. Dah start tayangan hari ni chuols 24 Januari 2018, setiap hari rabu dan khamis di TV 2.

Teaser Dia Anak Jeneral
  


Credit kepada semua pemilik gambar.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2018 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bts Dia Anak Jeneral



Ost Dia Anak Jeneral
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2018 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada pendapat meols untuk episod 1.. Drama ni best.. Fattah dh shoot drama ni January 2017.. Tp lakonan dia dalam ni ok je dan mcm extra handsome sikit kot ..

Ingatkan drama rtm quality gambar kurang ke apa, tp x ok.. Quality gambar cantik je.. Dan pelakon senior drama ni mantap2 ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2018 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada yg terlepas nk tgk episod 1 td boleh tgk dekat sini.
https://myklik.rtm.gov.my
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal Fattah hansem sgt dlm drama ni, eh?
Susah nak concentrate wei....
Niena pun nampak ayu.
Looking forward to this drama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
setelah iols skip mycp b4 this,iols decide utk tgk citer daj ni..gigih 8.30 tukar tv2 smbl dipandang sinis oleh encik suami
btw,for me 1st ep ok,best..tp stuju ade poremer ckp fa nmpk down skit,mcm x bsmangat..
tp br 1st ep,so kasi can dulu..fa pun extra hensem dlm ni
hopefully bjaya tgk smp abis..smggu 2 ep jer..dah mcm kdrama.huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2018 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...at last on air jgk citer ni
Sy mmg flw DAJ Team nya IG , IGS & BTS ms ni.
Mmg btl Fattah ms ni nmpk down..tgh hebat btl dugaan dia ms tu.Btl2 respect to Khalid Nadzri & the whole team yg bersungguh2 cuba menceriakan suasana & bg semangat pd hero.
Fans pun ( Ducatimerah & the gang ) yg sentiasa tanpa jemu join live IG Khalid wz their pikatline..
Semata2 nk bg hero senyum.
Ingat lg how's IG Niena ( heroin) pn kena serang oleh lobenak
But kudos to the whole team DAJ..they really make it through.Mmg Khalid ada comment dulu yg chemistry hero & heroin kureng sikit
Kasihan hero ms ni..struggle btl nk tepis kiri kanan dpn blkg
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehe..masa ni Lina Jamil & The gang masih ok dgn Fattah.Nnt rasa nya byk jg scenes depa @ rmh anak2 yatim tu. Team FaTeam & GTB time makan2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kipasartis replied at 25-1-2018 02:21 AM
Pada pendapat meols untuk episod 1.. Drama ni best.. Fattah dh shoot drama ni January 2017.. Tp lako ...

Meollss pernah trauma tgk drama Fattah under A.Aida production mcm Hello Mr perfect & bodyguard sebab warna kusam kat TV. This time, utk DAJ lawa pulak bila keluar TV. X sakit mata. Utk episode 1, mmg best utk di follow. Selaku pembaca novel ni, puas hati cara production adapt drama ni termasukla pemilihan pelakon. Zakhif kalau ikut novel jenis tenang cool je, bukan huha huha cheeky. Kelemahan Zakhif ni dia ada sifat terlalu rendah diri bila sentuh bab asal usul dia. Sampai syirin nak tanya pasal parent dia pun serba salah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakal ditonton
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
salam.. x taw la dgr kt mne.. tp rasa DAJ ni guna kamera yg berkualiti.. mohon pencerahan sape yg tahu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
sumber: myinfotaip


Drama Dia Anak Jeneral (TV2)



Drama bersiri 'Dia Anak Jeneral' yang diadaptasi daripada novel tulisan Hezzy Azra akan mula ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM TV2) bermula 24 Januari ini. Drama terbitan produksi A.Aida Production ini diarahkan oleh Khalid Nazri. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Niena Baharun sebagai teraju utama. Saksikan drama Dia Anak Jeneral sebanyak 26 episod, disiarkan setiap Rabu dan Khamis, pukul 8.30 malam menerusi saluran TV2.

JUDUL : DIA ANAK JENERAL
JUMLAH EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Januari  2017
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 8.30 malam
SIARAN TV : Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
PENULIS NOVEL : Hezzy Azra
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON :  Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida, Hafizuddin Fazil, Nor Albaniah, Kodi Rasheed, Fad Anuar, Azam Pitt

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Zakhif
Niena Baharun sebagai Syirin
Datuk Tarmimi Siregar sebagai Dato Hambali
Aida Khalida sebagai Noriah
Mas Khan sebagai Nukman
Mimi Ernida sebagai Diara
Fatimah Azzahra sebagai Shima
Adiba Yunus sebagai Shida
Kodi Rasheed sebagai Syafiq
Fad Anuar sebagai Nuar
Azam Pitt sebagai Kudin

LAGU TEMA / OST
Setia Menunggumu - Sabhi Saddi

SINOPSIS DIA ANAK JENERAL
Mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak ayahnya. Dato Hambali mahu menjodohkan Syirin dengan Nukman, seorang pegawai beruniform dan juga anak kepada Mustakim dan Saadiah. Syirin dan Nukman berkawan baik semenjak kecil lagi. Syirin dan Nukman cuba mengelak perkara tersebut kerana mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Syirin ternyata tidak setuju dengan tindakan ayahnya walaupun dipujuk oleh Shima dan Shida. Beliau mula menunjukkan protes manakala Dato Hambali berkeras dengan keputusannya dan menyuruh isterinya terus memujuk Syirin untuk menerima Nukman sebagai bakal suami.

Zakhif, seorang kontraktor dipanggil untuk menyiapkan kerjakerja pembaikan di rumah Dato’. Syirin bertemu dengan Nukman untuk berbincang tentang hal mereka. Syirin kecewa apabila Nukman seolah-olah bersetuju dengan keputusan keluarga untuk menjodohkan mereka. Beliau terus pulang ke rumah dalam keadaan kecewa. Setibanya di rumah, beliau menjerit terperanjat apabila melihat Zakhif berada di dalam bilik air di biliknya.

Masalah yang dihadapi Syirin membuatkan beliau mula hilang fokus terhadap kerjanya. Majikan beliau, En. Terence mula mengesan perubahan tersebut dan bertanyakan masalah Syirin. Ini kerana beliau juga menaruh hati terhadap Syirin. Zakhif hampir menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumah Dato’ Hambali. Beliau kemudiannya pulang ke kampung Mak Ani, keluarga angkatnya untuk mengambil Eja pulang ke Kuala Lumpur. Ibu Nukman masih tidak berpuas hati dengan Nukman yang padanya tidak ikhlas akur dengan kehendaknya untuk dijodohkan bersama Syirin. Beliau merasakan yang Nukman masih mengingati bekas kekasihnya, Diara yang memutuskan hubungan dengan Nukman 4 tahun lepas.

Syirin berbincang dengan Nukman dan akhirnya terpaksa untuk bersetuju dengan desakan keluarga. Ayah dan ibu mereka nyata gembira dengan situasi tersebut dan Dato’ terus berbincang tentang majlis bertunang dan perkahwinan. Nukman terserempak dengan bekas kekasihnya, Diara di pusat membeli belah ketika mencari hadiah perkahwinan. Syirin melihat perubahan pada Nukman selepas insiden beliau terserempak dengan Diara. Nukman berjumpa dengan Diara yang menceritakan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya. Diara menyatakan yang beliau masih sayangkan Nukman dan sanggup bermadu dengan Syirin. Syirin mengadu dengan Nukman yang Nukman susah untuk berjumpanya dengan alasan sibuk sedangkan dia sudah mula membuka pintu hati pada Nukman.

Syirin kecewa dengan perubahan Nukman. Syirin keluar rumah pada suatu malam ketika ibu bapanya tiada untuk menyertai Zakhif mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan. Zakhif menasihati Syirin agar tidak menyertainya pada masa hadapan kerana beliau akan menjadi isteri Nukman tidak lama lagi. Syirin berjumpa dengan Zakhif dan berkongsi masalahnya dengan Zakhif. Beliau meminta agar Zakhif masuk meminang yang membuatkan Zakhif terperanjat. Zakhif menyatakan yang perkara tersebut bukanlah perkara yang mudah dan mereka tidak setaraf. Diara bertemu dengan Syirin dan memujuknya untuk meneruskan perkahwinan dengan Nukman namun sebaliknya Syirin bertegas untuk memberi laluan kepada Diara.

Syirin bertemu dengan Zakhif yang menyatakan kesediaannya untuk menghantar rombongan meminang Syirin. Dato’ mengamuk dan menampar Syirin apabila Syirin menyatakan yang beliau tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Nukman sebaliknya mahu berkahwin dengan Zakhif. Dato’ mempunyai pandangan negatif terhadap Zakhif kerana pernah ternampak Zakhif bersama dengan adik angkatnya, Eja.

Dato jadi tidak tentu arah untuk menyampaikan berita tersebut kepada Mustakim, ayah Nukman. Beliau berasa sungguh malu dengan keputusan Syirin. Dato’ mengakui yang beliau memang tidak sukakan Zakhif yang padanya tiada masa hadapan dengan kerjayanya. Akhirnya Zakhif memberitahu Eja dan Mak Ani tentang rancangan pertunangannya dengan Syirin minggu hadapan dan meminta mereka turut serta dalam rombongan meminang.

Adakah hubungan mereka berakhir dengan kebahagiaan?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensem okeh fattah dalam ni. And ada azam pitt. Iolss suka azam pitt. Hahahaha. Utk 1st eps not bad la. Cast lain pon iolss suka jgk. Niena pon not bad sbb iolss mmg kureng tgk niena berlakon sblum ni. Harap next eps x menguciwakan la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2018 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 25-1-2018 04:37 AM
Apasal Fattah hansem sgt dlm drama ni, eh?
Susah nak concentrate wei....
Niena pun nampak ayu.

Hensem dia lain mcm kan dalam drama ni? Dekat twitter smlm ramai yg dok buat pickup line utk zhakif ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
StandClimbFall replied at 25-1-2018 07:57 AM
Meollss pernah trauma tgk drama Fattah under A.Aida production mcm Hello Mr perfect & bodyguard se ...

Yelah.. Mula2 risau jugak.. Chuols tgk la teaser yg meols tepek tu.. kan kualiti video dia mcm kelabu je kan? Tp alhamudillah, dekat tv ok. Gambar pun cantik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2018 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
tomaz replied at 25-1-2018 09:08 AM
Hensem okeh fattah dalam ni. And ada azam pitt. Iolss suka azam pitt. Hahahaha. Utk 1st eps not bad  ...

Hi @tomaz lama x nmpk dkt bod fattzura ni.. Klu chuols ada twitter jom la join tweet sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk semalam macam best jugak. Boleh follow dan seperti biasa.... I mesti minat hero kedua. Nukman hensem
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
PyoNaRi replied at 25-1-2018 10:40 AM
Tgk semalam macam best jugak. Boleh follow  dan seperti biasa.... I mesti minat hero kedua. ...

SLS la ni. Hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
kipasartis replied at 25-1-2018 10:34 AM
Hi @tomaz lama x nmpk dkt bod fattzura ni.. Klu chuols ada twitter jom la join tweet sekali.

Ada je duk SR. Bz kat benang org lain. Hikhik. Malas la nak mentuit. Iolss nak tgk dgn tenang penuh konsentrasi. Heheh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya si zhakif ni kontraktor ke doktor..kalau nak tolong bantu gelandangan agihkan makanan percuma ok lagi ni siap amik tekanan darah mcm doktor over benor nak tunjuk hero ni perfect sgt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.193248 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list