CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10686|Reply: 4

Nafiez Zaidi single, rasa bebas tak ada girlfriend

[Copy link]
Post time 16-2-2025 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Pada usia 33 tahun soal cinta atau mencari pasangan hidup tidak lagi menjadi keutamaan buat pelakon Nafiez Zaidi.

Bukan serik bercinta sebaliknya Nafiez atau Abdul Nafis Abduzaidi, 33, mahu memberi tumpuan kepada karier seni dan perniagaan yang memerlukan banyak perhatian.

Malah dia juga merasa lega kisah peribadinya tidak lagi menjadi bualan seperti pernah terjadi dalam hubungannya sebelum ini.



“Status saya sekarang single. Rasa bebas bila tiada kontroversi kisah cinta.

“Saya boleh buat apa sahaja. Sebelum ini sudah pernah berlaku, jadi soal cinta itu saya tolak tepi dahulu.

“Sekarang ini saya lebih fokus kepada pernigaan malah tak fikir pun nak bercinta," katanya.

  


Faham akan asam garam dunia seni, pelakon ini juga berpendapat seoarang pelakon tidak seharusnya dikenali hanya kerana kisah sensasi.

Sebaliknya Nafiez berpendapat ia perlu seiring dengan perkembangan kerjaya dalam industri seni.

“Jika kontroversi itu seiring bakat rasanya tiada masalah melainkan jika tidak apa ingin ditonjolkan dalam karier,” ujarnya.

  


Bercakap tentang perjalanan kerjaya, Nafiez akur sepanjang lebih 10 tahun sebagai pelakon dia masih lagi kurang menerima tawaran sebagai watak utama.

Tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dengan produksi, dia sendiri kurang mana mana silapnya sehingga bakat dalam lakonan belum mendapat perhatian.

  


“Saya tidak pernah ada masalah atau timbulkan isu dengan produksi.

“Orang tahu penglibatan saya dalam industri, tetapi tidak mendapat perhatian untuk watak hero," luahnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2025 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sori tapi geli la janggut ala2 rebonding tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tiba tiba keluar dari lemari dah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni berlakon x kayu. Selalu je muncul muka dia kat RTM. Tapi disebabkan dia "rendang" , susah la nak jadi hero rembesan acik2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 16-2-2025 09:53 PM
Dia ni berlakon x kayu. Selalu je muncul muka dia kat RTM. Tapi disebabkan dia "rendang" , susah la  ...

For me sbb rupa heols so-so. Terkejut jgk fify tu dlu nk dkt heols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041628 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list