CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2261|Reply: 1

Isteri Tergugat, Suami Kacak Punca Perkahwinan Tak Tahan Lama! Seriuslah?

[Copy link]
Post time 15-1-2018 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Melebar senyuman sang jejaka apabila dikatakan lelaki kurang menarik sering kali menjadi pilihan si cantik manis.


Kebanyakan daripada kita percaya bahawa penampilan bukanlah ukuran ketika bercinta. Tak kenal, maka tak cinta, kan? Malah, segelintir wanita mengakui bahawa mereka lebih bahagia sekiranya menjalinkan hubungan dengan lelaki yang kurang menarik rupa parasnya.




Foto: tribunnews.com




Menurut portal Unilad, hasil kajian Universiti Methodist Selatan dan Universiti lorida mendapati, kebanyakan pasangan berkahwin hanya bertahan kurang daripada empat bulan.


Kenapa?


Menurut kajian itu, memiliki suami berpenampilan menarik akan memberi kesan negatif buat si isteri.





Foto: globaltake.com




Tania Reynolds, salah seorang penyelidik berkata, mempunyai suami yang tampan dan kacak mungkin akan menjadi satu ancaman bagi isteri terutamanya jika mereka sehebat suami mereka dari segi penampilan mahupun kerjaya.




Foto: Marriage.com




Sementara itu, kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bertubuh besar tidak berasa tertekan untuk berdiet walaupun pasangan mereka berpenampilan menarik. Sebaliknya, suami lebih suka memuji isteri berbanding menjaga penampilan diri sendiri.


Perut anda boroi, gigi jongang? Atau wajah anda dipenuhi dengan parut jerawat? Jangan risau dan terlalu merendah diri kerana siapa tahu, anda mungkin menjadi dambaan wanita di luar sana! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2018 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
laki kacakpun. byk ditinggalkan bini x comel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.434025 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list