CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4264|Reply: 13

Kes Cikgu Azizan: Bila Ibu Bapa Nak Terbuka Macam Parent Di Jepun?

[Copy link]
Post time 5-1-2018 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,
“Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan.”


Peribahasa lama ini mengingatkan kita semua agar tidak terlampau memanjakan insan yang tersayang. Tinggalkan mengenai rangkap kedua peribahasa tersebut kerana untuk segmen kali ini, saya ingin menyentuh mengenai isu yang sedang hangat dibicarakan secara umum di media sosial berkenaan dengan golongan ibu bapa yang terlalu mencari salah guru-guru kerana terlalu memanjakan anak-anak.


Jika kita rujuk dan imbas isu-isu lepas, telah banyak yang diperkatakan mengenai ibu bapa sekarang yang terlalu ‘taksub’ dengan anak-anak sehinggakan kerjaya guru yang begitu mulia itu kini seolah-olah adalah kerjaya yang dipandang serong akibat kesilapan ajaran dan perspektif daripada sebilangan ibu bapa.






Bermula dengan isu ‘Cikgu Azizan’ seterusnya ustazah dan ustaz dan saya pasti akan timbul lagi isu-isu ibu bapa menyaman guru dan sekolah kerana sikap guru yang suka ‘mengajar’ anak-anak mereka. Jika dilihat dan dibuat kajian kecil, terdapat dua pandangan daripada netizen mengenai isu ini.


Kelompok netizen pertama akan menyalahkan 100% kepada ibu bapa yang melampau memanjakan anak-anak dan rata-rata kelompok ini akan membawa kisah lampau bagaimana ibu bapa dahulu membesarkan anak-anak. Ayat yang begitu popular adalah “kalau dulu, cikgu pukul aku, takde maknanya aku nak repot kat bapak aku sebab sah-sah bapak aku akan tambah lagi teruk.” dan “Bapak aku dulu siap bgtau cikgu suruh cikgu rotan aku kalau aku buat salah.”


Kelompok yang kedua pula akan memaki hamun si guru yang mungkin bagi mereka bertindak melampau seperti menampar pelajar kerana biadap.


Pandangan saya pula dalam hal ini, kita perlu lihat dari dua aspek. Pertamanya, cara si ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu sedar dan ketahuilah hakikatnya kebanyakkan anak-anak mempunyai dua karektor yang berbeza, di rumah dan di sekolah, Banyak kes ibu bapa yang terlalu manjakan anak-anak tidak boleh menerima apabila menerima laporan anak-anaknya melakukan kesalahan di sekolah.






Apatah lagi apabila diberitahu anaknya dirotan guru kerana kesalahan tersebut kerana bagi mereka, kelakuan anak-anak mereka di rumah cukup baik dan mendengar kata. Siapa sangka sebaliknya apabila di sekolah. Hanya guru sahaja yang mengetahuinya. Jadi dua faktor ini menyebabkan si ibu bapa ini bertindak samada berjumpa dengan guru tersebut dan memarahinya atau terus membuat laporan polis.

Sehubungan itu, yakinlah bahawa anda sebenarnya belum cukup kenal anak-anak kerana ia dikaburi dengan perlakuan mereka yang berbeza itu dan dibutakan dengan kemanjaan anda kepada anak-anak yang begitu melampau. Percayalah, jika ini tidak dibendung, akan terlahir satu perlakuan dan kepercayaan yang mendalam buat anak-anak dalam proses pembesaran mereka.


Maka mereka mulai berasa mereka berhak atas semua perkara dan ini meningkatkan ego yang besar dalam diri seterusnya ego dalaman ini bakal mencetuskan perlakuan yang tidak elok seperti biadap dengan guru dan orang tua, sombong bongkak dan sebagainya. Semua ini juga bakal menjadikan anak-anak anda terlalu manja dan tidak berdikari kerana mereka sentiasa percaya ibu bapa mereka akan membela mereka dalam apa jua keadaan.


Ambillah prinsip daripada cara kebanyakan ibu bapa di negara matahari terbit, Jepun. Anak-anak seawal 7 tahun diajar bersiap sendiri dan pergi ke sekolah menaiki tren sendiri tanpa ditemani ibu bapa. Di sekolah pula, guru diberi kebebasan penuh dalam mendidik anak-anak bukan sahaja dalam akademik tetapi juga merangkumi tanggungjawab sebagai seorang manusia.


Anak-anak di sana sebelum memulakan pelajaran perlu bersama-sama mengemas dan mencuci kelas. Apa akan berlaku jika ini dipraktikkan di Malaysia? Pasti viral mengatakan guru-guru mempergunakan pelajar. Saya juga yakin, akan ada netizen memberi pandangan bahawa di  Malaysia banyak jenayah jadi bahaya untuk anak-anak berjalan sendirian.






Benar saya bersetuju, namun, bukan itu maksud saya, apa yang terbaiknya kita ambil prinsip yang wujud disebalik cara didikan mereka. Maksudnya, janganlah terlalu manjakan anak-anak sehinggakan merosakkan keperibadian dan kelakuan mereka secara halus dan tanpa disedari.


Aspek kedua pula, buat para guru dan pendidik. Tidaklah semestinya apabila ibu bapa memberi kebebasan sepenuhnya untuk guru-guru mendidik anak-anak dan menghukum anak-anak sekiranya mereka melakukan kesalahan, guru-guru boleh mengambil kesempatan dengan menghukum  mereka dengan cara yang melampau.


Adalah lebih baik sekiranya para guru menggunakan kemahiran komunikasi dalam mendidik. Percayalah, kata-kata nasihat guru yang indah mampu memberi kesedaran total buat para pelajar sekiranya ia dibicarakan dengan berhikmah dan ikhlas. Saya juga percaya akan ada pandangan mengatakan bahawa kerjaya guru ini terlalu berat dan tekanannya adalah tinggi kerana berhadapan dengan karaktor manusia dan bebanan kerjaya yang tinggi. Benar saya bersetuju dengan fakta ini.


Namun, kehebatan dalaman yang sentiasa mencetuskan elemen positif mampu membawa anda ke tahap yang lebih tinggi apabila menghadapi segala macam keadaan yang membebannya. Inilah yang membezakan anda dengan para pendidik yang lain.


Kesimpulannya, Islam itu indah apabila telah lama mendidik kita semua tentang ‘kesederhanaan dalam semua aspek’. Maka, buat ibu bapa bersederhanalah dalam mendidik dan memanjakan anak-anak, buat para pendidik pula, bersederhanalah jugadalam menghukum pelajar anda dengan cara yang lebih berhikmah. Walallahualam.


Salam ikhlas,
Airol Irwan Limin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2018 01:36 PM | Show all posts
comelnya gambar babies tuuu

bulatnya mata, pipi macam pau, rasa nak tarik pipi dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Encik penulis, sy tatau la zmn skrg, tp zmn dulu membersihkan kelaa masih tugas anak murid.skrg dh x de ke semuq tu. My daughter said ade lg tugasan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 01:57 PM | Show all posts
Nak gigit laa bb baju kunin tuuu..bulat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 03:55 PM | Show all posts
siapa lah parent zaman skrg dan akan dtg tu kan..generasi kita2 la kan..kita la kena amik contoh mak bapak kita blk.syg sgt anak pun berpada2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 04:16 PM | Show all posts
Edited by palmolive at 5-1-2018 04:17 PM

nak contohi jepun pastikan Guru dia mentaliti cam org Jepun, Ibu Bapa mentaliti cam org Jepun dan Murid mentaliti cam org Jepun..

pincang salah satu kirim salam jek la nak contohi Jepun...
nak amik anak parking depan pintu pagar sekolahhalang laluan org, bila tegur tarik muka cam babi
berangan jek la nk jd cm Jepun...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2018 04:23 PM | Show all posts
Kalau masih ramai yang ada attitude problem macam mana ler nak ikut cara Jepun.  Kalau semuanya dimanjakan macam mana nak jadi manusia yang berjaya dan sanggup menerima sebarang cabaran dimasa depan.  Banyak dah hasilnya bila mereka2 ni mula masuk ke bidang pekerjaan
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2018 09:19 PM | Show all posts
jepun satu bangsa satu negara
dia tarak bangsa lain yg majoriti byk cm bngsa dia

malaysia ni ,
melayu , india, cina, bangla,nepal, indon, pakistan, rohingnya , belum campur sabah sarawak, masing2 kepala lain2

lagi satu nk suh anak jln snidiri ke skolah?
gila ke apa?

dkt sini kene culik,rogol,liwat, bunuh bakar, ko nk tnaggung?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2018 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
just like charity, education should also begin at home. both education of the heart & also education of the mind. masalah dgn most parents nowadays ialah mereka melahirkan tuannya sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 10:16 AM | Show all posts
Ajar anak besiap sendiri mmg patut tapi kalau nak lepaskan budak umur 7 tahun pi sekolah sendiri bukan cadangan yang praktikal buat masa sekarang. Sedangkan anak dalam kereta pon boleh dilarikan, inikan pulak yang jalan kaki balik sekolah. penculik2 bersorak sorai dengan cadangan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 01:32 PM | Show all posts
azimodin replied at 8-1-2018 10:16 AM
Ajar anak besiap sendiri mmg patut tapi kalau nak lepaskan budak umur 7 tahun pi sekolah sendiri buk ...

yup... aku setuju...  anak dalam pelukan mak pun boleh kena rampas kena bawak lari...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 04:30 AM | Show all posts
batmana replied at 6-1-2018 09:19 PM
jepun satu bangsa satu negara
dia tarak bangsa lain yg majoriti byk cm bngsa dia

hahaha..good point bro
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skarang parents mana yg berani lepas anak 7 tahun naik public transport pi sekolah sendiri? Bukan nk kata indon, bangla, rohinya, vietnam, rakyat malaysia pon ada yg pedo.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2020 09:50 AM | Show all posts

Tred dh 2 tahun masih bc lagi..igtkan tred baru..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.066038 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list