CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1257|Reply: 3

IPTS Kenakan Potongan 'Ghaib', PTPTN Buat Siasatan

[Copy link]
Post time 5-1-2018 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggesa institut pengajian tinggi swasta (IPTS) lebih telus dalam menguruskan pinjaman pelajarnya, lapor BH Online.


Terdahulu, seorang pelajar mendakwa kolejnya menyeleweng pinjaman PTPTN. Bagaimanapun, pihak PTPTN masih belum menerima aduan rasmi daripada pelajar berkenaan.

"Secara rasmi PTPTN tidak menerima aduan daripada pelajar berkaitan isu yang dibangkitkan oleh PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dalam sidang media mengenai isu IPTS perdaya pelajar.

"Namun demikian kita pandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan lanjut sesuai dengan bidang kuasa mengikut akta dan peraturan yang kita ada.

"Bagi PTPTN, sewajarnyalah IPTS mesti lebih telus dalam menguruskan perihal pelajar," kata Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, pengerusi PTPTN dalam satu kenyataan media.




Foto: BH Online




Sementara itu, Datuk Nadzim Johan selaku ketua Aktivis PPIM turut mendakwa ada IPTS memperdaya pelajar dan menyeleweng pinjaman PTPTN yang diuruskan.


Menurutnya, seorang pelajar perempuan menanggung bebanan hutang hampir RM70,000 akibat dikenakan caj 'tersembunyi' berasingan yang ditolak melalui pinjaman PTPTN bagi setiap semester oleh pihak kolej.


Berikutan itu, Shamsul Anuar berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan IPTS dan pelajar berkenaan mengenai isu terbabit dalam tempoh terdekat.

"Jika terbukti dan ada beberapa perkara yang berlaku itu di bawah bidang kuasa PTPTN, kita akan mengambil tindakan mengikut kuasa yang ada.

"Jika ia di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) maka kita akan berbincang dengan mereka agar perkara ini diselesaikan," katanya.


Tambahnya, PTPTN akan menyiasat isu itu bagi memastikan pelajar teraniaya mendapat pembelaan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2018 10:08 AM | Show all posts
course apa tue...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 10:37 AM | Show all posts
course apa and ipts mana tu
awat lah duk buat macam tu kat student
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ipts mana lah tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046808 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list