View: 3627|Reply: 10
|
Orang Melayu Tak Tahu Bercakap Benar?
[Copy link]
|
|
Bayangkan.
Anda muncul di rumah kawan secara tiba-tiba. Mendadak nak menziarah dia. Tanpa bagitau dia lebih awal.
Setibanya anda dipintu rumahnya, kawan anda sedang makan malam bersama keluarga.
Anda dijemput masuk. Dan terus dipelawa join dia dan family makan bersama.
Adakah anda duduk di meja makan dan menjamu selera dengan mereka sekeluarga? Tentu tidak.
Apa anda katakan kepada kawan anda ? Dah kenyang. Baru tadi makan sebelum datang singgah.
Itu yang anda katakan walaupun anda sebenarnya lapar dan belum makan.
Jadi adakah anda berbohong? Yes anda berbohong. Jadi anda tidak tahu atau tidak mahu berkata benar?
Bukan begitu.
Anda bertindak demikian sebab anda tidak mahu menyusahkan atau membawa kesulitan kepada kawan anda dan familinya.
Anda berasa “bersalah” kerana muncul di rumahnya secara tiba tiba tanpa memberitahu dia awal. You sprang a surprise on him and you were feeling guilty.
Anda tahu dia atau isterinya terpaksa menyediakan ekstra makanan untuk anda.
Oleh itu, anda rasa tidak molek untuk join mereka makan. Lantas anda bagi alasan sudah kenyang sudah makan walaupun anda sebenarnya lapar.
Anda berbohong sunat bak kata Allahyarham P.Ramlee dalam filem komedinya.
Itu kelaziman orang Melayu.
Dan si kawan pula memang mempelawa anda makan. Dia tidak senang untuk terus makan di depan anda. Itu pun kelaziman orang Melayu. Dua dua pihak - anda dan kawan anda - berbudi bahasa gamaknya.
Lazimnya orang Melayu tidak bercakap terus terang kerana mahu menjaga hati orang.
Lalu mereka ( kita ?) cakap berlapik supaya orang tidak berkecil hati.
Maka berkatalah kita kenyang walaupun lapar, tidak sakit hati walau pun tersinggung perasaan , it's ok walaupun bengang.
Pada tahu 1980-an Datuk ( kini Tun ) Musa Hitam selaku timbalan presiden Umno ketika itu menyarankan orang Melayu bersikap “kurang ajar “.
Antara maksudnya berkata terus terang. Say what you feel, jangan cakap berlapik.
Ada betulnya saranan beliau tapi tertakluk kepada keadaan dan isu.
Apa pun saranan Musa disalah tafsir malah diputar belit musuh poliiknya. Cukup setakat itu. Yang mahu tahu lanjut isu itu sila google.
Selain cakap berlapik Melayu juga bijak reka cerita untuk mencapai hasrat.
Zaman dulu , orang tua tua kerap memberitahu anak anak kalau banyak makan ikan nanti ada cacing dalam perut. Dan cacing bawa penyakit. Si anak pun takut lalu makan ikan “secubit dua “ sahaja.
Apa yang dikata oleh orang tuanya tidak benar. Ikan makanan berzat. Elok untuk si anak. Olehitu mengapa orang tua “berbohong “?
Sebabnya zaman dulu bukan mudah nak dapat ikan.Nelayan ( mungkin si ayah kepada anak tadi ) terpaksa bertungkus lumus di lautan dalam untuk mendapat ikan. Dan hasil tangkapan dijual sebahagian besar. Sedikit dibawa pulang keluarga. Untuk dimakan beramai ramai.
Si anak tidak boleh makan semua seorang je. Dia kena share. Jika si anak dihalang secara direct dia akan berkecil hati, bersedih. Mungkin memberontak. Atau tak ambil peduli nasihat ayah, terus makan tanpa hirau apa kata ayah.
Tapi dengan helah orang tua kononnya makan ikan dapat cacing si anak jadi takut dan tidak perhabis ikan.Setiap anggota keluarga dapat makan bersama. Taktik menakut-nakut kerap digunakan untk mencapat matlamat dan berjaya.
Contoh lagi. Budak budak jangan duduk atas bantal . Nanti punggung bisul.
Tujuan si orang tua berkata demikain ialah supaya anak jangan duduk dan menghenyak henyak bantal yang orang tua sendiri buat diisi dengan kekabus.
Untuk memastikan bantal tidak koyak dan tahan lama untuk digunakan taktik menakut-nakutkan diguna. Oleh kerana takut punggung bisul si anak tidak duduk atas bantal. Dan lanjutlah usia bantal. Berjaya lah si orang tua. Bijak bukan?
Satu lagi contoh. Anak nakal dan lasak. Berlari ke sana sini. Si orang tua kepenatan dan tak larat mengejar .
Maka berkata lah dia kepada si anak “ kau pergi lah sana nanti kena tangkap momok”. Momok ialah hantu. Oleh kerana takut ditangkap momok si anak duduk diam. Si orang tua berjaya lagi. Taktik menakut nakut bawa hasil yang diidam.
Taktik ini masih digunakan hingga sekarang. Bukan oleh orang orang tua zaman ini tetapi orang politik.
Untuk mendapat undi politikus gemar dan kerap memomok mokan orang Melayu supaya takut itu dan ini, konon akan jadi mangsa jika sang politikus itu tidak disokong.
Banyak kali taktik memomok momok sang politikus membawa kejayaan kepada dia.
Sang politikus akan terus memomok momokan orang Melayu. Sampai bila taktik itu akan menbawa kejayaan kepada dia? I put the other way round. Sampai bila orang Melayu boleh dimomok momokan ? Waullahualam.
Siapa pula sang politikus yang suka momok momokan Melayu? Anda ada jawapan tersendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Kalau org yg betul2 praktikkan ilmu agama, dia takkan tergamak nk menipu walaupun utk berlawak-jenaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Allah tolong. Kalau tak tolong dah lama takde dah Palestin tu. Lenyap terus. Contohnya, seluruh dunia termasuk Malaysia pun berikan sokongan dan hulurkan bantuan kpd mereka. Yg peliknya, org Palestin tak tanya pun soalan tu kan? Kenapa? Sbb mereka percaya dgn ujian sebesar itu, dgn iman, kesabaran dan keyakinan mereka kpd Allah, akan ada ganjaran yg lebih besar utk mereka di akhirat kelak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab makan tu, betul.. Segan tetiba dtg rumah org, terus suap nasi.. Hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Alais replied at 28-12-2017 09:30 PM
Kalau Allah tolong Palestin tentu Israel sudah kalah.
Nampak. Praktikkan agama bukan mesti caka ...
Rasulullah pernah bersabda, Jgn berbohong walaupun utk bergurau.
Kena ikut pesanan baginda la, dik. |
|
|
|
|
|
|
|
berbohong kerna niat berbudi bahasa ni ada pada semua kaum, malah itulah sifat2 org asia/timur berbanding org barat. So amatlah tidak adil kalau kata org melayu tak tahu brcakap benar... |
|
|
|
|
|
|
|
Bantal diisi dengan kekabus? Kekabu ropenye kupikir kabussss dalam bantal |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls mmg xleh brain laaa org2 yg tetiba mncul kat rumah time waktu makan especially zaman skrg. As if xde hp or sms or wassap kerr...mmg laaa menyusahkan tuan rumah{:freak |
|
|
|
|
|
|
|
Actually point nye kat sini org melayu tak tau concept buat appointment, selalu main terjah je kalo nk dtg umah.
Apa ko ingat tuan umah ni mmg dok berdandan berhias, deco cantik tersusun, berduit je ke nak hidang juadah sepanjang masa...? Cer pakai akal sikit, hormat masa orang lain. Kadang beria kata nak datang tapi bila dah siap mcm2 haram tak muncul. Tu lagi puaka |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang berkaitan dengan Melayu? Bangsa lain pun ada ramai yang akan cakap benda yang sama dalam situasi sama.
Banyak kali Spidey datang ke rumah kawan secara mengejut dan kebetulan masa tu mereka sedang makan dengan family. Mereka ajak makan sekali tapi Spidey menolak saja dengan memberitahu dorang dah kenyang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab dtg x buat apoiment ni mmg betul. Bukan apa...kalu buat apoiment kan senang sket nk sedia kan chicken chop ka....bistik ka...beriyani 40 malam ka..ni meols hanya mampu bg kek lapis beli raya lepas ja dgn buah. Nak nmpak mewah sket air 2-jenis..sirap ais dgn teo panas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|