View: 7113|Reply: 7
|
Kekeliruan Nama Mangga Yang Sebenarnya Dan Resepi Jeruk Pelam Telur
[Copy link]
|
|
Mangga atau mempelam?
Ada yang kata kedua-duanya sama dan ada pula yang kata ia berbeza yakni mangga berwarna kuning rasanya manis manakala mempelam pula berwarna hijau dan agak masam.
Hakikatnya…
Kedua-duanya adalah buah yang sama. Yang membezakan cumalah rupa bentuk dan nama panggilan mengikut negeri.
Orang utara memanggilnya pelam/mempelam sementara pauh panggilan dari orang Kelantan dan mangga pula adalah bahasa standard.
Selain sedap di makan begitu sahaja, mangga juga enak dinikmati bersama colek yang dibuat bersama gula, garam, kicap atau cuka bersama cili api yang digaul bersama.
Lazat sungguh hinggakan ia dijadikan menu petang bagi segelintir yang sukakan rasa masam-masam manis.
Ada satu lagi resepi yang cukup sedap tetapi memerlukan beberapa hari untuk menyiapkannya iaitu jeruk mangga/jeruk pelam/jeruk pauh (panggilan mengikut setiap negeri).
Ia turut dikomersialkan di beberapa negeri hingga menjadi ole-ole wajib tatkala berkunjung ke sana.
Jom kita lihat resepinya:
Bahan-bahan
- Buah mempelam di hiris panjang
- Gula
- Garam
- Air
- Aiskrim soda
Cara buat jeruk pelam telur
1. Rendam semalaman buah pelam bersama garam dan air.
2. Keesokannya buah akan bertukar warna - basuh buah dan kalau buah terlalu masin, rendam dalam air selama 2-3 jam. Tos kan.
3. Masak gula dan air. Biarkan sejuk.
4. Bila air gula betul-betul sejuk, masukkan ke dalam buah pelam.
4. Masukkan secawan air aiskrim soda untuk menyedapkan lagi air jeruk. Biar semalaman ( supaya air gula meresap ke dalam buah ) dan boleh disimpan dalam peti untuk tahan lebih lama. - CARI
Kredit: ‎Husna Kholid Husna |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm sedapnyaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Air liur ku berkumpul {:spot |
|
|
|
|
|
|
|
aku teringat sorang forumner yang sangat mengidam pelam telur neh
sian dia
cari x dpt dpt
pastu ada sorang forumner yang kat kg dia ada pelam telur
akhirnya dpt juga
lawak btol
forumner tu laki plak tu..
sapa tah nick dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap nyaaaa! kena buat operasi mencarik mempelam dulu lah nampak nya kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin2 nak makan..tengok cili kicap tu. Mesti cari jugak balik ni.
Beli yang masih muda di kedai kurang sedap untuk dicicah sebab dah banyak hari agaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelam letak belacan + gula + garam + asam boi..perapkan. Dah sebati boleh makan..sedapnya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|