CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2727|Reply: 0

Ini Rupanya Cara Buat Apam Viral Guna 3 Bahan

[Copy link]
Post time 15-12-2017 11:02 AM | Show all posts |Read mode


Sejak beberapa hari lepas kecoh di kalangan netizen yang berkongsi kejayaan memasak apam kukus hanya dengan menggunakan 3 bahan saja di FB Group Masak Apa Hari Ini. Nampak macam mudah, hanya 3 jenis bahan, maka ramai yang mencuba.

Bahan-bahan
1 cawan tepung
1 cawan gula (boleh kurangkan sukatan jika tak suka manis)
3 biji telur gred A. Jika gred C kena 5 biji.
Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang. Nak lagi mudah, masukkan 2 bahan ini dalam blender, putar hingga kembang.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar lagi. Sementara itu panaskan periuk pengukus hingga airnya mendidih.
Selesai putar, kukus 30 minit atau hingga masak dengan api sederhana.


Tips
Apa yang menarik adalah berbagai perkongsian dan tips diberikan oleh mereka yang telah berjaya yang mencuba resipi ini. Antaranya:

1. Telur mesti berada pada suhu bilik. Bukan baru keluar dari peti ais.
2. Gula dan telur mesti dipukul hingga betul-betul kembang dan berwarna putih.
3. Tak perlu baking power, memang menjadi dengan 3 bahan saja.
4. Tak nak bau hanyir telur, letaklah esen vanila sikit.
5. Atau jika tak ada esen vanila, letak sunquick pun boleh.



6. Nak berwarna warni, letaklah pewarna. Ha. Gitu.
7. Penutup periuk kukus hendaklah dibalut / diikat dengan kain maslin atau kain lampin supaya wap kukusan tak masuk ke dalam adunan yang sedang dikukus.
8. Paling menarik, tak ada blender atau pemutar kek pun masih boleh buat kek ini. Pakai saja botol mineral seperti seorang bujang yang berkongsi bagaimana beliau pukul telur dan gula hingga kembang. Janji menjadi katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.305137 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list