Edited by spiderman80 at 13-12-2017 10:50 PM
Budak 12 tahun mengaku salah rompak bersenjatakan pisau
Dua rakan termasuk seorang kanak-kanak mengaku bersalah atas pertuduhan merompak seorang bersenjatakan pisau.
KUALA LUMPUR, 11 Dis — Dua rakan termasuk seorang kanak-kanak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merompak seorang pelajar berusia 15 tahun dengan bersenjatakan sebilah pisau, bulan lepas. Muhammad Imran Afiq Mohd Irewan, 19, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 9 Jan depan untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan sosial bagi Muhammad Imran Afiq dan laporan akhlak bagi kanak-kanak berusia 12 tahun itu. Mengikut pertuduhan, mereka bersama empat lagi yang masih bebas didakwa telah melakukan rompakan dengan bersenjatakan sebelah pisau ke atas Muhammad Nurfattah Alauddin Faizul Muzzafar, 15, dan mengambil wang tunai RM34 milik remaja itu di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di sini, pada 1.40 tengah hari, 22 Nov lepas. Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 395 yang dibaca bersama dengan Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama
|