CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5513|Reply: 24

Tegur Kakak Yang Degil

[Copy link]
Post time 2-12-2017 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Assalam n Salam Sejahtera.

Saya ada masalah ini sudah terlalu lama. Kami 5 beradik, abah dah tiada. 3 orang dah kahwin, 2 lagi belum. kakak ni nombor 2. Perangai dia aku cakapkan degil gila sangatlah! dia ni jenis baloq liat, tak kapok2 (orang jawa cakap - tak insap2, tak serik2).

1. kakak sudah bercerai. tapi salahkan kami adik beradik sebab konon2nya ada wasap2 dgn ex laki dia dibelakang2, dan menyebabkan mereka bercerai. dia tak pernah rasa dia tu salah, hampir 90% salah adalah sbb ex laki dia je. jadi dicanang2nya kesalahan ex laki dia kpd semua orang. aku taktau kenapa kawan2 dia tak pernah nampak perangai hazab kakak aku ni.

2. bila dia cerai juga, dia salahkan arwah abah. sebab dia cakap abah yg pilih. ceritanya, dulu zaman sebelum kawen, kakak ramai sgt pakwe dalam masa yg sama. maybe pasang 2-3 orang laki dalam satu masa. jadi abah warning, siapa pun datang merisik dulu, abah terima. time tu dia ada 2 pakwe. pakwe A kaya, tapi dia x bagi datang risik. pakwe B kerja gomen pangkat J29 je, tapi sebab kerja gomen, dia bagi datang risik. jadi bila pakwe B yg now dah jadi ex laki dia datang, abah terima. ok sekarang dah cerai kan kan,,, dia salahkan abah sbb pilih pakwe B...jadah apa kau?? kau yg tak bagi pakwe A datang. oh ya macam mana kami tau? sbb lepas depa risik, pakwe A datang rumah abah dan cerita pasal benda ni. dia dok ulang2 sekarang, kalaulah dulu dia terima pakwe A, mesti tak jadi janda etc.. ini semua salah abah. aku benci betul ayat dia tu.

3. kan apa pun jadi salah orang lain kan.. ni pasal anak dia. anak dia haritu kena air panas. tumpah atas kepala dan badan. jadi 30% terbakar kot. memang teruklah, dia kata salah hantu yg ikut depa balik rumah. hantu tu yg pi tolak gelas panas. tak kelakar ke??

4. takmo dengar nasihat orang. contoh, anak dia kena hfmd. mild viral kot. kalau kami, pi sapu ubat2, then sapu dgn empulur timun ke. kakak ni suka sgt percaya facebook. dia cakap, guna 1 jenis daun ni. siap rebus masukkan dalam minuman, letak kat bawah bantal anak... perghhh obses.. selidik punya selidik, rupa2nya daun tu dia dapat drp kuil hindu. alah kan nampak pokok besar gila bapak yg selalu kt kuil tu kan. haaa dia ambil daun tu... bangang betul

5. dia suka mengaku yg dia tau segalanya. kami panggil "kepala tau" sebab apa pun kami cerita, dia cakap dia tahu. even cakap macam ni, "adik harini pergi dating", dia akan jawab, "tauuuu" sedangkan adik tak cerita kat dia pun, tak update ig fb pun... isk3..

6. dia suka mengaku dia sorang je yg faham kesusahan mak abah sbb dia kata dia paling lama duduk rumah mak abah. yg duduk asrama tak faham... ulang2 cakap benda yg sama..

7. paling latest dia join skim cepat kaya! dia cakap alasannya sbb kami tak ambil tahu pasal dia. nak kaya cepat. labur RM17k, dapat pulangan RM40k. mana dia dapat 17k tu? dia pinjam duit kawan2 dia atas alasan anak / bisnes... then penipu tu lari.. leburlah duit RM17k tu, jadi nak kena pulangkan. dia mula ungkit2 pasal dulu masa kami adik2 sekolah, dia banyak bantu. jadi dia paksa kami buat loan express dan tiap bulan kami yg bayar. (???) cam takboleh blah... kami suggest dia buat loan dgn company dia, tapi in progress. jadi kami suggest jual myvi dia n dlm masa yg sama guna axia adik. (axia adik atas nama dia). tujuan sbb nak kurangkan bayaran bulanan. tapi end up dia putar belit, seolah2 adik nak tukar kereta baru, dan dia yg terpaksa berkorban utk teruskan bayar axia yg masih ada baki 7 tahun...

aihh. senang cakap dia ni keras kepala batu. taknak mengaku kesilapan langsung... tak boleh ditegur... para pembaca, cuba tolong saya macam mana saya nak sedarkan dia?? saya dah tegur direct kat wasap. makin gaduh adalah... terima kasih in advanced
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2017 10:59 AM | Show all posts
sabar. selagi adik bradik  selagi tu air dicincang takkan putus. nak putus masuk peti ais dulu bagi keras baru cincang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2017 11:04 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 2-12-2017 10:59 AM
sabar. selagi adik bradik  selagi tu air dicincang takkan putus. nak putus masuk peti ais dulu bagi  ...

sabar itu ada hadnya. saya memang boleh bersabar. apa yg saya xnak, saya takot kalau ada apa2 benda buruk jadi kat dia lagi kang.... lepas satu satu perkara menimpa dia still x insaf...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka biozip ni umur berapa? Cam tak matang2 mahap lah gelak. Kakak duduk serumah ke?

Sabarlah biozip. Benda ni ambil masa, lama kakak biozip tak kena dugaan yang segedebuk buat dia terduduk lagi tu la kerja menyalahkan semua orang.

Apa kata biozip rajin2 hantar mutiara kata, kata2 hikmah, pendapat alim ulamak kat WA keluarga. Semoga dia berfikir sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakak umo bape?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 11:30 AM | Show all posts
biozipstar replied at 2-12-2017 11:04 AM
sabar itu ada hadnya. saya memang boleh bersabar. apa yg saya xnak, saya takot kalau ada apa2 bend ...

mungkin ada baik pakat adik bradik boikot sementara sampai akak sedar. kalau tengok daripada symptom akak adik ni, dia ni jaga solat tak? orangnya positive? rajin?  kalau solat kurang jaga, amalan kurang diri sendiri akan ada masalah krisis identiti mungkin di sebabkan gangguan jin sama ada gangguan jin sihir atau biasa wallahuallam.

kalau orang normal berdisplin. fokus. jaga amalan. dia takkan buat benda2 sebegini. emosi manusia sering mudah terganggu dengan bagaimana cara manusia berfikir.

kalau sangka baik positif emosi manusia akan positif, kalau sangka buruk asyik fikir negative semua pekara akan jadi penyebab masalah walaupun tidak terkait dengan masalah tersebut.

mcm adik cakap , akak ni ramai bf kategori playgirl kan? mungkin ada gangguan jin sihir sebab mainkan lelaki lain atau pun kifarah dosa. nak ubah diri kita ke arah kebaikan sangat susah inikan nak ubah diri akak kepada kebaikan. jadi banyakkan doa, sabar.

bab kewangan kena tegas. jangan mudah2 bagi orang hutang waima ahli keluarga sendiri melainkan dia betul2 susah untuk makan minum. akak sukacita nasihatkan forumer sentiasa berdakwah pada ahli keluarga masing2 jauhi skim cepat kaya dan scammer.

penipu paling durjana bangsat sekali akak pernah dengar cerita ialah penipu muhamad shukri ramlan dan hazizatun aishah mokhtar

    scammer ini ada sihir hati2 mereka bela jin untuk pukau dan tipu mangsa . maklumat terkini hampir RM 14 juta kena tipu termasuk kerugian rakyat malaysia di luar negara kena tipu dengan pasangan suami isteri ini









Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2017 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya burn 30%... macam mana anak dia sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 11:53 AM | Show all posts
jauhkan diri dan boikot je dia.
ada benda penting je cari dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba TT azan sikit kat telinga dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
senang je keluar je iklan kat metro inform dah putus hubungan keluarga, keluar dr grup wasap keluarga beramai2, sambut raya kat tmpt lain jgn ajak kakak tu hahaha... on serius note kalau tak boleh tolong apa2, mungkin blh tolong doakan kakak tu berubah jadi orang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak tt ni mmg x bole nk ajar..mcm org yg sy kenal juga. Degil..salah dia tp nnt jd slh org yg tolong dia.

Buat don't know je. X pyh lyn apa kehendak dia. Hati tt kena kering la..buang masa je bcakap dgn org mcm ni. Jaga je la anak sedara tt tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
org camni mmg adik beradik xleh tegur die..kalau ngn kwn2 xpe kot..aku ada kenal sorang perangai camni...

Akak nasihatkan adik buat bodoh je kt die..nasihat pun x guna, buat kte sakit ati lagi ada.
Nanti dah lama2 die sedar diri la tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
TT kakak u mst umur die late 30's or early 40's?? kadang2 umur ni x menggambarkan kematangan seseorang..kalau sikap tu x ubah, dah kertu pun cmtu la gak sikapnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
seingat saya antara ciri bipolar yg saya lihat ada pada kakak tt ni
suka cakap besar
suka salahkan org lain
buat tak tahu je la
anak nombor dua ni memang pelik sikit
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya rsa dia ego.. sakit jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 03:10 PM | Show all posts
Akak aku peel Lebih kurang gini gak...tak sedar salah sendiri...asyik salahkan org lain manjang...dah belas tahun kitaorang sabar...Kami 4 be adik je...baru2 ni aku tak Leh tahan sampai duit simpanan mak pun dia nak korek..dah banyak kali dia buat.. Bukan org susah pun dia..jenis hidup tak pernah cukup dng apa yg Ada..aku basuh dia cukup2..lantak dia.. Tersentap langsung..putus sedara katanya..ambik ko setepek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 01:45 PM | Show all posts
hanya mampu bersimpati aje kat TT
sedekahkan ajelah fatehah buat kakak moga dia blh berubah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
TT mungkin ko x nak dgr cakap aku tapi kalau aku jadi macam ko mmg aku kasik penampar dgn belasah dia. Tak sedar diri nak salahkan bapak,org penat besaukan ko,boleh pulak ko salahkan dia.

Aku agree cara Bangku tu. Ko basuh dia cukup biar dia tau langit tinggi rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk ckp no 4 je...daun neem aka daun semambu ke? Daun tu fmmg boleh hilangkan miang2 kalau kene chicken pox..and daun tu byk org india yg tanam..so bab ni aku rasa x salah kot kakak ko? Lhpon tu anak dia kot?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
iols doakan dipermudahkan urusan.payah nak deal dengan org keras kepala ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.076241 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list