CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 951|Reply: 3

[Tempatan] Isu pengiktirafan UEC (sijil sampah) : MCA diingat jangan main api!, kata Persat

[Copy link]
Post time 27-11-2017 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Sijil UEC: MCA sengaja cetus api perbalahan kaumNovember 27, 2017 Berita Utama, Utama 0

Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Parti Cina rasis dan anti-Islam, MCA tidak perlu masuk campur dalam isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), yang bukan dalam ruang lingkup perbincangan mereka.
Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, parti itu sepatutnya tutup mulut dan tidak perlu mempertahan sesuatu yang sah bertentangan dengan sistem pendidikan negara.
“Apa masalah mereka sebenarnya? MCA kena ingat, desakan mereka itu boleh menggugat kestabilan kaum dan membakar serta mencetus api perbalahan kaum.
“Cukup-cukuplah. Sepatutnya semua pihak tidak kira apa bangsa pun perlu menghormati Dasar Pendidikan Kebangsaan dan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Perkara 152(1),” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan MCA baru-baru ini, yang mendakwa sijil UEC dipandang tinggi di peringkat antarabangsa kerana diiktiraf pelbagai universiti terkemuka seluruh dunia.
Bahkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong juga berjanji tidak akan berhenti daripada memperjuangan sijil itu, kononnya akan mempertahankan UEC selaku Menteri Kabinet.
Mengulas lanjut, Ustaz Azizee, berkata setelah sekian lama isu sijil UEC ini diperdebatkan, kerajaan perlu bertegas menyatakan pendirian supaya tidak terus diasak.
“Kita minta sangat kerajaan menilai semula keberkesanan sekolah vernakular dalam mewujudkn perpaduan kaum. Kemungkinan ia adalah faktor kenapa mereka terus mendesak sijil UEC diiktiraf,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2017 12:44 PM | Show all posts
bersama-samalah kita melayu bersatu tolak UEC
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 01:52 PM | Show all posts
balik pada asas....penyata razak dh mengariskan bahawa penubuhan satu jenis sekolah sahaja dan menggunakan sukatan yg sama. apa yg bagus sgt UEC? apa yg bagus, masukkan dlm sukatan sistem pendidikan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 02:00 PM | Show all posts
naik muak bincang uec. semua hujah bagus dah ada kat sini

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1062544
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.263624 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list