CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18749|Reply: 155

[Dunia] UPDATE: Pencarian Semua Kru Kapal Selam Argentina Yang Hilang 2 Minggu Lalu Dihe

  [Copy link]
Post time 25-11-2017 07:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by beloomberk at 1-12-2017 02:26 PM

Kapal selam Argentina, dengan nama San Juan terputus setakat ini sudah terputus hubungan selama 48 jam. – Gambar AFP, 18 November, 2017.

PASUKAN Tentera Laut Argentina melancarkan misi mengesan sebuah kapal selam miliknya yang dilaporkan hilang bersama 44 kru di selatan Atlantik.
Jurucakap pasukan itu Enrique Balbi berkata kapal selam dikenali sebagai San Juan itu terputus hubungan selama 48 jam.
"Kami tidak berjaya mengesan atau menerima visual atau komunikasi radar kapal selam itu," katanya.
Kementerian Dalam Negeri menerusi satu kenyataan berkata Amerika Syarikat (AS), Britain dan Chile menawarkan sokongan logistik dan pertukaran maklumat dalam misi itu.

Kapal selam elektrik diesel TR-1700 itu sedang dalam perjalanan pulang ke pangkalannya di Mar del Plata, kira-kira 400km dari selatan Buenos Aires selepas menyertai misi rutin ke Ushuaia, berhampiran kawasan paling selatan di Amerika Selatan.
Kali terakhir San Juan berkomunikasi dengan tentera laut ialah pada pagi Rabu lalu, kata Balbi.
Kerajaan Argentina berkata mereka melancarkan misi pencarian di laut dan udara, yang membabitkan penggunaan sebuah kapal perang pemusnah dan kapal perang “corvettes”. – AFP, 18 November, 2017

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2017 07:23 AM | Show all posts
Kapal Selam Argentina Sempat Kirim Isyarat Panggilan Sebelum HilangBy Abdul Hakim November 20, 2017 9




Tentera laut Argentina mengesan tujuh isyarat panggilan gagal yang dipercayai berasal dari kapal selam bersama 44 kru hilang baru-baru ini.
“Panggilan tempoh pendek, antara 4 hingga 36 saat,” tulis Tentera Laut Argentina dalam akaun twitternya seperti yang dilaporkan dari AP.
Kapal selam ARA San Juan yang hilang di Lautan Atlantik selatan dikatakan membawa 44 anak kapal.
Kelmarin, menurut juru bicara Angkatan Laut Enrique Balbi, pihaknya sedang mencari di lepas pantai Atlantik, di selatan Argentina.
Presiden Mauricio Macri mengatakan dalam sebuah tweetnya, bahawa negara akan menggunakan “semua sumber nasional dan internasional yang diperlukan untuk menemukan kapal selam tersebut.”
Beberapa negara seperti Chili, Uruguay, Peru dan Brazil, serta Amerika Serikat, turut membantu dengan mengirim pesawat ilmiah NASA dan pesawat angkatan laut.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2017 07:24 AM | Show all posts
Letupan kedengaran di lokasi terakhir San Juan

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x642.


BUENOS AIRES: Bunyi luar biasa dalam laut berhampiran lokasi terakhir kapal selam San Juan adalah "konsisten dengan satu letupan", menurut Tentera Laut Argentina.


Jurucakap Tentera Laut, Kapten Enrique Balbi, berkata bunyi itu didengar ketika komunikasi terakhir San Juan yang membawa 44 kru itu.

"Satu bunyi aneh, tunggal, pendek, kuat dan bukan nuklear adalah konsisten dengan satu letupan," kata Baldi pada sidang media di sini. -AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2017 07:27 AM | Show all posts
Tentera sahkan letupan, harapan temui anak kapal selamat musnah


Ahli keluarga salah seorang anak kapal selam ARA San Juan tidak dapat menahan kesedihan di pangkalan tentera laut Mar del Plata, Argentina, kelmarin. - AFP

MAR DEL PLATA, ARGENTINA 24 Nov. - Tentera Laut Argentina mengesahkan bunyi bising luar biasa di laut berhampiran kedudukan terakhir kapal selam ARA San Juan yang hilang adalah letupan sekali gus meranapkan harapan untuk menemukan 44 anak kapal tersebut selamat.

Jurucakap tentera, Kapten Enrique Baldi berkata, satu bunyi bising yang ganjil, pendek, ganas dan bukan nuklear berlaku semasa letupan terjadi sebaik sahaja selepas komunikasi terakhir kapal selam berkenaan.

Kapal selam berkenaan dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke pangkalannya di sini pada 17 November lalu, dua hari selepas letupan tersebut.

Berita tentang pengesahan letupan tersebut mencetuskan kemarahan dan kesedihan anggota keluarga mangsa. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
turut simpati..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Tgh laut atlantik lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2017 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah sis. Kalau kapal laut nak tenggelam boleh terjun lagi, kalau kapal selam mmg xdpt la nak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...mh370 pai skrg xjupe2 lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..Sedih bile dengar berita camni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 09:05 AM | Show all posts
sedeynya mengenang alhi kuarga yg kehilangan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.sedih dgr berita mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
beloomberk replied at 24-11-2017 11:24 PM
Letupan kedengaran di lokasi terakhir San Juan



janganlah pulak tetibe amek mo ww1
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa letupkan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 25-11-2017 09:43 AM
Sapa letupkan?

davy jones.....kot...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesemua 44 kru adalah wanita..pertama kali di dunia semua yang operasikan kapal selam adalah wanita..rasanya cuma british yang ada teknologi mengangkut bangkai kapal selam dari dasar laut, tapi british musuh argentina...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
dodifarid replied at 25-11-2017 09:57 AM
Kesemua 44 kru adalah wanita..pertama kali di dunia semua yang operasikan kapal selam adalah wanita. ...

Ye ke?  Rasanya Malaysia pun ada. Cuba google MV mega bakti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2017 10:43 AM | Show all posts

still under investigation..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2017 10:48 AM | Show all posts
dodifarid replied at 25-11-2017 01:57 AM
Kesemua 44 kru adalah wanita..pertama kali di dunia semua yang operasikan kapal selam adalah wanita. ...

i dont think so..sorang je pompuan which is Eliana Maria Krawczyk tapi pangkat tinggi.. as a chief weapons officer untuk submarine tu.dia first officer perempuan dalam sejarah argentina..

list for all the crews involved ada kat sni http://www.bbc.com/news/world-latin-america-42113257



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 25-11-2017 10:05 AM
Ye ke?  Rasanya Malaysia pun ada. Cuba google MV mega bakti

Tragedi kursk russia dulu rasanya british yang angkut naik..tapi tu dah lama sekarang mungkin banyak negara dah ada teknologi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..kesiannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.169168 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list