Ramai peminat terkejut dengan penampilan terbaharu penyanyi Christina Aguilera pada majlis American Music Awards baru-baru ini yang dikatakan agak berbeza.
Jika sebelum ini dia sering tampil dengan mekap tebal, namun mekap kali ini lebih natural dan juga tidak berlebihan.
Namun, dalam pada itu ramai juga yang mengkritik kerana bibirnya nampak berlainan kali ini. Ramai yang membuat spekulasi penyanyi tersebut melakukan prosedur botoks sehingga menjadikan bibir terlebih mungil dan nampak bengkak.
Bibir Tebal Macam Kena Sengat Tebuan - Christina Aguilera Dikatakan Cucuk Botoks
Pun begitu, jurucakap kepada Christina tidak memberikan respon terhadap kritikan dan persoalan tersebut.
Pada majlis itu, Christina yang membuat tribute kepada penyanyi legenda Whitney Houston menerima pelbagai reaksi berbeza. Dia menyanyikan medley lagu I Will Always Love You, I Have Nothing, Run To You dan I'm Every Woman.
Bibir Tebal Macam Kena Sengat Tebuan - Christina Aguilera Dikatakan Cucuk Botoks
Bibir Tebal Macam Kena Sengat Tebuan - Christina Aguilera Dikatakan Cucuk Botoks
Ada yang memberikan pujian kerana mengembalikan kenangan indah lagu-lagu hits Whitney.
Tak kurang juga yang mengutuk dan menganggap Christina tidak melakukan yang terbaik seperti sebelum ini. Malah mereka turut menamakan beberapa penyanyi lain yang lebih layak membuat tribute itu termasuklah Jennifer Hudson, Deborah Cox dan sebagainya. - CARI |